CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11472|Reply: 69

saka memporak perandakan hidup aku bila aku didekati a.k.a bercinta dgn org sole

[Copy link]
Post time 11-1-2017 04:10 PM | Show all posts |Read mode
salam... hi semua..
dah lama jugak aku tak masuk memeriahkan bod MPS ni...
aku kat sini, just nak share pengalaman2 mistik aku yg buat aku buntu dan keliru walaupun aku tahu, sejarah keturunan aku ada mengambil saka.
ok lah.. tak nak buang masa, aku story dulu sikit2 yg aku tahu pasal family background aku serta mukadimah...
fyi, nenek aku sebelah arwah ayah aku adalah membela khadam a.k.a saka. dan semasa hayatnya, beliau adalah seorang dukun. bukan dukun ilmu hitam, tetapi dukun pengubatan. pengubatan dia, lebih kepada memberi minyak yg telah dijampi. nenek aku ni pun dah lama dah meninggal dunia.. dia meninggal pun sebab sakit tua... dan usia dia pun agak pjg juga masa dia meninggal tu... mungkin sekitar 80++ thn.

memandangkan bapak aku merupakan anak yg bongsu dan adik beradik dia yg lain semua dah meninggal, so, si khadam ni mulalah memburu bapak aku utk membela dia pulak. bapak aku ni mmg tak suka, tak percaya dan takmo layan khadam ni...  bapak aku penah citer, kat rumah kami di kg, waktu malam, bila menginjak je pukul 12 mlm.... dan2 tu ada suara memberi salam kat luar pintu rumah. bapak aku mmg dah tahu... so, dia tak jwb... mak aku pulak, awal2 dah lena. so, bila bapak aku tak jwb salam , "dia" dok tawaf kelilling rumah... ketuk tingkap bilik, ketuk tingkap dapur, dan segala tingkap yg menghiasi dinding rumah bapak aku. kalau ikutkan rasa seram.. mmg seram la bapak aku ckp.... utk atasi rasa seram tu, bapak aku akan amalkan baca alquran, bermula jam 10 mlm hinggalah dia lena. kalau tak bleh lena gak... bersedialah di tgh2 mlm....

utk pengetahuan korang gak, khadam ni (aku takut nak panggil saka)... bukan setakat mengacau bapak aku ... malah, anak2 sedara aku... (sepupu aku punya anak) pun di kacaunya... siap nunjuk rupa.... siap follow ke UiTM, follow balik umah, follow pegi kelas... drp budak tu penakut , terus jadi lali... itu pun jenuh sepupu aku ingatkan dia, jgn tinggal baca yasin dan ayat kursi... sbb, bila anak sedara aku tgh tido, dia dpt mimpi ada nenek tua dtg kat dia... dan terdgr suara org ramai2 panggil kat dia dgn nama nenek kami yg dah meninggal tu.

setelah sekian lama si khadam ni menakutkan kami, dan memporak perandakan kehidupan kami.... (balas dendam kat bapak aku, time bapak aku sakit tenat, rosakkan rahim kakak aku supaya tak leh ngandung, rosakkan perkahwinan aku hingga bercerai berai)...
aku akhirnya dpt tahu, sesekali si khadam tu "menginap" kat rumah aku. Lepas bercerai, aku tinggal sorang2... dan kebetulan mmg tak de anak.. lg pun mmg rumah aku beli... so, takkan nak pindah menumpang keluarga pulak...

sepanjang aku tinggal sorang2 tu, aku mmg takde rasa apa2 yg pelik dan menakutkan... waktu tido mlm2 pun, mmg semua lampu aku padam... org opis aku pun pelik.. siap tanya, tak takut ke, dok bergelap... at least on lah salah satu lampu.... aku just jawab, dah biasa bergelap.. lagipun nak jimatkan karan...

kalau ada pun gangguan, kebanyakannya dtg melalui mimpi.... bergantung pada kekuatan iman aku utk baca ayat2 suci ketika di 'ganggu' di dalam mimpi.... kebanyakannya mimpi gangguan tu, lebih kepada "memburu" aku utk dibunuh. aku pernah mimpi dicekik ponti ketika menunggu kwn di dlm kereta pd waktu mlm, kerap mimpi berada di tempat kotor spt toilet dlm bangunan usang, berada di dlm hospital usang dsbnya. Alhamdulillah, setiap kali aku mimpi ada lembaga hitam nak bunuh aku, aku dpt membaca ayat2 suci alquran iaitu ayat kursi.. pernah skali tu, bila aku baca, dia tiup telinga aku (tiupan tu mmg real terasa). dan paling simple pun aku boleh sebut, kalau dah terlalu takut, aku hanya boleh sebut Allah atau Allahuakhbar....

** nanti sambung lagi... nak kena layan auditor la pulak..... huhuhu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2017 04:41 PM | Show all posts
alaaa ... cepat la sambung, baru nk thrill
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 05:01 PM | Show all posts
hai sambung la...jenuh tunggu ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2017 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat sambung TT. X sabar nih.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima lasih memeriahkan thread ini.. sambung lagi ye tt.. kami tunggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2017 01:47 PM | Show all posts
hi semua.... memandangkan lunch time ni aku tak kuar, maka, ada lah masa utk menyambung citer smlm....

kisah aku ni, berlanjutan sampailah skrg... boleh dikatakan setiap hari aku mimpi berada di tempat kotor.... kdg2 sebelum tido, aku selalu berharap dpt mimpi yg best2.. dan bukannya di tempat2 yg mcm tu... sampai satu tahap naik menyampah...  padahal sebelum tido aku baca 3 qul, ayat kursi, wuduk, zikir... tapi tetap jugak roh aku ni nak merayau ke sana...

kisah aku ni.. byk yg aku flashback dulu...sementara masih ingat...

setahun selepas divorce, aku mmg stay sorang2.... dan ada jugaklah berkenalan dgn lelaki melalui wechat ....  ada sorang mamat ni.. aku baru kenal... sekadar chatting...  sepanjang tempoh aku chatting mamat ni... background dia yg aku tahu, dia berasal dari Sarawak, dan pandai ilmu2 paranormal. Juga penuntut ilmu paranormal , nenek dia juga pengamal ilmu hitam.... adehh.. scary giler... as long dia tak apa2kan aku.. sudah...  banyak jugaklah perkara2 mistik yg aku pernah alami, aku story kat dia....

nak jadikan citer, suatu malam... tetiba umah aku blackout... aku ingatkan satu block blackout.. bila aku jengah keluar, tgk2 cuma umah aku je... adehh.... aku bingung tak tahu apa nak buat.. tak tahu nak mintak tolong dgn sapa... worst come to worst, aku mintak tolong dgn mamat ni... sbb dia pun ada jugaklah skill dlm bidang wiring...  pukul 9 mlm aku text dia , mintak tolong. dia kata, ok, nanti dia datang. Dah bg adds dah pun... aku tunggu dlm gelap tu.. sampai tertido... sedar2 dah pukul 1 pg.  Hangin betul aku... tgk2 kat hp, takde apa2 msg pun dari dia. miss call pun takde. bila aku call balik, dia ckp, dia on the way... makk aii... kau tu duduk puchong je kot... bukan duduk Kedah.... berjanggut nunggu, tak sampai2...  di sebabkan dah berpeluh2 nunggu, aku pun terus capai kunci kereta, dan keluar... gi tunggu dia kat mana2.... (dia bwk motor & park somewhere kat area bank di kawasan umah aku)

akhirnya jumpa gak... aku pun hangkut dia ke rumah mistik aku tu, utk tujuan settle kan masalah wiring... Sampai je kat parking... dia ckap kat aku... "awak jgn keluar dulu" biar saya keluar. nanti saya bagi isyarat, baru awak keluar.  lepas dia keluar, aku tgk, mulut dia mcm kumat kamit... mata dia perati sekeliling.... pas tu, baru dia bagi isyarat, suruh aku keluar.  then, aku pun kuar dan terus menuju ke apartment aku.  sampai je dlm apartment, dia pun terus buat keje dia... dok kelebet segala yg ada dlm box fius2 elektrik tu... lepas dah betulkan, tukar fuse yg terbakar, barulah rumah aku terang benderang... lega... waktu tu, jam dah menunjukkan pukul 2 lebih.. dalam pukul 2.45 mcm tu... lps dah settle, aku berkata dlm hati.. aikk.. mamat ni tak reti nak balik ke... keje dah settle... pas tu, aku tgk, dia dgn tenang duduk kat sofa aku .  check hp... tetiba wassap hp aku berbunyi... aku tgk dari dia... padahal dok kat hall dgn aku... apsal bersembang guna hp/guna wechat... tak ke , kelakar... tapi aku layankan je laa.. spjg tempoh tu mmg kami diam je...sambil2 borak kat wechat, adalah yg aku dok loyar buruk kat dia..., dia pulak, boleh dtg dekat kat aku dan nak Tarik hidung aku.. sib baik aku mengelak, dan sound.. jgn mengada2 ye...

aku cuba cari alasan utk keluarkan dia dari rumah aku... sbb dia ckp kat aku, kalau ngantuk, gi masuk bilik, tido. biar dia stay kat depan.  tapi, kalau dgr bunyi2 kat depan, jgn keluar. just stay je dlm bilik.... huiiii.. lagi lah aku takut... last2 aku pujuk dia gak.. ajak dia kuar pi ngeteh kat mamak... akhirnya dia setuju.

sepanjang kami lepak kat mamak, dia reveal semuanya yg "ada" kat umah aku spjg dia berada kat situ. dia ckp, dia saja nak Tarik hidung aku, bkn sebab dia nak menggatal, tapi ada sebab... Dia nak tgk reaksi si "penumpang" dlm rumah aku...

katanya, masa dia masuk je rumah aku, mmg dah rasa lain macam.... then, lepas rumah aku dah terang benderang, dia nampak semua jenis makhluk yg menumpang dlm rumah aku. Sgt banyak katanya. sebab tu dia communicate dgn aku, guna wechat. dia tak nak sembang2 mcm org biasa. Dlm byk2 "penumpang" tu, katanya , ada satu tu.. mmg cukup marah kat dia.  Apa lagi bila dia bergurau nak Tarik hidung aku.  lagi lah "benda" tu marah.

dan, dia suruh aku masuk bilik dan tidur. sebab dia nak "bertarung" dgn "benda" yg marah gila kat dia.  Tapi disebabkan aku tak nak , so.. dia tak bleh nak buat apa.  Bila dengar citer dia, aku jadi seram...  dan dia ada Tanya , sebelum2 ni, badan2 aku ada lebam2 tak? terutama area kaki? aku ckp ada.  dia kata, itu maknanya, "benda" tu dah hisap darah aku, bahkan dah tido dgn aku.

cuak aku dengarnya, dan Tanya... camne nak buat? camne nak halau benda2 yg tak diingini tu? walaupun dia ckp ramai dlm rumah aku, tp aku tak terasa apa2.... tak rasa benda yg aneh... tak diganggu.. kecuali mimpi2 je lah...

dia kata, nanti dia Tanya guru dia... camne nak buat....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-1-2017 02:41 PM | Show all posts
sehari selepas tu, mamat tu adalah roger2 aku.. dia ckp dia tak sihat... sakit kepala... so, sbg kawan, abis2 pun, aku just wish kat dia, semoga cepat sembuh dan jgn lupa mkn ubat. pada fikiran aku, mungkin sakit2 biasa je.. sbb aku pun sering gak sakit kepala.
lepas pada tu, dia menyepikan diri.... lama gak la... dlm 2 minggu... lepas 2 minggu, aku text dia.. aku Tanya kenapa lama senyap.. takde berita... dia pun akhirnya bukak cerita,  yg pada hari yg dia balik dari rumah aku, sampai je rumah dia, dia terus sakit kepala... tak lama pas tu, dia muntah darah...
apa yg mengejutkan, semuanya berpunca dari "makhluk" yg dok menumpang kat rumah aku. Dia ckap kat aku, makhluk tu follow dia balik rumah.  dia terpaksa mintak bantuan guru dia.  dan katanya, malam semalam, dia dan guru dia telah dtg ke kawasan apartment aku untuk hantar makhluk tu balik... lain2 yg senang di lawan, semua dia dpt lawan... kecuali sekor makhluk yg kuat tu, dia tak mampu lawan...

dan selepas dari kejadian tu, secara otomatik, kami terus tak berhubung lagi.... dia terus senyap tak contact aku... & aku pun malas lah nak kacau hidup dia... kalau apa yg dah berlaku kat dia berpunca dari aku....

beberapa bulan kemudian, aku ditawarkan kenaikan pangkat dan kena bertugas di sebuah negeri di utara tanahair... babai rumah ku dan "pendatang haram" yg stay kat situ...

aku pun berpindah ke utara... bertugas di sana utk 2 thn. Lepas aku berangkat, ramai yg tanyakan rumah tu .. sibuk nak menyewa.  aku cakap, aku tak nak sewakan. Biarkan aje rumah aku mcm tu. terbiar mcm tu. sebab satu hari nanti, aku akan balik dgn bertugas semula di sini.  lagipun, time2 cuti pjg, aku nak balik, ada jugaklah rumah aku nak menginap.

rumah tinggal terbiar, kompon la raya hindu makhluk2 tu....

penah skali aku blk, sbb nak raya.... aku angkut anak sedara aku yg bljar kat Uni , senegeri dgn tempat keje aku.  aku bwk dia tido umah aku, sbb esoknya baru aku hantar dia ke rumah abg aku. letih tu.. drive jauh2.  Esoknya kami pun bersiap2 nak hantar anak sedara aku. sebelum nak kuar rumah, dia ckp kat aku, mlm td dengar suara org menangis. mendayu2. Mak usu dengar tak?...
aku pun selamba je ckap.. alah.. biasa lah anak jiran... suka merengek nak itu, nak ini.. tu mesti mak dia tak layan.. nangis laa mcm tu.. nak mintak simpati... alah , takde apa lah... mak usu selalu dengar budak nangis cam tu..... (boleh pulak aku tak fikir apa2 yg mistik - mungkin sbb bulan puasa)

sampai masanya..... abis kontrak keje kat utara, aku pun berpindah semula ke ibu kota.. balik semula ke rumah aku ni......

dan... episode yg hampir sama berulang kembali.... kalau dulu dgn pengamal ilmu paranormal... tapi kali ni dgn seseorang yg dipanggil Ustaz...

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 03:09 PM | Show all posts
Seram nye cte TT, cpat sambung!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2017 03:51 PM | Show all posts
beruangcomel replied at 12-1-2017 02:41 PM
sehari selepas tu, mamat tu adalah roger2 aku.. dia ckp dia tak sihat... sakit kepala... so, sbg kaw ...

uols xleh ke buat cleaning kt umah uols tu? buang sume penumpang tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2017 05:18 PM | Show all posts
nak balik dah ni... nanti sambung lagi esok... kena story time kat opis.. takut lak nak buat kat umah... karang, tengah asyik menaip, tetiba blackout ke.... benda jatuh ke...  naye je...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2017 06:17 PM | Show all posts
beruangcomel replied at 12-1-2017 02:41 PM
sehari selepas tu, mamat tu adalah roger2 aku.. dia ckp dia tak sihat... sakit kepala... so, sbg kaw ...

seram and pada masa yang sama, kesian kat TT.
Sila 'bersihkan' rumah secepat mungkin ya TT
hidupkan rumah dengan bacaan quran dan ibadah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2017 11:35 AM | Show all posts
Ipo replied at 12-1-2017 06:17 PM
seram and pada masa yang sama, kesian kat TT.
Sila 'bersihkan' rumah secepat mungkin ya TT
hidup ...

actually, rumah tu dah penah di "bersih" kan... lepas saya divorce dulu, saya ada gak lah berubat dgn perawat dari Darussyifa... & dan beberapa bulan lepas tu, saya pegi pulak ke Sinar Zamdurrani (tempat ust. Sharhan).  diaorg bagi air, garam bukit dan lada hitam utk di renjis dan ditabur di sudut rumah saya. sambil menabur2 tu, saya baca gak lah surah2 yg dianjurkan oleh ustaz tu....
tapi tulah.... selama mana je..... sebab pada awal tahun berikutnya, saya kena transfer ke Utara tanahair.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2017 12:00 PM | Show all posts
Setelah 2 thn berkerja kat utara, finally, kena panggil balik semula ke HQ di KL.  ok lah tu... back for good... home sweet home....

selama 2 thn rumah tu aku tinggalkan... entah dah berapa ramai makhluk yg tak diundang tu bermaharajalela dlm umah aku... aku rasa, lepas aku balik, gangguan agak teruk dari sebelum ni... kalau yg menakutkan tu, kebanyakannya dtg dlm mimpi...

setakat gangguan bodo2, mcm bunyi perabot diheret, bunyi guli dan segala mak nikam tu... aku dah lali... siap aku jerit lg... "woiii.. diam lah !! memekak je. aku nak tgk tv pun tak senang"... kejap tu diam lah dia skejap.... tak sampai seminit, sambung balik main guli lah, bertukang lah, Tarik perabot lah... mmg stress... mula2 dulu ingatkan org umah atas... dah rasa  nak gi naik atas, tinjau2 , apa benda yg diaorang buat, memekak2 sampai terganggu org umah bwh
last2 bila dgr ustaz2 ckap, tip2 rumah yg ada gangguan tu, sama mcm aku alami... baru lah aku faham..... so, biarkan je lah.. walaupun sebenarnya aku stress...

bila aku dah balik semula ke KL... aku teruskan rutin life mcm biasa... ada gangguan ke, takde gangguan ke, aku buat selenge aku je... agak2 bising2, aku pun capai headphone, dgr lagu ..

Dan seperti biasa, bila masuk waktu tido.... aku dihidangkan oleh mimpi2 yg mcm aku citer kat atas tu.....  mimpi berada kat public toilet... dah tau tempat tu usang... aku gi jugak masuk (Ni dlm mimpi tau, bukan reality... ) . bila masuk, aku tgk, walaupun toilet tu kotor sbb usang, tapi kira boleh lagi lah kalau nak membuang...  aku siap ckap, "ohh boleh guna lagi"... pas tu tak semena2 tetiba boleh pulak ramai orang yg masuk ke toilet tu.... rupa org2 tu... ada lah dari penampilan org zaman2 50an -60an... zaman mcm mak2 kita, tok2 kita masa muda...

pas tu , kalau aku terjaga dari tidur... ada masa2nya aku tetiba tersedar, sebelum nak betulkan posisi tidur yg lebih selesa.. mcm nak berpaling ke kiri ke, ke kanan ke...

and... you know what.... dlm keadaan mamai... bersuluh oleh cahaya dari luar tingkap, aku Nampak satu kelibat besar di sudut dlm bilik tido aku, berdiri memerhatikan aku yg tengah tido.. mata aku mmg tak beralilh bila dah pandang tepat ke arah tu..... sekilas... benda tu hilang... slowly..... dah aku tinggal sorang2 kan... mana lagi aku nak lari... by right, itu rumah aku.. bukan rumah dia.... aku pun, terus capai bantal tekup muka aku... Tarik selimut sampai leher...
mcm tu lah keadaan aku... kalau setiap kali terjaga tengah2 mlm... Nampak makhluk tak berupa tu... kadang2 kat tepi almari, kadang2 kat depan pintu bilik air, kdg2 kat dpn pintu bilik......

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt kuat dan berani boleh duduk sorang2 lagi.

I sejak betapa dalam mps ni jadi penakut. Takut tapi nak baca jugak
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 03:03 PM | Show all posts
moreeeee plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2017 05:06 PM | Show all posts
since aku free ni, aku sambung lagi... esok dah weekend.. 2 ari cuti....

pada bln September thn lepas, aku start berkenalan (cam biasa.. menerusi internet) dgn sorang hamba Allah ni..... chatting2... background pasal mamat ni, dia berasal dari seberang.. orang minang. bekerja sbg guru/ustaz di salah sebuah sekolah International kat KL ni lah... Iine2 Islamic. murid2 dia kebanyakan anak2 orang expatriate.  dari fizikal , aku tgk mamat a.k.a. ustaz ni Nampak warak, dahi ada tompok hitam (dah mcm arang) pulak hitamnya... tapi takpe lah, asalkan penampilan kemas & bergaya serupa org melayu kita.  
spjg chatting2 tu, mmg dia ada hasrat nak jumpa aku... ye la, takkan nak sembang2 je.. mesti nak kenal tuan badan.... aku ni cam biasalah... asik dok create alasan.... aku sebenarnya bukan minat dah  nak kuar2 blind date lagi.... kalau dia insist nak jumpa, aku dah plan dgn bff aku, suruh temankan.

nak jadikan citer... suatu tghari , aku baliklah ke rumah sekejap... aku pun tak ingat, apa yg urgent sgt sampai aku kena blk umah tghari tu.... then, sampai masa utk aku balik semula ke pejabat.. waktu tu dah pukul 2 pm.. (hari jumaat , rehat sampai kul 2.30). so, bila aku nak keluar, masa aku nak bukak pintu gril, tiba2 kunci gril patah!! ahhh sudahh.... terkurung lah aku kat dalam rumah. camne aku nak kuar, camne nak pi keje ...  kunci spare takde.  Ex aku pulak ambik kunci rumah , tak pulang2 sejak divorce. tak larat mintak suruh pulang. tak dipedulikannya. ntah2 kunci rumah aku tu pun dah hilang gaknya.  aku tak nak susahkan abg2 aku utk rescue. sebab diaorang masing2 kerja. rumah diaorang pun kat area yg heavy traffic jam. so, mau tak mau, aku pun roger2 kat pak ustaz ni.... siap snap gambar dan tunjuk kat dia... dia pun at last, ckp, dia boleh dtg   utk bantu aku.... tapi kul 5 lah.. lepas waktu skolah, dia boleh dtg. aku bagi details adds aku kat dia. aku pun,dgn pasrah ... terus wassap kat org opis, ckp aku terkandas dlm rumah sendiri. dan bagi kat diaorang gambar kunci rumah aku yg patah.

sementara menunggu tu, otak aku ligat berfikir.. cam ne nak buat.... tetiba dtg idea utk gamkan kunci tu... sib baik ada gam gajah kat umah... aku pun gigih lah gamkan /sambung semula kunci yg patah... lepas beberapa jam... Nampak lekat dia tu kukuh... ok lah tu.. setakat nak buat duplicate, lepas lah kot....

then, dlm kul 5.30, pak ustaz pun sampai... dia call, cakap dah ada dpn pintu umah. aku pun bergegas lah bukak pintu dan menuju ke gril utk hulurkan kunci yg aku dah gam, bagi kat dia utk duplicate...
korang tau tak, pak ustaz tu sempat tinjau dlm umah aku dan aku Nampak riak muka dia semacam...pandangan yg tajam.  pandangan dia ke dalam umah aku tu lain macam....
dlm hati aku dah dapat mengagak... tapi takpe. aku simpan dulu topic tu... ada masa, aku akan reveal dari dia.
lepas dah brief dia, kat mana nak pegi duplicate kunci, dia pun beredar....

dekat nak maghrib baru lah dia sampai. time tu aku dah bersiap2... ingat nak ajak dia kuar gi makan sbb aku dah kebulur tahap gaban bila terkurung dlm rumah sendiri yg tiada makanan segera utk dimakan....

so, masalah kunci akhirnya settle. aku tawarkan diri utk bwk dia gi masjid (naik keter aku) dan lepas tu boleh terus gi makan. spjg dlm keter tu, kami tak borak2 pasal rumah aku. mostly borak2 perkara lain..

lepas dah solat, dah makan, dah solat isyak... aku ckp kat dia, aku nak kena naik opis dulu.. sbb keje2, pc semua nya terbengkalai. at least aku nak kemas dulu workstation aku.. sbb dah nak hujung minggu... dia pun setuju dan follow aku ke pejabat.

sepanjang perjalanan ke pejabat, aku selamba cakap kat dia... aku ckp, keturunan aku ni ada saka.  Dia tak terkejutpun..... dia jawab, "saya tahu. tengok muka pun dah tahu".  Aku terkedu dgn jawapan dia....

pernah sebelum aku jumpa dia, masa kami byk berwassap... dia pernah text dan hantar kat aku satu perkataan iaitu.... "hanturaya"
tapi aku ignore je... sbb tak tau ujung pangkal... tetiba sebut hanturaya....

pas tu, aku cakap kat dia, boleh ke saka ni dibuang. saya tak suka laa... saka ni buat hidup saya terseksa.

dia cakap, "inshaAllah, boleh. I will help u".  Bila dgr dia ckap mcm tu, lega rasanya.

kira2 jam 10 mlm... masing2 dah balik ke rumah sendiri.... dia pun balik umah, terus tumbang. keletihan sbb dia puasa siang tu dan letih melayan kerenah aku gara2 kunci patah...

dan aku pulak, lepas solat isyak, terus panjat katil... dan tido.......

jeng.. jeng... jenggggg....  masa tgh tido.......  "nahas kau minah... jaga kauuuuuuuuuuuuu" (dendam makhluk dlm umah aku).......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2017 05:32 PM | Show all posts
pada malam yang sama, aku tido..... aku dapat satu mimpi yg masih segar di ingatan aku sampai skrg..... bagi aku, ngeri.. tak tau lah bagi korang camne....

ini kisah dlm mimpi aku.... penceritaan dlm mimpi, "rasa & sentuhan", sgt2 reality..

Dalam mimpi aku ni... (mimpi ni gelap je..seolah2 suasana hanya pd waktu malam. tiada siang).

senarionya macam ni.  aku dan bff aku , pergi holiday. dlm Msia, cuma tak tau negeri mana. kami sepakat utk sewa homestay aje.  kawasan persekitaran homestay tu mcm kawasan tinggal, sekeliling tu mcm bandar koboi yg kita biasa tgk dlm filem2 koboi.. atau filem melayu koboi...

bila tiba waktu malam... (sbb kitaorang sampai almost senja.), bff aku ni , dia ada plan lain... nak kuar ke tempat lain... dan aku pun nak kuar gak, atas urusan aku sendiri. so, member aku ni dah gerak dulu..... tak lama tu baru aku kuar.  Masa aku keluar dari homestay tu, aku jln kat bandar koboi... bandar tu takde orang langsung. lampu suram je... ala2 pelita... masa aku tgh jalan2 tu, tetiba aku dgr suara perempuan menjerit, kuat & nyaring. jeritan tu macam orang kena seksa.. memang menyeramkan.  aku yg tgh berjalan ni. terus berhenti bjln, dan pandang ke arah jeritan yg aku dgr. mmg jauh terperosok ke belakang bangunan koboi di hujung2 blok tu.
aku seolah dpt bisikan yg mengatakan, perempuan tu sedang dirogol. di waktu tu jugak, aku boleh menjawab dlm hati, "aiii .. teruk sgt ke sakit kena rogol... sampai macam tu ngeri sekali bunyi jeritan tu".

dah nama pun mimpi.  entah bila masa, tetiba aku dah ada dpn homestay. aku nak masuk homestay... pulas tombol pintu, masa tu dada aku rasa berdebar ketakutan. sesuatu yg aneh. aku tengok tombol pintu tu... aku pelik dan berkata2 dlm hati... "aik, mana pernah orang letak tombol pintu, button tekan kunci tu di belah luar. bhagian yg nak masuk anak kunci tu dok belah dalam. ini kalau perogol tu tahu, senang je lah dia masuk ke rumah ni. camne aku nak kunci rumah ni". aku jadi panic.

dlm keadaan panic tu, aku tetap jugak masuk rumah tu.  tapi member aku tu tak balik lagi.  lagilah aku risau. aku cuba nak call member aku, tetiba Nampak hp dia dok ada dlm homestay tu... dan bila aku pegang hp dia, tetiba ada msg dlm hp dia tu.. msg tu ditujukan kpd aku... tp aku dah tak ingat apa isinya.

masa aku dok ralit belek hp member aku, tanpa aku sedar, dlm homestay tu dah ada tetamu yg tak diundang... entah bila masa dia masuk, tup2 dah ada sebelah aku.  suasana dlm homestay tu sgt daif. lampu hanya seketul. iaitu lampu zaman dulu yg  berwarna kuning. yg mentol seketul tu je. dan dgn bantuan cahaya lampu tu lah... aku dpt lihat dgn jelas wajah makhluk tu... yg merupakan sosok tubuh seorang lelaki.  korang tau tak, makhluk tu pinjam wajah siapa?

makhluk tu menyerupai pelakon Kaza. ye, kaza yg pernah pegang watak Degawan...tok bomoh.....
muka dia mmg serius. pandangan mata dia tajam.

walaupun aku tgh takut giler, aku buat2 gaya selamba.... tak Tanya pun camne dia boleh ada kat situ... apa yg dia nak....  (sebab aku tahu, dia tu setan).

so, dlm mimpi tu , aku ckp... "tgh tunggu member ni.. kuar tak balik2... tgk ni ha.. (aku tunjuk hp member aku kat dia...) punyalah pjg pesanan dia"....

tiada apa2 reaksi dari makluk tu.. kecuali memandang aku, dia pandang hp member aku pun, sekilas je... tak berminatt....

guys... nanti sambung lagi.... aku kena balik umah... nak layan citer Lara Aisyah.... jgn marah ye
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaza jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Up.................
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Suspen aje tt nie..heheheh
..nti sambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.083334 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list