|
Jenazah rakyat Malaysia, Muhammad Farhan Na'imullah Zubir, 26, yang ditemui lemas di Sungai Ovens, Myrtleford, Melbourne, Australia, 13 Disember lalu, selamat tiba di tanah air kira-kira jam 1.55 tengah hari tadi.
Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba menerusi pesawat Thai Airways dari Melbourne dan mendarat jam 11.55 pagi tadi.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan terus dibawa ke Johor Bahru untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff, Johor Bahru.
Muhammad Farhan Na'imullah, anak kedua daripada tujuh beradik, bekerja sementara sebagai pengutip buah di Farm Buffalo Orchard, Melbourne sejak Januari lalu dan ditemui lemas ketika mandi di Sungai Ovens berhampiran rumah sewanya.- CARI
sumber foto: Grafik CARI |
|