CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 35605|Reply: 61

[Jenayah] Hati-hati gula-gula HACKS artificial

 Close [Copy link]
Post time 22-12-2016 12:55 PM | Show all posts |Read mode


Gula-gula tiruan yang seakan-akan berbentuk sebuah kumbang tanah

Alor Setar: Seorang pesara kerajaan mendakwa tertipu selepas membeli gula-gula herba disyaki tiruan dengan harga murah, namun rasanya tidak dingin selain terlalu manis berbanding yang asli.

Pesara berusia 60-an itu dikatakan membeli gula-gula berkenaan dalam bentuk paket yang mengandungi 35 biji dengan harga RM2 sebungkus di sebuah kedai serbaneka di sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Namun, selepas merasa tertipu, dia terus membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) dan berharap tindakan susulan diambil kerana bimbang orang lain akan turut mengalami nasib sama.

Setiausaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya sudah mengambil sampel gula-gula terbabit untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, pengadu mendakwa dia membeli gula-gula herba tu untuk menghilangkan batuk kerana sebelum ini dia kerap membelinya tetapi kali ini rasanya berbeza.

“Sebaik makan, dia mendapati gula-gula berbeza berbanding jenama yang selalu dimakan kerana mendapati ia manis dan kurang berangin.

“Susulan itu, dia membuat aduan di sini selepas mengesyaki bungkusan mengandungi kira-kira 35 gula-gula herba itu adalah tiruan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Simpang Kuala, di sini semalam.

Pihaknya turut mencuba gula-gula dibeli lelaki berkenaan dan mendapati ada perbezaan dengan yang asli.

Katanya, rasa yang asli lebih dingin dan ‘pedas’ yang mampu menghilangkan batuk dan sakit tekak.

“Susulan itu, CAKE akan menghantar gula-gula berkenaan ke Jabatan Kimia dalam tempoh terdekat untuk menganalisis kandungan bahannya.

“Selain itu saya menasihatkan pengguna meneliti bahan murah dibeli mereka terlebih dulu untuk mengelak terbeli yang palsu dan ia lebih senang dikesan melalui harganya yang murah,” katanya.

Katanya, pengguna perlu memberi perhatian pada isu produk tiruan kerana ia berkait soal keselamatan, kualiti dan bahan klon atau tiruan


http://www.hmetro.com.my/node/190898


Single Polls, Total 57 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2016 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
atau kilang gula2 tu buat spec rendah utk kedai rm2???
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 01:02 PM | Show all posts
aku suka beli yg lemon tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2016 01:07 PM | Show all posts
situasi di dalam panggung

boifren : awak nak gula2 tak?
gefren : nak
boifren : (keluarkan gula2 dari pocet).. awak boleh nampak tak jenama gula2 ni?
gefren : nampak.. nape?
boifren  : apa nama jenama tu
gefren : kiss me..
boifren : ape? cuba ulang
gefren : KISS ME
boifren : betul?
gefren ; ye.. KISS ME
boifren : baiklah

maka mereka pon bercumbuan dan beromen sehingga lampu wayang dibuka lalu menempah hotel terdekat





Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 01:17 PM | Show all posts
Time ekonomi merudum ni, barang2 ciplak memang banyak di pasaran...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 01:38 PM | Show all posts
sebaiknya disahkan dulu mmg tiruan..

nt x psl2 disahkan mmg asli, mcm mne??

skg zaman ekon meleset, semua nk cut cost.. kalau btl tiruan, bhati2 lah kite d luar ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2016 01:42 PM | Show all posts
Lama tak makan ni. Yang lemon tu sedap jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 02:06 PM | Show all posts
kt psr mlm rumah aku 40 biji RM2...blh campur2...rasanya semua ori...x nmpk pun mcm tiruan...mungkin deria rasa pakcik ni dh berkurang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2016 02:20 PM | Show all posts
entah tekak dia yang memang problem..
nak hilangkan batuk makan gula-gula?
gula bukan buat lagi batuk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 02:28 PM | Show all posts
so betul ke idak tiruan tu???
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 02:33 PM | Show all posts
hacks tu dah tak power macam dlu...sekarang mcm makan gula2 biasa je..
i prefer Halls XS.. kicik tapi berangin.. tried peppermint and lime..fresh je rasa..



Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 02:39 PM | Show all posts
tak ensem langsung mamat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 02:43 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 22-12-2016 02:20 PM
entah tekak dia yang memang problem..
nak hilangkan batuk makan gula-gula?
gula bukan buat lagi ba ...

hacks mmg gula2 untuk batuk n gatal tekak la
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 02:45 PM | Show all posts
lazim replied at 22-12-2016 02:43 PM
hacks mmg gula2 untuk batuk n gatal tekak la

untuk hilangkan gatal tekak tu ye..
tapi hilangkan batuk macam tak je..

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 02:47 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 22-12-2016 02:45 PM
untuk hilangkan gatal tekak tu ye..
tapi hilangkan batuk macam tak je..

kalau aku aku akan otometik batuk bila gatal tekak. makan hacks kurang la skit gatal so krg la batuknya

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 02:49 PM | Show all posts
lazim replied at 22-12-2016 02:47 PM
kalau aku aku akan otometik batuk bila gatal tekak. makan hacks kurang la skit gatal so krg la bat ...

ooo.. tekak gatak sebab kering ke.. kena minum banyak air la..
yang iols maksudkan untuk hilangkan batuk masa demam tu..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2016 02:50 PM | Show all posts
beli gula2 kt kedai 2 riyal ke pokcik..kalu makanan mmg aku x beli kt kedai rm2. (skrg rm2.12 thanks to najib)
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 02:53 PM | Show all posts
Gula-gula tiruan yang seakan-akan berbentuk sebuah kumbang tanah

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 02:56 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 22-12-2016 02:49 PM
ooo.. tekak gatak sebab kering ke.. kena minum banyak air la..
yang iols maksudkan untuk hilangka ...

bukan.. tekak gtl sbb selalu korek telinga. jadi ada problem plk pada tekak.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2016 03:38 PM | Show all posts
aku ske jek gegula nih..
mmg lega batuk sikit klu maleh amek ubat dr dok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.069595 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list