|
Berikutan kandungan dan aktiviti unik di media sosial yang diwujudkan dan konsep 'Now Everyone Can Fly’, syarikat penerbangan tambang murah terkemuka negara, AirAsia diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Paling Berpengaruh di China.
Memetik laporan Kosmo, pengiktirafan itu disampaikan sempena Anugerah Kuasa Baharu Kembara 2016 anjuran anjuran laman web Sina Travel dan Youku Travel di Beijing, China Jumaat lalu.
Menurut Presiden Asia Utara AirAsia, Kathleen Tan, China merupakan pasaran yang amat penting bagi syarikat tersebut dan mendorong AirAsia mewujudkan kandungan terbaik di media sosial bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan di negara tesebut.
“Kami menggunakan media sosial di China sebagai pusat sehenti untuk sesiapa sahaja yang gemar mengembara dan mahu berinteraksi dengan AirAsia."
"Anugerah ini tidak akan diperoleh tanpa interaksi, maklum balas dan sokongan daripada para pengunjung maya kami."
Tambah Kathleen, Air Asia yakin mampu meneroka pasaran baharu, bukan sahaja sebagai syarikat penerbangan malah sebagai rakan pengembara yang mengilhamkan penemuan, keriangan dan gaya hidup baharu.- CARI
sumber foto: http://my.termasuk.com/
|
|