CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2439|Reply: 5

Terlalu Stres Atau Tak Cukup Nutrisi, Uban Di Usia Muda Normalkah?

[Copy link]
Post time 23-12-2016 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Umum maklum setiap individu pasti akan melalui perubahan pada dirinya seiring dengan usia yang meningkat terutama pada rambut beruban.


Segelintir individu akan mendapati kepalanya mula 'dihiasi' dengan uban di awal usia 30-an. Namun, ada juga dari generasi muda merasakan perubahan warna rambut seawal usia 20 tahun adalah suatu masalah bagi mereka.




Sumber foto: The Express Tribune




Kalau generasi berumur ni kita tak hairanlah jika kepala dipenuhi uban, tapi agak pelik apabila generasi muda kini pun ramai yang sudah beruban. Malah, ada juga di bawah usia 20 tahun sudah mula beruban.


Dengan gaya hidup yang tidak menentu dan dianggap remeh, tak hairanlah generasi muda kini ramai yang sudah beruban.


Tapi apakah punca sebenar rambut kita cepat sangat beruban?


Sumber foto: Carian Internet




1. Terlalu Stres!
Stres adalah faktor penyebab berlakunya penuaan pada rambut, sekali gus menyebabkan rambut keguguran dan beruban.


2. Faktor Kesihatan
Rambut beruban di usia muda juga disebabkan masalah kesihatan seperti tiroid yang sangat aktif boleh mengganggu penghasilan melanin, sehingga menyebabkan uban.


Menurut portal Health, pakar dermatologi dari San Francisco, Dr. Marie Jhin berkata penyakit autoimun yang menyerang kulit kepala dan rambut seperti sopak atau botak juga boleh menyebabkan rambut beruban.


3. Kekurangan Vitamin
Menurut Dr. Marie, kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan pertumbuhan uban. Selain itu, kekurangan vitamin C dan vitamin E juga menjadi punca uban sebelum usia. Apabila jumlah sel melanin berkurang, maka mencanak uban tumbuh di kepala.




4. Merokok
Perunding Pakar Bedah, J.G.Mosley di British Medical Journey pada 1996 mendapati merokok boleh mendatangkan serangan radikal bebas di dalam tubuh dan mampu menurunkan kadar melanin, malah empat kali lebih cepat mengalami masalah rambut beruban.


Adakah anda tergolong dalam kalangan yang beruban di usia muda? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2016 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
no 2  
uban sjak skolah
ekleh bkn bnyk pon
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 05:32 PM | Show all posts
Mungkin juga factor keturunan
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde cara mengatasi uban ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 07:29 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% Welcome bonus sehingga MYR 1,288 Sportsbook hanya untuk anda!!!


Membuat deposit pertama kali dengan MYR minimum 100 dan mendapatkan MYR tambahan 30 untuk bermain



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 10:09 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.261699 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list