CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6483|Reply: 35

Doktor Dedah Pesakit Patah Tulang, Lumpuh Lepas Sesi 'Berurut Badan'

[Copy link]
Post time 3-1-2017 11:45 AM | Show all posts |Read mode


Seorang doktor mendedahkan beberapa kes teruk seperti patah tulang belakang, strok sehinggalah kematian yang disebabkan oleh urutan badan oleh tukang urut.


Dikenali sebagai Hana Hadzrami, doktor ini berkongsi kisah 'gara-gara mengurut' itu melalui laman Facebook miliknya.






"Baru-baru ini ada kes patah tulang belakang setelah pesakit menjalani urutan belakang oleh tukang urut.

"Sangkanya bunyi 'krakk' itu kerana kedudukan tulang dah diperbetulkan. Rupanya patah terus. Bukan setakat patah, malah lumpuh kedua belah kakinya," tulisnya.


Lumpuh dan kecacatan bukan perkara asing dan juga bukanlah kali pertama dicatatkan berlaku sebalik melakukan urutan badan, malah terdapat kes yang membawa kematian, ujar doktor wanita ini.






"ernah seorang lelaki tua pengsan sehari selepas menjalani deep tissue massage. Rupa-rupanya sel tisu ototnya dah pecah (rhabdomyolysis) dan menyumbat buah pinggangnya menyebabkan jantung terhenti.

"Apabila masuk ICU, buah pinggangnya rosak teruk, darahnya beracun. Meninggal dunia dia tak lama selepas itu."


Pendek kata, melakukan sesi urutan badan bukanlah satu perkara yang boleh dilakukan suka-suka mahupun terpaksa jika sakit. Sebaliknya dapatkan dulu nasihat doktor jika anda berada dalam kondisi sihat sekalipun.


Berikut merupakan beberapa komen dan persoalan netizen terhadap doktor ini berhubung urutan badan.






Sebagai pengguna anda juga seharusnya tahu latar belakang seseorang tukang urut agar tidak salah memilih mereka yang tiada ilmu di dada. Kesannya, anda yang bakal menanggung nasib nanti. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2017 12:58 PM | Show all posts
bapak saya suka sangat mengurut2 ni
asal sakit sikit, pergi ngurut
tengok tak baik jugak
taknak makan ubat sembarangan
tak tahu halal ke tidak katanya
tapi saya tengok ubat2 yg dia makan tu
takde pun pengesahan kementerian kesihatan
bila tegur boleh rosakkan buah pinggang kalau makan ubat sembarangan
dia kata orang tak makan ubat pun boleh sakit
ok fineeeee~
pastu taknak makan ubat doktor
sbb katanya ubat doktor ni buat dia mengantuk
sedangkan ubat tu nak bagi dia relax, boleh berehat
tapi kalau tak makan ubat pun semedang melintang je tidur kat tengah rumah

skag ni rajin berbekam pulak
siap beli set bekam lagi
bila2 rasa tak sihat
terus bekam sendiri
saya tak halang
sbb nanti macam2 dijawabnya
cuma risaukan dia je

luahan perasaan pulak kat sini

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 3-1-2017 12:58 PM
bapak saya suka sangat mengurut2 ni
asal sakit sikit, pergi ngurut
tengok tak baik jugak

tragis kisah chuols. iols simpati dgn chuols. nak dimarah bapa sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 3-1-2017 12:58 PM
bapak saya suka sangat mengurut2 ni
asal sakit sikit, pergi ngurut
tengok tak baik jugak

Bapak kau slalu bekam ke? Wei. Bekam tu bleh dlm 6 bulan atau setahun skali je kot, bahaya klau kerap bekam.

Bapak kau ni pun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yg urut lepas bersalin tue tak bahaye ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 01:44 PM | Show all posts
ka6_jeram replied at 3-1-2017 01:15 PM
Kalau yg urut lepas bersalin tue tak bahaye ke?

Ha ah..nk tau jgk, sbb yg mengurat manja ni mmg tu la keje die urut ibu2 lepas bersalin.
tp utk manja ni urut2 biase je..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2017 01:55 PM | Show all posts
Princess_Na2 replied at 3-1-2017 01:14 PM
Bapak kau slalu bekam ke? Wei. Bekam tu bleh dlm 6 bulan atau setahun skali je kot, bahaya klau ke ...

aku tak pasti kekerapan dia berbekam ada sampai 6 bulan sekali ke tak
kekadang dia bekam darah tu
kadang bekam angin
baru2 ni aku nampak dia buat sendiri bekam kaki
aku malas nk tengok proses tu sampai habis
puncanya dia kata sakit kaki
lututnya tu bila bergerak rasa sakit
aku syak pelincir lutut dia tu dah kering
tu pun dia buat bekam
aku pun tak pasti apa effect dia

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa pregnant setiap kali jumpa doc, tiap kali dia pesan jgn pandai pandai berurut nak betulkan kedudukan baby.bahaya dia kata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2017 01:57 PM | Show all posts
sakurazura replied at 3-1-2017 01:10 PM
tragis kisah chuols. iols simpati dgn chuols. nak dimarah bapa sendiri.

itulah kan
kang nanti yg sakit badan sendiri
tanggung sendiri
sabarrrrr je lah aku ni

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 02:34 PM | Show all posts
pernah mengurut dengan bidan kampung
mak oiiii urat kaki aku sakit gile kena picit
dia plak nampak aku sakit, lagi seronok nk picit
sampai meleleh laa air mata
aku saspek urat kaki tu sakit kena picit sebab makan ubat.
doktor ada ckp ubat tu boleh buat darah beku kat kaki
lepas tu xnak dah mengurut ngan bidan

aku ade buat massage gak..tp spa massage
x usik tulang belakang
prosedur pun kena amik health rekod guest tu..
pernah patah tulang ke, demam, migrain, darah tinggi..
hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 02:38 PM | Show all posts
arwah opah aku tukang ngurut.. selama nie mgurut dgn dia ok jer.. skrg spupu aku ambik alih mgurut pon ok.. xde msalah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
alamak cane ni..iols br nak ngurut balik ngn ibu yg urut iols masa dlm pantang n hbs pantang hr tu...badan rasa lenguh blk ni..tp ibu tu urut sedap sgt..lama plak tu bdn ringan yg pasti xde pengeras2 ni

ala cane ni tetibe risau
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
aku lpas 2 bln beranak berurut dgn nenek sebelah rmh laki aku...mak datok dia "angkat" perut mcm nak terputus pinggang...2 hari aku trauma..lpas tu urut balit dah x rasa apa..tu 2 bln..kalau dlm hari pantang berurut tu mau menagis..aku jenis x suka berurut tp lpas beranak tpaksa juga..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ka6_jeram replied at 3-1-2017 05:15 AM
Kalau yg urut lepas bersalin tue tak bahaye ke?

tgk tukang urut. kalau tukkang urut yang umo 20 rambut blonde blonde muka macam si coco tu jangalah gi urut. kena cari mak bidan yang umo 30 keatas. biasanya mak bidan ni tenaga dia amat kuat kerana telah berkahwin. kalau anak dara picit takde rasa apa apa.

dan lagi satu kalau ada menghidap kencing manis. janganlah gi urut thai atau urut badan. salur darah bawah kulit boeh pecah.dua tiga hari lepa urut akan nampak kesan lebam. lepas tu mula sakit di bahagian urut.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 3-1-2017 07:02 AM
alamak cane ni..iols br nak ngurut balik ngn ibu yg urut iols masa dlm pantang n hbs pantang hr tu.. ...

urut ada banyak jenis. urut batin urut thai. urut bersalin. yang sampai mati tu adalah urut thai. pasal mmg bahagian leher dan bahagian pinggang dia akan betulkan. elakkan berurut ketika perut penuh. seeloknya selepas 2 jam makan. elakkan minum air batu atau air sejuk sebelumm berurut. kalau anda spesies tak pernah angkat kotak. tak pernah kemas rumah. jenis tak suka berkebun. jenis duduk aircon.jenis duduk lama lama depan TV. anda adalah paling sedap utk diurut.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 3-1-2017 01:57 PM
itulah kan
kang nanti yg sakit badan sendiri
tanggung sendiri

terlanjur u cite pasal bapak u, iols pon nak share pasal someone yg iols kenal.
diorg ni jenis percaya dgn rawatan alternatif.urut, homeopathy, bekam & sebagainya. mkn supplements pon boleh tahan. apa aje yg x cuba. semua cuba. kdg2 menyirap je iols tgok diorg spend duit utk semuani. bila rasa sakit sikit mula la berbincang nak mkn itu ini.nak pantang itu ini. bagi iols makan boleh berpada2 la. kawal kolestrol n gula. selalu bersenam.lagi satu diorg ni percaya dgn segala mala ustaz, jin dan sebagainya. konon rawatan islam. mula2 suruh bayar seikhlas hati da 2 or 3 treatments ade charge bagai. iols pun pelik anak2 sekolah agama dpt didikan agama cukup. mak bapa pon solat mengaji x tinggal. tp masih nak percaya .dgn rawatan2 mcm ni. iols percaya jin semua tu wujud tp xdela iols nak spend duit nak panggil ustaz so called free of charge tp last mntak payment jgk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2017 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
aleesyasofia replied at 3-1-2017 06:38 AM
arwah opah aku tukang ngurut.. selama nie mgurut dgn dia ok jer.. skrg spupu aku ambik alih mgurut p ...

ngurut perlu ada kemahiran. kena tahu mana tmpat boleh diurut mana tidak. ilmu urut tidak boleh ditransfer melalui whatsapp atau baca kat google.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 3-1-2017 04:19 PM
urut ada banyak jenis. urut batin urut thai. urut bersalin. yang sampai mati tu adalah urut thai.  ...

yg ujung2 xpenah sume benda tu apa kene mengena uols?

iols inneseng

tp iols ni mmg suka berurut..hb iols ckp iols konan urut..sikit2 nk urut
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 3-1-2017 12:58 PM
bapak saya suka sangat mengurut2 ni
asal sakit sikit, pergi ngurut
tengok tak baik jugak

bersabarla puan sabariah

  

iols kalau bc komen uols ada je komplen hahahah

sorry sorry gurau je tau
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 04:36 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 3-1-2017 04:32 PM
bersabarla puan sabariah

   

perasan dah si ida ni
memang kena banyak bersabar skang ni
jangan marah2
jangan sedih2
sabar tu separuh dari iman
kalau asyik marah dgn bersedih
menambahkan kedut di muka je

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047851 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list