View: 1325|Reply: 1
|
Mulai Oktober 2017, Agensi Pelancongan Perlukan Lesen Khas Umrah
[Copy link]
|
|
Sebagai langkah memantau dan membangunkan industri pelancongan umrah negara, mulai 1 Oktober tahun depan, agensi mengendalikan umrah perlu mendapatkan Lesen Khas Umrah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Demikian yang dinyatakan Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin pada sidang media mengenai keputusan Mesyuarat Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), di kementeriannya siang tadi.
.
Tambahnya, sebagai prasyarat untuk mendapatkan lesen khas berkenaan, syarikat pengendali umrah berkenaan perlu menjalani Kursus Pemantapan Pengendali Umrah (KPPU) selama dua hari.
"Kursus berkenaan adalah wajib dan perlu dihadiri oleh semua agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah."
"Walaupun lesen berkenaan akan diperkenalkan pada Oktober tahun depan, kursus sudah mula dilaksanakan dan tidak perlu tunggu sehingga Oktober 2017."
Di bawah Seksyen 5(2) Akta Industri Pelancongan 1992, syarikat pengendali umrah yang gagal mendapatkan lesen berkenaan boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, selain berdepan dengan pembatalan lesen pelancongan, tegas Mas Ermieyati.
Sebelum ini, syarikat pengendali umrah hanya perlu memiliki lesen ke luar negara atau 'outbound' untuk membawa jemaah umrah berkenaan.- CARI
sumber foto: Grafik CARI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|