View: 1597|Reply: 6
|
Rampasan Pesawat Libya: Perampas Menyerah Diri, Penumpang Dibebaskan
[Copy link]
|
|
Kesemua 118 penumpang dan anak kapal pesawat Libya yang dirampas dan mendarat di Malta telah dibebaskan setelah perampas pesawat menyerah diri secara aman kepada pihak berkuasa Libya.
Memetik laporan The Telegarph UK, Perdana Menteri Malta Joseph Muscat menerusi Twitter berkata perampas pesawat milik yang dirampas pagi ini telah membebaskan kesemua penumpang yang terdiri dari wanita dan kanak-kanak.
Perampas yang dikatakan bersenjatakan bom tangan mengancam untuk meletupkan pesawat jenis Airbus 320 yang sedang membawa 118 penumpang termasuk tujuh anak kapal itu.
Perampas terbabit dikatakan memaklumkan kepada anak kapal yang mereka adalah dari kumpulan 'pro-Gaddafi' dan akan melepaskan kesemua 111 penumpang, namun tidak tujuh anak kapalnya.
Sebelum itu media melaporkan sebuah pesawat domestik Libya telah dirampas sebelum berubah haluan dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Malta, lapor media negara itu.
Sehingga kini masih belum jelas apakah tuntutan mereka dan sama ada mereka bertindak sendirian. Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia pada 2011 sewaktu berlaku kebangkitan di negara itu. Sejak itu Libya bergelumang dengan situasi ketidakpastian.
Namun dilaporkan mereka menuntut penubuhan parti 'Pro- Gaddafi'.
Selain itu menurut menteri luar Libya Taher Siala, perampas ingin memohon suaka politik.- CARI
sumber foto: The Telegraph UK
sumber foto: The Telegraph UK
|
|
|
|
|
|
|
|
baru malam tadi tengok filem Neerja ...... sedih giler sampai pompuan mengandung pun kena tembak mati dalam tebusan.. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the movie recommendation....bercucuran air mata i tauuuu tengok...she was very brave.
|
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene replied at 24-12-2016 03:48 PM
baru malam tadi tengok filem Neerja ...... sedih giler sampai pompuan mengandung pun kena tembak mat ...
U tgk iflix kah? Internet kah? Or astrok kah? |
|
|
|
|
|
|
|
babynina30 replied at 25-12-2016 08:48 AM
U tgk iflix kah? Internet kah? Or astrok kah?
Astrok u... channel tara HD. |
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene replied at 25-12-2016 09:56 AM
Astrok u... channel tara HD.
I hrp ada ulangan. Nak record. Thanks youuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|