CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1765|Reply: 8

Sindiket Kad Pengenalan Palsu Tumpas, 10 Individu Dipercayai Dalang Ditahan

[Copy link]
Post time 22-12-2016 11:55 AM | Show all posts |Read mode


Lagi sindiket pemalsuan kad pengenalan berjaya ditumpas oleh pihak berkuasa.


Malam kelmarin, dalam satu operasi khas di sekitar daerah Tawau yang dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kira-kira 10 individu termasuk dua lelaki ditahan kerana dipercayai dalang utama sindiket kad pengenalan (IC) palsu.


Memetik laporan Bernama, Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat JPN Mohamad Yusri Hashim berkata hasil maklumat risikan yang diperolehi, operasi kali ini dimulakan di sebuah hotel terkenal, kemudian dilanjutkan di kawasan rumah di Kampung Tanjung Batu kira-kira 6 jam bermula 9 malam.


Operasi bertindak bersama Polis Diraja Malaysia dengan kekuatan kira-kira 30 anggota, enam pegawai Penguat Kuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, JPN Ibu Pejabat.

"Ketika di hotel dua lelaki tempatan berusia 50-an dan 44 tahun yang juga dalang sindiket ditangkap bersama seorang wanita warganegara Filipina, 30, dipercayai menjadi pemain utama yang bertindak sebagai individu yang mengambil gambar dan cap jari pemohon bagi pengeluaran MyKad palsu."

"29 IC palsu turut dirampas daripada simpanan seorang dalang ketika ditahan dalam sebuah bilik hotel tersebut."


Tambah Yusri operasi kedua di Kampung Tanjung Batu turut menahan tujuh sekeluarga termasuk dua kembar tidak seiras yang dipercayai ejen kepada sindiket IC palsu di kampung itu.


Sementara itu, menurutnya operasi tersebut adalah rentetan daripada tangkapan dalam operasi sebelum ini dilakukan di Sandakan pada bulan lalu dengan tertangkapnya tujuh individu termasuk tiga ejen sindiket MyKad palsu.

"enjualan IC ini juga ada beberapa kategori dengan MyKad palsu paling murah bernilai RM1,500 dan paling mahal RM10,000 ke RM15,000."


Kesemua suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Peraturan 25 (1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana memiliki atau menggunakan kad pengenalan palsu.- CARI


sumber foto: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2016 12:02 PM | Show all posts
orang dalam jpn mesti ada terlibat sama ni...ni dari zaman tun m dah ada ic tipu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ape beza ic 1500 dengan 10k tu..nombor ic vvip kah
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
fishcracker replied at 22-12-2016 12:25 PM
ape beza ic 1500 dengan 10k tu..nombor ic vvip kah

Bezanya ada pangkal dato, dato seri, or phd doctor..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 01:39 PM | Show all posts
tangkap semua
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 01:44 PM | Show all posts
Ini lah pengkhianat negara yang sebenarnya, boleh kena hukum tembak ni...

patut la kat sabah tu ramai sangat orang pakistan.. entah berapa percent jer yang sah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2016 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
memang pengkhianat negara. makan la duit haram tu bagi anak bini
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyusahkan betul dorg ni. Gara2 kamu smpi ada org yg sama no.ic. Mau tukar penama waris pun x dpt. ::
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2016 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukankah ic malaysia berkualiti tinggi?
Semudah itu dicetakrompak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.231783 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list