Kita biasa mendengar orang cakap, "Biar kerja teruk, asalkan dapat bos yang baik" dan sebenarnya kata-kata tersebut sangatlah relevan lebih-lebih lagi jika berdepan dengan hal-hal kecemasan.
Bukan senang mahu mendapat bos yang baik hati dan memahami keadaan pekerjanya, kebanyakannya hanya tahu mengarah sesuka hati mereka sahaja.
Seorang lelaki yang menggunakan nama sebagai Amir Zain di Facebook, telah membuka mata ramai netizen dengan kisah yang tentang rakan sekerjanya yang yang masih datang ke pejabat walaupun anaknya ditahan dalam wad hospital.
Gara-gara tindakannya itu, si bos terus bersuara lantang dengan mengatakan "Go home now! You can lose your job but do not lose your family". (Balik sekarang! Awak boleh hilang pekerjaan, tapi jangan hilang keluarga awak.)
Tambah pula ketika Amir sendiri membawa anaknya yang berusia satu tahun ke pejabat, bosnya tadi telah menyampaikan pesanan pada kanak-kanak kecil itu sendiri.
Foto Hiasan
"Ingatkan ayah jangan kerja kuat sangat, suruh ayah balik awal dan nasihat anak saya supaya pesan dekat ayah jangan stress sangat bila berkerja."
Ramai yang bersetuju dan berasa yang bos tersebut perlu dijadikan contoh kepada majikan yang lain, namun ada pula yang mengatakan dia hanya 'main wayang' atau berlakon baik sahaja.
Walau apa pun, memang untung sungguh siapa yang dapat bekerja di bawah seorang pemimpin yang sangat berkaliber dan berwawasan, dan pada masa yang sama sangat menjaga kebajikan para pekerjanya.
Semoga lebih ramai lagi pemimpin yang mempunyai ciri sebegini bakal wujud di masa hadapan. -CARI
Post time 10-1-2017 03:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku pernah dpt bos yg gila x bg aku cuti jaga anak sakit... and pernah dpt boss yang baik faham je kalau aku cuti sbb anak sakit pon.... boss yg dah kawin dan ada anak mmg lebih memahami be it laki ke pompuan.. bos x kawin lg dan xde anak plg anxious kalau kita half day sekalipon bila sebab cuti adalah anak....
Post time 10-1-2017 03:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Payah nk dpt majikan yg betul2 paham. Nak2 bg ppuan dlm masa yg sama seorang ibu yg bekerja. Ada masa2 trpaksa balik awal @ half day @ ambik EL. Kita x dpt nak jangka bila masanya anak kita akan sakit, demam. Sedangkan mntk balik awal sbb anak ada monthly checkup pun kdg ada bos yg tarik muka dah..
1.sorang bos lelakii sangat memahami suh balik jaga anak aku yang sakit , kerja ramai org lain boleh buat katanya tapi kalo jd apa2 kat anak menyesal nanti , sayang aku kat boss tu sampai skang aku ingat jasa dia semoga dia dirahmati Allah selalu.
2.sorang lagi boss pemouan, pantang dia cuti n el sbb anak sakit, n siap sound aku kalo ada ank kecik mesti kerap ambik cuti. mmg aku ingat sampai bila2 kejamnya kan, padahal aku org yg susah nak cuti melainkan sgt2 emergency. huhuhu alhamdulillah boss tu dah tukar x lama aku masuk situ tapi sempat gak bergaduh ngan dia
Biar dapat boss OK tapi banyak kerja dari dapat kerja senang tapi boss hauk susah nak lebih kurang. Selalunya jenis ni jenis baru je naik pangkat tengah gila kuasa belum byk pengalaman human relation semuanya nak by book tak guna budi bicara bijak mesti tak kan lama bertahan pasti akhirnya akan ditukar kan ketempat lain juga
bos2 gini x paham situasi anak staff sakit, ade tiga je bg aku.
pertama, dia single x kawin.
kedua, dia kawin, tp bab sakit pening anak bukan dia jaga tp pasangan, sb tu dia pelik kenapa dia ade anak xde la dia asik cuti/el/half day tp org lain asik cutiii je. maybe pasangan tu cikgu(kije separuh hari).
ketiga, dia kawin, n semua urusan hal ehwal anak, pasangan yg uruskan. dia just bg duit kpd pasangan utk cari org gaji/pusat asuhan/bayar taska bil semua janji jangan kacau aku yg sibuk sbg bos ni).
Post time 10-1-2017 08:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bos pompuan aku giler kedekut cuti.. smpaikan x bg la cuti awal nk beranak. Smpaikan aku pecah ketuban dekat pahanh, bersalin kt temerloh. Bos laki plak garang giler tp family man. Anak sakit mmg die suh cuti.. kalau mak ayah kita sakit or meninggal mmg die akan dtg ziarah...
Post time 10-1-2017 11:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
korang yg susah dapat cuti ni sebab orang penting kompeni agaknya...
cam meols, kalau takde hal emergency kat opis or sebarang isu, apply jela cuti konpem approve..
bila emergency, awal pagi terus bagi reason kukuh, kalau takde pending items bos takde point nak kecoh..
kita entitle untuk cuti setiap tahun bape hari kan..
yg bos meols bising pasal salu masuk lambat..tataula nak improve camne
Kat ofis aku, kitorang ada rules yang melarang boss mengganggu staff masa cuti, tak kiralah cuti emergency ke atau holiday atau saje2 cuti. Boleh dikenakan dakwaan harassment.
Post time 11-1-2017 08:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bos aku dulu .aku nk cuti sbb bapak aku operate lutut.dia blh bg ceramah x jge kesihatan la ape la...pdhal bapak aku eksiden.aku last tya..nk bg ke xnk ni?dia bg tp phm2 je la.
X lme pastu.ank dia operate lutut.cedera main bola.pdhal ank tu dh berbini.blh lak cuti smpi smggu.