View: 1190|Reply: 1
|
Sekolah Ditutup Kerana Banjir, Tidak Perlu Ganti
[Copy link]
|
|
Sekolah yang ditutup akibat banjir tidak perlu mengganti hari persekolahan kerana ia dianggap sebagai Cuti Darurat Kecemasan Banjir.
Memetik laporan Bernama, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata demikian kepada pemberita semasa melawat Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong yang dijadikan PPS siang tadi.
"Sebanyak 72 sekolah di Kelantan dan Terengganu ditutup akibat banjir, daripada jumlah itu, 38 sekolah turut dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS)."
Tamabh Mahdzir kira-kira 15,000 pelajar di Kelantan dan Terengganu terjejas akibat bencana banjir yang berlaku sejak Ahad lepas dan berdasarkan keadaan cuaca yang baik, sekolah yang ditutup itu mungkin boleh dibuka semula minggu hadapan.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri di kedua-dua negeri terbabit perlu membuat laporan segera untuk proses membaik pulih perabot, kerusi meja serta alat pendawaian sekolah yang rosak.-CARI
sumber foto: Grafik CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|