CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3008|Reply: 13

[Dunia] Jepun Pasang Tisu Tandas Untuk Telefon Pintar

[Copy link]
Post time 23-12-2016 08:47 PM | Show all posts |Read mode






TOKYO: Tandas-tandas di Jepun memang terkenal dengan kebersihannya dan berteknologi maju.

Terkini, Lapangan Terbang Narita di Tokyo telah memasang tisu tandas khas untuk telefon pintar di tandas-tandas dekat balai ketibaan, lapor The Mainichi.

Tisu gulung khas yang dipasang bersebelahan dengan tisu tandas biasa itu dicetak dengan pelbagai informasi seperti perkhidmatan WiFi serta tip perjalanan di Jepun.

Tisu untuk telefon pintar ini, yang dipasang oleh syarikat telekomunikasi terkemuka Jepun, NTT Docomo setakat ini boleh ditemui di 86 bilik air di tujuh buah tandas lapangan terbang itu.

Menurut The Mainichi, pemasangan ini akan berlaku sehingga 15 Mac tahun hadapan.

Docomo menjangkakan rekaan ini akan dapat menyelesaikan dua masalah pelancong.

Pertama, untuk membersihkan telefon pintar yang terdedah kepada kuman, dan mungkin lebih kotor berbanding tempat duduk tandas.

Syarikat itu juga mahu memberikan maklumat kepada pelancong yang berdepan masalah mengakses WiFi Docomo di Jepun, selepas kajian Agensi Pelancongan Jepun menunjukkan kesukaran mendapatkan akses.

Syarikat telekomunikasi ini juga menghasilkan video mengenai penggunaan tandas dan tisu untuk telefon pintar kepada para pelawat. - The Straits Times/Asia News Network


http://www.mstar.com.my/berita/berit...andas-telefon/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2016 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Salute....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 09:51 PM | Show all posts
Jepun sentiasa maju ke hadapan. Bagus!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 09:58 PM | Show all posts
xde apa sangat lah....

boleh ja letak tempat lain tapi saja nak kasi nampak macam toilet paper.... stand by kot takut kalau the real toilet roll runs out....

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 10:04 PM | Show all posts
kalau akak pg jepun , akak bawa balik malaysia toilet paper ni. jual dekat ebay  

73 buah tandas  dua jam  cukup masa
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-12-2016 10:04 PM
kalau akak pg jepun , akak bawa balik malaysia toilet paper ni. jual dekat ebay  

73 buah ta ...

Jgn la buat malu negara akak....nanti tak pasal mesia kena ban ngan jepun...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2016 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pun pernah tengok toilet paper nye ade cetakan waktu gi jepun dulu....tapi tak ingatla...sambil melabur pun derang nak galakkan membaca menambah ilmu agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-12-2016 02:04 PM
kalau akak pg jepun , akak bawa balik malaysia toilet paper ni. jual dekat ebay  

73 buah ta ...

kalau kena cekup saya. tak. nggaaku. akakk rakyat mamalaysia tau.  cakap akak rakyat senegal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2016 08:34 AM | Show all posts
gigahertz replied at 24-12-2016 12:25 AM
kalau kena cekup saya. tak. nggaaku. akakk rakyat mamalaysia tau.  cakap akak rakyat senegal

pasport akak dah kena ctos . dont worry. paling jauh akak boleh pergi dubai je
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
model kemajuan di Asia: jepun, dubai, china, singapore, korea
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ble lh msia nk jd mcm jepun or korea..ni hari2 nmpk mcm ke arah bangla or rohinga
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
atekome replied at 18-2-2017 08:07 AM
Ble lh msia nk jd mcm jepun or korea..ni hari2 nmpk mcm ke arah bangla or rohinga

Tandas anganmu musnah....

Tandas pun kotor nk buat mcm jepun..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 01:18 PM | Show all posts
Itu petanda dorang memang masuk jamban, berak sambil layan sematpon.

Sambil makan layan sematpon dah.
Sambil baring.
Sambil kerja.
Sambil berjalan.
Sambil shopping.
Tengah bersosial fizikal dengan 4-5 rakan di kedai makan pun masih layan sematpon.



Apa laa kesudahan hidup manusia zaman sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 01:24 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.057896 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list