Fadi Fawaz, Foto: www.ok.co.uk
Teman lelaki kepada mendiang George Michael dikecam hebat apabila dia memuat naik sebuat status di Twitter.
Fadi Fawaz mengatakan yang kononnya penyanyi tersebut memang pernah beberapa kali cuba membunuh diri sebelum ini.
Waalau bagaimanapun, Fadi, 43 menyangkal dakwaan tersebut dan memberitahu akaun miliknya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Foto: people.com
"Ia sama sekali tidak benar. Akaun Twitter saya digodam untuk tujuan menyebarkan berita palsu," katanya seperti dilaporkan E! Online.
Status itu sudah dipadam sejurus selepas ianya tersebar luas di media sosial.
Terdahulu, George ditemui mati di kediamannya di River Thames West London dan dikatakan ianya disebabkan masalah jantung.
Foto: www.dailymail.co.uk
Namun bedah siasat yang dijalankan gagal mencari punca kematian sebenar dan ujian lain bakal dilakukan untuk mencari sebab sebenarnya. -CARI |