View: 11822|Reply: 53
|
Pesakit Meroyan Koyakkan Kad Klinik, Tak Dapat MC Daripada Doktor
[Copy link]
|
|
Gara-gara tidak mendapat sijil cuti sakit (MC) seorang pesakit dikatakan melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Pendek kata 'meroyan'.
Memetik laman The Dressar & Co. pesakit berkenaan mendakwa terkena cirit birit. Namun, ketika dia meminta MC daripada pihak klinik, doktor pun meminta 'bukti' daripadanya.
Disebabkan itu, pesakit berkenaan bertindak mengoyakkan kad pesakit dan juga slip preskripsi di hadapan staf klinik. Marahlah tu tak dapat MC,kan!
"Dia datang dia cakap cirit-birit. Kita dah prescribed ubat ape semua. Pastu dia mintak MC. Kita pun suruh lah dia ambik spesimen stool, untuk buktikan dia memang cirit birit dan tak layak untuk bekerja.
"Sekali dia ambik kad pesakit, dengan prescription silp tu sekali, dia koyak-koyak kan depan muka staff klinik dan buang atas lantai sebagai tanda protes kepada doktor tersebut," itulah yang dikongsilah oleh laman The Dressar.
Sikap sedemikian, doktor atau staff klinik mana yang tak akan terkejut! Sudahlah ada niat untuk mendapatkan MC secara mudah, tak mahu pula melakukan ujian yang diminta oleh doktor.
Sebagai jalan pintas, rosakkan segalanya dengan sikap seperti gangster itu. Bak kata orang jika berada di tempat yang benar, mengapa melenting dan takut?
Berikut pula merupakan perkongsian daripada netizen berkenaan hal sukarnya mendapat MC ini. Apa pun, wajarkah tindakan tersebut meskipun berasa marah dengan doktor?
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tau nak mc, tak leh gi klinik private ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm Klinik gomen pnya Kad aje..dia x tau ke Klinik gomen mmg Susah sikit dpt mc..@ dia lupa kot yg Klinik swasta bole beli mc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cirit kot. Tak taulah kalau tipu. Bukak je seluar cirit je dalam bekas kasi doktor
Ada kes kawan aku menstrual pain teruk. Dia jenis takmahu mc. So minta pain killer shot. Tiap bulan kena. So doktor tu ingat member aku addicted to pain killer shot kata kawan aku menipu period pain and nak suruh nurse dia check. Dia pulak tengah sakit sangat dia kata buat apa panggil nurse, aku boleh bukak pad bagi terus on the spot, tutup curtain tu aku bagi sekarang. Terus terdiam doktor tu. Mak member i tunggu dalam kereta. Dia cerita kat mak dia, mak dia pun angin ingat member aku fake sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nk diharap pada doktor..bkn semua yg jd doktor berkualiti..ada tu org lain nk jd doktor dia nk jd doktor jgk..itu yg menjatuhkan imej perubatan negara |
|
|
|
|
|
|
|
ciwi1166 replied at 23-12-2016 04:12 PM
cirit or die.
...oiitt..tak memasal aku search balik vid tu kat youtube |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn i sakit mata nak mtk mc, selamba je doktor kata selagi x terkeluar bijik mata boleh je g keje. Mmg @#+?#@. Me pulak jarang demam, bila sekali demam sure 2-3 hari jugak nak kebah. Mana2 klinik pon me mmg x suka kalau demam teruk dpt mc sehari je. Jadi keje pulak dlm keadaan x larat tu nk drive g klinik 2-3 kali. Penah klinik swasta x bg mc sebab dah banyak org mc tuk raya cina. Wth org lain mc aku yg sakit pulak jadi mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
hadoiii nak mc sgt g la private..buat kerut2 dahi sikit confirm bg 2 hari mc
|
|
|
|
|
|
|
|
Staff kat clinic kdg2 sgt annoying..brckp dgn pesakit pun acuh x acuh..Mesti ada sbb lain knp pesakit tu mrh,selain x dpt mc |
|
|
|
|
|
|
|
Klinik swasta jer senang sikit dapat mc. Kadang2 dah lama x datang, siap tanya lagi. "Dah lama x sakit ni".
Aku pernah g klinik awal pagi. Siap pakai unifom keje. Mmg datng nak tipu sakit. Jenuh fikir nak cakap sakit ape. Lepas register terus g toilet nak berak. Nurse panggil byk kali. Balik dari toilet nurse panggil jumpa doc. Bukak jer pintu, doc terus cakap " sakit perut ye". Aku pun ya kan aje. Terus dapat MC. Terus g epot sbb flight tgh ari tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah jatuh toilet masa kt hostel time mandi pagi..malam tu sakit kepala, muntah2 then g lah klinik 24jam..doktor ckp aku migrain sbb kepala aku takde terhantuk ke apa..tapi bdn sakit lah still x dapat mc.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah pi klinik pakar gomen..sampai doc tanya nk berapa hari mc..tp aku time slip pon dh cukup lah |
|
|
|
|
|
|
|
aku kata aku migraine. doktor assume aku tak tau migraine tu apa.
lalu dia kata sakit kepala biasa. dapat ubat dapat mc sehari. sakit kepala tak hilang lagi. esok jumpa doktor lain, dia kata migraine. aku dpt mc 2 hari lagi. mula2 macam nak hangin doktor dgn yg first sbb tak caya aku migraine. tapi ada hikmah. dapat rest 3 hari straight. alhamdulillah
kalau aku sakit aku mintak mc. kalau idak , idak le |
|
|
|
|
|
|
|
missinpiece replied at 23-12-2016 07:34 PM
Kwn i sakit mata nak mtk mc, selamba je doktor kata selagi x terkeluar bijik mata boleh je g keje. M ...
Bodo ke apa doktor tu... Aku kene sakit mata aku pegi klinik kerajaan je.. Dia bagi 2 ari mc.. Lepas 2 ari pegi lagi dpt lagi 2 ari.. Ingat cepat ke baik sakit mata.... Kalau doktor tu syak tenyeh mata ngan abuk rokok sebab nak mc tatau la dia kata suh mata keluar hahah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kot ye pun sampai koyak kad ..... marah betul tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku g klinik, ckp demam dpt je tapi kat klinik swasta la |
|
|
|
|
|
|
|
selalu dpt MC tanpa diminta...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm yang dia koyak tu adalah legal document (that brown card) (siap ada history dan doctor's findings from the examinations etc); also this document belongs to the Government. Pastu confidential lagi..dia nak baca pon kena dapat kan lawyer untuk request a copy of the chart. Security guards patut tahan dia and he could have easily been charged with destroying a government property, destroying a legal document selain dari threatening behaviour towards a pegawai kerajaan (a doctor is an officer, tu sebab kita dipanggil medical officer atau pegawai perubatan etc). Kalau kat sini dah lama dah kena... tapi kat mesia, biasanya sapa yang lebih gangster dialah yang menang. Sure mamat ni selamba je jalan kaki keluar. So unfair. I am lucky i am not among orang orang yang rendah perilaku. |
|
|
|
|
|
|
| |
|