View: 7373|Reply: 17
|
Bosan Dengan Spaghetti Dan Lasagna? Cuba 6 Lagi Jenis Pasta Ini!
[Copy link]
|
|
Siapa yang tak suka pasta? Pasti hanya sebilangan kecil sahaja yang kurang menggemari makanan berasal dari Itali itu. Malah, sering juga kita lihat ada yang memasak atau menggoreng pasta persis menggoreng mi. Dengan menggunakan rencah yang sama, hanya teksturnya sahaja berbeza.
Pernahkah anda terfikir kenapa terdapat pelbagai bentuk pasta? Bagaimana setiap jenis pasta berlainan digunakan dalam resipi?
Terdapat kira-kira 350 jenis pasta di seluruh dunia dan setiap satu daripadanya diberi beberapa nama gelaran. Sebagai contoh, pasta farfalle lebih dikenali sebagai pasta “butterfly" atau “bowtie".
Berikut adalah lapan jenis pasta yang paling kerap digunakan dalam masakan.
1. Spaghetti
Sumber foto: Carian Internet
Pasta yang paling kerap kita temui, bentuknya seperti lidi panjang tanpa lubang. Sangat sesuai disajikan dengan sos bolognaise (sos tomato dengan daging cincang).
2. Fussili
Dibentuk seperti lingkaran, biasanya digandingkan dengan sos berkrim bersama tomato dan kacang pea.
3. Lasagna
Sumber foto: steakpastaburger.files.wordpress.com
Berbentuk lembaran tipis dengan panjang sekitar 27 cm dan lebar 5 cm yang dilapisi dengan sos tomato dan daging serta sos putih yang disusun dalam beberapa lapis.
4. Ravioli
Bentuknya mirip bantal kecil, terdiri dari 2 keping pasta yang di dalamnya boleh diisi dengan daging, keju, dan sayuran, serta makanan laut.
5. Fettuccine
Sejenis pasta panjang seperti spaghetti, tetapi lebih lebar. Lebih lebar pasta tersebut lebih banya telur yang menjadi bahan asasnya. Pasta yang lebih tebal seperti fettuccine lebih sesuai digandingkan dengan sos berkrim seperti carbonara.
6. Penne
Berbentuk seperti paip dan berlubang di tengahnya dan dipotong serong. Terdapat dua jenis permukaan luar iaitu yang di bergaris dan rata. Ia sesuai digandingkan dengan apa jua jenis sos.
7. Macaroni
Sumber foto: Carian Internet
Berbentuk seperti paip melengkung dan berlubang di tengahnya. Ia sesuai untuk hidangan yang dipanggang seperti macaroni bakar atau digandingkan dengan sos keju.
8. Farfalle
Sumber foto: LEAFtv
Pasta ini sedikit unik dengan bentuknya seperti tali leher kupu-kupu. Pasta ini sering disajikan bersama hidangan salad atau sajian utama dengan sos berkrim. Boleh juga digandingkan dengan sos ringan seperti minyak zaitun, keju dan mentega.
Yang mana satu pasta kegemaran anda? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sedap!!!!
suka makan pasta sbb senang masak |
|
|
|
|
|
|
|
Pg td br suami bwk bekal spageti g keje..kuah Bolognese buat sendiri.maniskn kuah pakai jus delima,celery stalk n carrots. |
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun mac and cheese sedapnya |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap. Lagi2 salad pasti kenny rogers |
|
|
|
|
|
|
|
Ni tak suka bila masuk thread makanan mesti terliur nak pergi beli. |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesape resepi mudah buat sos bolognese x? |
|
|
|
|
|
|
|
Nk masak untuk mlm ni laa |
|
|
|
|
|
|
|
Ravioli...iol suka!!!!tapi kat sini takde,kalau jenjalan seberang tambak n singgah pastamania iol order ravioli |
|
|
|
|
|
|
|
ade takk sesape resepi carbonara yg superbb.. ?
tq
|
|
|
|
|
|
|
|
My fav always lasagna..nak buat pon senang |
|
|
|
|
|
|
|
i suka buat buat carbonara y x payah msk mcm rachel rays buat. sedap dan mudah. resepi xde. olah2 sendiri jek |
|
|
|
|
|
|
|
Memang senang masak western. .cepat cumaccostly bahan bahan. .. |
|
|
|
|
|
|
|
ada tak resepi carbonara yg best |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by GincuPurple at 11-4-2017 06:42 PM
Beef Aglio Olio with Pesto
Resepi ni gincu dapat dari kawan berasal dari itali. Resepi asal tiada daging. Dengan daging lagi sedap wooo. Kuantiti daging dan pasta, korang pandai2 lah agak. Kalau sauce sikit, pasta pun sikit kan lah.
Bahan:
- daging dihiris nipis. Perasakan dengan garam
- seulas bawang putih di ketuk
- sebekas tomato ceri dibelah 2
- daun basil kering hancur (dlm botol), sedikit. kalau nak pakai basil segar lagi bagus. chopped.
- kepingan cili (chilli flakes), ikut suka hati
- pes pesto, 2-3 sudu besar (beli je dalam botol. tak payah susah2 buat sendiri)
- minyak zaitun extra virgin, 4-5 sudu (aglio olio perlu lebih minyak.
- gula, sedikit
- garam
Cara:
1) Panaskan minyak zaitun dlm pan(kuali pun boleh saja). Gorengkan daging bersama bawang putih. Tidak perlu garing, cukup sekadar air daging kering dan daging masak.
2) masukkan tomato, taburkan sedikit gula. Utk kurangkan kemasaman/acidity tomato. Biar seketika.
3) taburkan sesudu kecil chilli flakes dan sesudu kecil basil kering (basil flakes).
4) Gaul-gaulkansehingga tomato menjadi lembut dan mula hancur. Perasakan dengan garam. Kalau tak cukup minyak, tambah.
5) bila tomato dah sebati kelihatan hancur, masukkan pesto. Gaul. Tambah garam jika perlu. Kecilkan api.
6) masukkan spaghetti yang telah direbus. Gaul sebati. Sila ikut arahan masa ketika merebus spaghetti. Jika ingin al dante, kurangkan seminit (petua org itali ni, bukan gincu yg kata).
7) hidangkan dengan menabur keju parmesan.
Nota: gincu dah cuba guna ayam, tak sesedap daging lembu. sentiasa rasa masakan anda. Tambah apa yang patut.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Wah sedap tu . Mac n cheese my peberet. |
|
|
|
|
|
|
| |
|