CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11369|Reply: 162

18 Tahun Buat Kajian, Saya Baru Bersedia Buat Filem Pasir Salak- Mamat Khalid

[Copy link]
Post time 24-12-2016 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Bagi mengangkat sejarah kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British di Pasir Salak, Perak yang dihasilkan dalam bentuk filem epik, pengarah yang sentiasa beridea kreatif iaitu Mamat Khalid sanggup mengambil masa selama 18 tahun untuk membuat kajian sebelum memulakan penggambaran.


Jelas Mamat, ianya semata-mata untuk memastikan fakta ditampilkan tepat selain ingin mengangkat kisah tidak diketahui umum tentang kawasan bersejarah itu.


Dalam pada itu, Mamat berkata, menerusi filem itu nanti dia ingin mengangkat tentang pengorbanan pahlawan Melayu yang tidak didendang penglibatan mereka dalam menumpaskan kuasa jajahan British di Pasir Salak.


"Terlalu banyak kisah menarik sebenarnya tentang Pasir Salak sehingga saya sendiri tidak tahu bagaimana ingin memasukkan kesemuanya dalam filem ini."


"Tetapi menjadi hasrat saya untuk mengangkat tentang sumbangan pahlawan-pahlawan ini selain kisah yang telah pun diketahui umum tentang kawasan itu,"


Dalam perkembangan sama, Mamat berkata, pihaknya sedang dalam proses penelitian skrip dan menjangkakan penggambaran dapat dilakukan pada tahun hadapan.


Tambah Mamat, projek berkenaan turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan kerajaan negeri Perak dan dijangkakan keseluruhan kos pembikinannya berjumlah sebanyak RM5 juta.- CARI

sumber foto: https://sembangkuala.files.wordpress.com/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2016 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Racist      
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 05:59 PM | Show all posts
Wowwwww kalah lord of the ring ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 06:16 PM | Show all posts
aku rase 5 juta tu masih boleh dikatakan rendah kosnya.filem hanyut tu kos aku penah baca 18 juta...2 juta je hanya utk promosi.tapi bile tgk...mcm... erkkk so aku tak harap tinggi2 sgt la kualitinya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
wow.        
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapala jadi j.w.w. birch tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2016 09:27 PM | Show all posts
Sesuatu yang pastinya di nanti nantikan oleh peminat filim melayu.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 09:36 PM | Show all posts
Filem kita, wajah kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 24-12-2016 08:58 PM
Sapala jadi j.w.w. birch tu..

Jijan rajak kot sbb hidung british  
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni projek filem Pasir Salak TS Jins tu ke atau kebetulan pasal Pasir Salak juga...

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat aiols baca kt iium confession yg brader mus punya cite...mmg nak tau je ttg moyang mus tu..kalo la mamat khalud collaborate ngan mus tu mesti lg letopss..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 10:01 PM | Show all posts
batmana replied at 24-12-2016 08:58 PM
Sapala jadi j.w.w. birch tu..

Mat Dang.................
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 24-12-2016 09:27 PM
Sesuatu yang pastinya di nanti nantikan oleh peminat filim melayu.......

pejuang2 melayu pasir salak yg pi bunuh birch hakikatnya adalah pembunuh. period.

masa tersebut bukannya ada gerakan menuntut kemerdekaan ka apa. its simply economic rebellion. alasan agama dan adat tu cover je.

ketua2 kg daerah pada masa british menjalankan aktiviti ekonomi, depa ni lebih kpd man power supplier.

tapi tenaga kerja yg dikumpul oleh taiko pasir salak pada pandangan inggeris adalah outright slavery.

amalan perdangangan hamba abdi ini tidak dpt diterima oleh jww birch.

so conflict bermula. the rest is history, n boleh tengok kat wayang nanti.

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_kitty replied at 24-12-2016 09:54 PM
Teringat aiols baca kt iium confession yg brader mus punya cite...mmg nak tau je ttg moyang mus tu.. ...

Setuju sgt2, tk tau nak teka siapa moyang brother mus tu.. menarik sgt penceritaannya
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sila ambik pelakon utama nye tajudiin rosli atau pun anak nya yang membuat kecoh di parlinen itu
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 11:01 PM | Show all posts
Edited by FARRAZOOL at 24-12-2016 11:04 PM

Boleh x klu iolss cadangkn Johnny Depp,Afdlin shauki,Que Haidar,Dan Fazura utk membintangi film trsebut?




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2016 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Seingat akak Jins Samsuddin nak buat filem ini dari heshe masih taste sampai la heshe dah sakit
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 11:06 PM | Show all posts
M5 replied at 24-12-2016 10:17 PM
pejuang2 melayu pasir salak yg pi bunuh birch hakikatnya adalah pembunuh. period.

masa tersebut ...

Kita berharapkan kejujuran daripada produser filim Melayu dan bukannya satu lagi babak di mana kununnya orang melayu tak sanggup melihat agama, bangsa dan kampongnya ditadbir secara teratur oleh omputih lalu mengetap ngetap bibir dan mengamok........Prrrrrrrrrrrrpfffftght
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem.yang dah lama dinantikan

Di bawah mamat khalid, diharapkan garapan filem, kostum dan keseluruhan jalan cerita mampu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga x senasib ngn hanyut....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.076254 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list