CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6507|Reply: 63

[Jenayah] Permohonan PU Faiz Supaya Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Atas Tuduhan Cedera, Ditol

[Copy link]
Post time 10-1-2017 07:58 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA, 10 Jan (Bernama) -- Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan naib juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, PU Faiz, supaya beliau dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan mencederakan seorang penceramah wanita pada September tahun lalu.


Peguam Ridha Abdah Subri yang mewakili PU Faiz, 28, atau nama sebenarnya Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli membuat permohonan itu atas alasan pegawai penyiasat kes itu tidak bersungguh-sungguh untuk melengkapkan kertas siasatan.

"Dengan ketidaksungguhan pegawai penyiasat, ia juga menggambarkan sifat prejudis terhadap pihak pembelaan dalam kes ini, oleh itu saya mohon agar anak guam dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan ini," kata peguam itu.

Peguam itu membuat permohonan itu selepas dimaklumkan pihak pendakwaan masih belum menerima laporan penuh perubatan daripada Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Sungai Buloh.

Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah bagaimanapun menolak permohonan itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya akan membuat susulan berhubung laporan perubatan itu.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Azlan Mohd Nasir memaklumkan permohonan untuk rekod penuh perubatan telah dihantar ke hospital itu sejak 6 Okt tahun lalu namun masih belum mendapat sebarang maklum balas.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 3 Feb depan untuk sebutan akhir kes itu.

Pada 7 Nov lalu, PU Faiz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah Azmi, 29, disebabkan kemarahan, di pondok Rumi Sufi Jawi, No 14-3, Tingkat 2, Seksyen 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, pada 2.30 petang, 26 Sept 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding sama, mahkamah turut dimaklumkan representasi dikemukakan Nurul Intan Sakinah Azmi, 30, berhubung pertuduhan menceroboh pusat tahfiz sama, ditolak oleh Jabatan Peguam Negara pada 27 Dis tahun lalu.

Dia yang diwakili peguam Siti Nadiah Skh Saad memfailkan representasi tersebut pada 29 Nov 2016.

Pada 8 Nov tahun lalu, Nurul Intan yang merupakan ibu tunggal empat anak didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki premis milik PU Faiz yang digunakan sebagai tempat pusat pengajian agama Islam di Pondok Rumi Sufi Jawi itu pada waktu dan tarikh sama.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2017 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Si osetad didakwa mencederakan si setazah. Yg si setazah didakwa menceroboh premis si osetad. Pencetus ummah la sgt
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa tau cerita ni detail iya....

Mcm menarik je....
Pompuan ni giler maut kat dia sampai sanggup menceroboh kaw pondok tu...tgok muka so so je pu faiz ni..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 08:18 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 10-1-2017 12:14 PM
Sapa tau cerita ni detail iya....

Mcm menarik je....

Ini gambar wanita tersebut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 08:22 PM | Show all posts
ni pehal lak ni..
faiz bagi tendangan knuckelball ke apa, smpai pmpn ni jadi goalkeeper?..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 10-1-2017 08:18 PM
Ini gambar wanita tersebut.

Waaa....bior betul....

Apa yg buat dia jd mcm tu....pu faiz ada janji bln bintang ke kat dia....

Akk dok bygkn bdn gemok kepam ank 4....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2017 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pr3ttytw33ty replied at 10-1-2017 08:10 PM
Si osetad didakwa mencederakan si setazah. Yg si setazah didakwa menceroboh premis si osetad. Pencet ...

Dari cerita dulu mcm pompuan ni obses kat dia....ganggu life dia...

Takkn nk kena panggil geng csi ni....

@sebu & the geng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 08:28 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 10-1-2017 12:22 PM
Waaa....bior betul....

Apa yg buat dia jd mcm tu....pu faiz ada janji bln bintang ke kat dia... ...

Isu Pukul "Ustazah" , Isteri PU Faiz Tampil Cerita Sebenar...Tak Sangka Rupa-Rupanya "Ustazah" Dimaksudkan Gila Seks
KUALA LUMPUR – Seorang pelayar Facebook yang menggunakan akaun Hanisah Azman memberikan komen mendakwa isu bekas naib juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Faizuddin Rosli atau PU Faiz, berkaitan kes di bawah seksyen 335 adalah disifatkan sebagai kes aniaya.Pelayar itu turut memuat naik status yang didakwa daripada isteri PU Faiz yang cuba menjelaskan cerita sebenar disebalik kes dakwaan tersebut.

“Alhamdulilah.. terima kasih kepada yang mengutuk dan membuatkan kami tersenyum dalam keadaan yang masih bersedih atas kehilangan Ayahanda tercinta. (AL FATIHAH). Moga kalian mendapat keampunan.“Seperti yang di dakwa dan kami berhak memperjelaskan keadaan yang sebenar untuk tidak melahirkan lagi mulut-mulut puaka bakal penghuni neraka,”tulisnya yang memetik akaun isteri PU Faiz.

Menurut perkongsian itu juga memberitahu wanita yang didakwa dicederakan itu bukan penceramah bebas seperti yang dilaporkan sebelum ini.“Wanita itu bukan penceramah bebas atau ustazah seperti yang tertulis di dada akhbar. Beliau datang dan menceroboh ke pusat pengajian kami dan dia juga didakwa kerna menceroboh. PU Faiz tidak mencederakan atau memukul beliau melainkan lebih kepada “MEMPERTAHANKAN DIRI” kerna cubaan memeluk (menurut saksi) dan berlaku pergelutan yg mengakibatkan kecederaan pada bahagian tangan wanita itu.


“Wanita itu sering menganggu kami dgn hal rumahtangga beliau(sekarang dah bercerai) dan juga sering menghubungi Pu Faiz utk berjumpa serta ingin melakukan hubungan seks agar melahirkan seorang zuriat iaitu IMAM MAHDI walau ketika itu beliau MASIH ISTERI ORANG. Wanita itu sering mendakwa dirinya adalah Ibu kepada IMAM MAHDI dan sering berjumpa NABI,”kongsi status itu lagi.
Tambahnya, wanita itu juga cemburu dengan kebahagiaan PU Faiz dan Isteri sehingga sanggup memfitnahnya sekeluarga telah bercerai.

“(Wanita itu) menfitnah yang kami sudah bercerai dan PU Faiz adalah bakal suami keduanya. Kesimpulannya, ini adalah dugaan untuk kami dan didatangkan ujian berbentuk sebegini. Apapun InsyaAllah kami akan tenang hadapi,”akhiri kenyataan itu.Terdahulu, PU Faiz mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang penceramah wanita di sekolah tahfiz di Kota Damansara, dua bulan lalu.


Sumber: http://ediamedia.blogspot.my/201 ... pu-faiz-tampil.html


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2017 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr @ipes2 ....

Ada thread menarik ni....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 10-1-2017 08:26 PM
Dari cerita dulu mcm pompuan ni obses kat dia....ganggu life dia...

Takkn nk kena panggil geng  ...

Perempuan saiko ni yang lelaki tu pun x hensem mcm dua alam persisnya tu pun sangap obsesnye
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
huh, janda lawa rupenye..agak2 kecederaan tu boleh di palsukan/dibuat2 x? suruh saksi tampil juge, kalau pu faiz benar, sila sertakan bukti..perempuan tu ade msg2 ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa...kota Damansara je....

Ingatkn sekolah pondok kat kelantan ke...kedah ke....

Sampai retak tgn tu...kira kuat juga dia terkam ek....bkn mcm zulaikha...koyak baju je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 08:42 PM | Show all posts
sebu replied at 10-1-2017 12:31 PM
Perempuan saiko ni  yang lelaki tu pun x hensem mcm dua alam persisnya tu pun sangap obsesny ...

"Saya tidak memandang pada wajah hensem atau tidak hensem. Itu semua tak penting sis. Yang penting dia mampu membimbing saya ke SORGA FIRDAUSI!!!"
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 10-1-2017 08:42 PM
"Saya tidak memandang pada wajah hensem atau tidak hensem. Itu semua tak penting sis. Yang penting ...

Gilosssss    asalkan title ustaz
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 10-1-2017 08:18 PM
Ini gambar wanita tersebut.

Pergh masih berbalut ke gambar lama.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa pu yg season ustaz ni... ai suka dgr persembahan atau syarahan dia. Sgt2 berbekas isi2 nya.. dan penyampaian bahasanya sgt2 indah. Ia lebih suka dia dr ustaz yg juara tu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2017 09:18 PM | Show all posts
of course lah program pencetus nabi ni makin relevan di persada negara yang makin ke arah taliban ni kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
si pempuan tu umut bapr sbnrnya? 29 ke 30?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
x logik la alih2 jmpe trus nk dipelok ajak ngesek..hehe..sumthin fishy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 10:59 PM | Show all posts
sundayz0 replied at 10-1-2017 01:06 PM
Pergh masih berbalut ke gambar lama.

Gambar lama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.133443 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list