|
Foto: Harian Metro
Raysha Rizrose, selebriti cantik ini mula dikenali selepas menjadi juara dalam pertandingan Dewi Remaja 2014/2015.
Selepas tamat kontrak dengan Astro Talent, dirinya kini bergerak solo dan mula menguruskan kerjayanya sendiri walaupun permulaannya agak susah.
Foto: IG Raysha Rizrose
"Memandangkan saya mahu memberi fokus kepada bidang lakonan, jadi tidak boleh main-main. Apa saja peluang yang datang ketika ini saya perlu terima," katanya kepada Harian Metro.
Walau pun memberi fokus kepada bidang lakonan, adik kepada Uqasha dan Nelydia Senrose ini sebenarnya mempunyai impian untuk menghasilkan single.
Foto: IG Raysha Rizrose
“Kalau diikutkan saya nak menjadi penyanyi. Bukan apa minat menyanyi sudah ada sejak kecil. Malah, kedua-dua kakak saya pun memberi dorongan ke arah itu. Sekurang-kurangnya antara kami ada yang terbabit dalam bidang lain."
Jika diberikan peluang, Raysha, 21, mahu merakamkan lagu genre balada atau R&B.
Selain itu dia juga berbakat dalam pengacaraan, malah sudah banyak kali menerima tawaran mengacara program namun terpaksa menolakanya dengan baik.
Foto: IG Raysha Rizrose
“Saya bukan menolak rezeki, tapi ketika itu saya terikat dengan komitmen kerja lain. Bagaimanapun, saya percaya pada rezeki. Kalau bukan dalam bidang itu, saya terbabit dalam bidang lain pula,” katanya.
Untung menjadi Raysha, sudahla cantik, berbakat besar pula. Didoakan supaya Raysha berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, ya. -CARI |
|