CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1943|Reply: 10

Tinggalkan Duka Dan Penyesalan 2016, Jom Mulakan Tahun Baru Dengan 6 Cara Ini

[Copy link]
Post time 30-12-2016 03:23 PM | Show all posts |Read mode


Banyak perkara yang membuatkan anda menyesal dengan diri anda pada 2016? Jangan terus berduka dan memendam rasa.


Ayuh bangun dan buka buku baru sempena tahun 2017 ini. Biarkan segela keluh kesah ditinggalkan dan dilupakan terus.


Nak jadi versi diri anda yang lebih baik? Jom cuba resolusi tahun baru ini. Tak perlu yang sukar-sukar, kita cuba perkara yang lebih praktikal ya.






1. Keluar dan berjalanlah


Tanpa disedari kesibukan bekerja membuatkan kita makin kurang melakukan aktiviti outdoor. Tak semestinya aktiviti senaman berat, cukuplah dengan berjalan kaki pada waktu pagi atau petang. Cubalah, ia bukan sahaja menyihatkan badan, malah membantu kesihatan mental anda.


2. Sertai kelab sukan


Tempat kerja anda menyediakan kemudahan kelab sukan? Sertainya, ia mempunyai banyak manfaat. Selain dapat bergaul secara positif, badan pun sihat dan anda berasa makin gembira.

3. Mengundi


Jadilah rakyat yang bertanggungjawab. Mengundi untuk pemimpin terbaik adalah tanggungjawab semua orang.


Jika tahun ini 'ditakdirkan' diadakan pilihan raya, jangan sesekali mengelak dan cuba lari. Ingat, anda tiada hak untuk 'komplen' itu dan ini terhadap kerajaan atau pun pemimpin jika anda sendiri tidak mengundi.





4. Tapis informasi


Semakin ramai masyarakat yang mudah terpedaya dengan berita viral yang tidak benar. Semudah itu anda ditipu?


Tapislah informasi di laman sosial anda, portal CARI misalnya sentiasa memaparkan berita yang bersumberkan yang sahih, bukan berita palsu.

5. Kurangkan makan daging


Salah satu cara menjadi orang yang lebih sihat anda mengurangkan pengambilan daging merah dalam diet seharian. Bukan berhenti terus, namun kurangkan dan anda bakal merasai badan semakin sihat, langsing dan segar.






6. Jimat tenaga


Selain berjimat untuk kewangan diri sendiri dan juga keluarga, jangan lupa untuk berjimat penggunaan tenaga.


Ia membantu alam sekitar yang sihat dan untuk permulaan, sentiasa amalkan menutup lampu bila anda keluar dari bilik. Mudah kan! - CARI


Foto: Carian google
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2016 05:44 PM | Show all posts
yesss eat less meat tu..bagus
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 05:54 PM | Show all posts
heiiii. meat la sedapppp.nyummmsss
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 06:13 PM | Show all posts
no1 n 2 cam malas..no3 n 4 tu mcm hmmm...no5 tu feberet..no6 tu ok, no hal
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Thn dpn 1st time mngundi..yay..hahah tp penting ke..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengundi penting hoccay. Last time aku malas nak pi. Besfren aku nasihatkan aku, kalau dah nak time out tu, aku tak pegi kemungkinan besor ada yindon atau bangla akan datang amik tempat aku. berdesup ler aku tekan minyak keta.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2016 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 30-12-2016 07:11 PM
Mengundi penting hoccay. Last time aku malas nak pi. Besfren aku nasihatkan aku, kalau dah nak time  ...

Ha..ha...pandai kwn kau saiko kau...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2016 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Happy new year uolll....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2016 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak deactivate fb & ig buy not cari bile hj? I hihihii
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok. Less daging.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 10:31 PM | Show all posts
no2..pegi gym mmg tak laa kurangkan mkn daging macam tak jugak...sbb aku tekanan darah rendah.yg lain2 mmg rutin atau dah biasa buat.dan dah 2 kali aku mengundi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.087350 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list