CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2327|Reply: 3

Tidur Tak Lena Waktu Hamil? 5 Tip Ini Sangat Membantu

[Copy link]
Post time 29-12-2016 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Waktu hamil adalah waktu paling indah bagi wanita bergelar ibu dan paling dinanti-nantikan para bapa. Banyak cabaran dilalui wanita hamil terutama ketika kandungan semakin membesar. Bakal ibu akan mula berasa serba tak kena dan segala posisi serta pergerakan dirasakan tidak selesa.


Waktu tidur bagi ibu hamil adalah waktu paling mencabar kerana jika kekurangan tidur, ia akan menyebabkan ibu menjadi letih dan tak bermaya.


Bagaimanapun, ada jalan penyelesaiannya. Menurut portal Pa&Ma, ibu hamil boleh amalkan lima panduan ini untuk mendapatkan tidur lebih selesa.



1. Kurangkan pengambilan air

Sumber foto: Today's Parent




Ibu hamil sangat digalakkan minum banyak air bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi. Namun, kurangkan pengambilannya sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur supaya dapat mengurangkan rasa mahu membuang air kecil.




2. Tidur pada waktu siang
Carilah masa untuk tidur sebentar pada waktu siang sekiranya anda tidak dapat tidur yang cukup pada waktu malam. Cuba lelapkan mata sebentar dalam 10 minit, ia akan dapat membantu mengembalikan kesegaran anda.




3. Bersenam

Sumber foto: http://americanpregnancy.org


Untuk mencapai tahap kesihatan optimum ketika hamil, amalkan rutin senaman secara tetap di siang hari. Bersenam juga dapat melancarkan peredaran darah bagi mengelakkan kaki anda kejang pada waktu malam.



4. Jangan baring selepas makan
Jika anda terus baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas makan, anda berkemungkinan mengalami pedih ulu hati.


Sekiranya anda tak dapat tidur kerana mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan kepala lebih tinggi ketika berbaring.




5. Cari posisi tidur selesa

Sumber foto: Carian Internet



Saat memasuki usia kehamilan trimester ketiga, tidur telentang pada jangka masa lama akan membebankan bahagian belakang dan boleh menyebabkan ibu sakit pinggang.


Oleh itu, amalkan tidur mengiring bagi menggalak peredaran darah untuk kandungan, rahim dan buah pinggang.



Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada ibu hamil. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2016 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pregnant xleh tdo, dah branak pun xdpt tido cukup pengsan nehhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 03:46 PM | Show all posts
wahai ibu, bertabahlah ya ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 05:16 PM | Show all posts
tambah2 ada anak kecik. mengandung lagi. hehe.. mmg payah la nak tido malam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050093 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list