View: 1374|Reply: 3
|
Sukan SEA 2017: KJ Beri Amaran Semua Persatuan Sukan Agar Ketepikan Soal Politik
[Copy link]
|
|
Semua persatuan sukan dituntut supaya meletakkan kepentingan nasional dalam kalangan atlet masing-masing dalam menghadapi Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan tahun depan.
Demikian amaran yang disuarakan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selepas memberikan amanat kepada kontinjen Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN edisi 2017 di Hotel Renaisance kelmarin.
Tambah beliau, semua persatuan sukan supaya mengenepikan soal politik dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam memilih atlet terbaik untuk dua temasya dwitahunan itu.
Khairy berkata semangat nasional sangat penting dalam kalangan atlet jika mahu Malaysia selaku tuan rumah muncul juara keseluruhan Sukan SEA yang akan berlangsung pada 19-31 Ogos depan.
Sasaran bagi Sukan Para ASEAN pula adalah kedudukan dua terbaik pada 17-23 September depan.- CARI
sumber foto: Grafik CARI
Add Image Caption Here |
|
|
|
|
|
|
|
Ok. Baju rasmi kaler oren tu tukar tak tahun dpn?? |
|
|
|
|
|
|
|
{:hooray
https://www.facebook.com/JKRRoadrunners/ |
|
|
|
|
|
|
|
yang pegang persatuan sukan pun orang politik,celah mana nak elak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|