CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23006|Reply: 153

[Idea] ...Idea di hari tua...

[Copy link]
Post time 13-1-2017 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Seronok Baca Pesanan Dari Dr Harlina Siraj:

PESANAN MENITI USIA SENJA

*PERTAMA:*
MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH SELESAI.
FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG LAIN.
Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.
Fokus bagaimana nak gembirakan orang lain.

*KEDUA*:
JANGAN TINGGALKAN APA-APA HARTA UNTUK ANAK-ANAK.
MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI.
Rancang bagaimana nak belanjakan duit simpanan sebagai *saham akhirat*.
Berusaha gembirakan hidup sekarang untuk gantikan apa yang tak dapat dibuat sebelum ini.
Kalau mampu pergilah melancong.
Jangan tinggalkan apa-apa harta kepada anak-anak sehingga boleh buatkan anak-anak bergaduh berebut harta hingga bawa *masalah kepada anda* yang sudah tiada nanti.

*KETIGA:*
BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH
Lakukan pada saat ini dan sekarang.
Bukan lusa dan esok.
Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal.
Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

*KEEMPAT:*
DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA
Bergembiralah dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi *"full time baby sitter".*
Itu bukan lagi tanggungjawab anda untuk jaga cucu pula.
Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.
Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda, telahpun anda laksanakan.
Selepas anak2 anda dewasa dan menjadi ibubapa, *tugas anda telah tamat.*
Biarkan anak-anak anda yang jaga anak-anak mereka sendiri.

*KELIMA:*
KALAU SAKIT BERSABARLAH
Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal.
Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda miliki sekarang.

*KEENAM:*
DUNIA NI BUKAN TEMPAT ANDA DAPAT APA YANG DIKEHENDAKI.
Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang.
Jika anda tak dapat apa yang anda mahu, ketahuilah itu semua dah berlalu.
*Fokus kepada alam akhirat yang lebih pasti anda akan dapat apa saja yg anda mahukan ketika itu.*

*KETUJUH:*
BERSAMA-SAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA
Berbahagialah dengan ahli keluarga anda, anak+cucu dan sahabat-sahabat anda.
Merekalah yang betul-betul sayangkan anda, sayangi anda seadanya.

*KELAPAN:*
BERLAPANG DADALAH
Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. *Lapangkan minda dan bersihkan hati.*

*KESEMBILAN:*
SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU
Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan mati. *Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.*
Bersedialah!
Bukan sekadar untuk mati, tetapi untuk bertemu Allah swt Yang Maha Esa.

*KESEPULUH:*
BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR.
Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

Petikan:
PROFESSOR DR. HARLINA SHIRAJ.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2017 08:53 AM | Show all posts
..ini idea dia..idea awak?...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
yang no 2 tu iol tak bole praktis,anak pun sorang..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2017 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
fishcracker replied at 13-1-2017 08:59 AM
yang no 2 tu iol tak bole praktis,anak pun sorang..

Haah kan.

Info dari bharian-

Tabungan perlu mencukupi Tidak dinafikan kediaman adalah keperluan asas, tetapi kelangsungan hidup ketika hari tua juga tidak boleh dinafikan. Justeru, mempunyai tabungan mencukupi untuk persaraan adalah amat penting. Dalam hal ini jika cadangan itu mahu dilaksanakan ia perlu dibuat secara berhati-hati dengan syarat yang ketat.

Sebagai contoh mungkin dibenarkan sejumlah tertentu sahaja bagi mencukupkan baki wang pendahuluan diperlukan selepas mengambil kira pengeluaran Akaun 2. Kita tidak mahu ada kalangan golongan itu nanti memiliki rumah, tetapi kehidupan hari tua mereka amat menyedihkan. Mengikut Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia, purata jangka hayat penduduk Malaysia ialah sekitar 75 tahun.

Kajian itu juga mendapati purata jangka hayat sihat penduduk negara ini adalah sekitar 66 tahun. Justeru, penduduk negara ini dijangka menjadi warga tua lemah dan berpenyakit selama lapan hingga 10 tahun terakhir hayat mereka.

Berdasarkan perangkaan ini, keperluan mempunyai simpanan mencukupi sememangnya tidak boleh dinafikan. Berapa jumlahnya bergantung kepada keperluan dan gaya hidup yang seseorang itu mahukan. Sebagai kiraan kasar, jika kita memerlukan RM1,000 sebulan untuk menampung kehidupan selama 20 tahun selepas bersara, maka kita perlu mempunyai simpanan sebanyak RM240,000.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/58396?m=1
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga jadi panduan utk kita semua.. :-)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 11:30 PM | Show all posts
Tak setuju dengan nombor 2...


Idea kita utk masa tua... eh tapi ada cik abang ni kata sekarang pun kita dah tua..12 years old ,20 years old... 30 years old...hehe    
Di masa tua berharap my outlook in life stay positive...no angry angry.. smile always...still wearing lipstick and pouting in front of the mirror.. hoho

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2017 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu..kita boleh tolak yg no 2..huhuu ;-)
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tambah:

Jangan bertangguh utk mengucapkan atau melafazkan kata2 kasih dan sayang buat org2 tersayang supaya diaorg tau perasaan kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 02:45 PM | Show all posts
yg no 2 tu i rasa my parents buat because dieorg selalu ckp dkt kteorg adek beradek die x ada harta nak bg kteorg kecuali pendidikan so that kteorg blh cari harta sndri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tips no 2 xblh guna kot ... Dasyat ...
but think positif .. anak2 kena lebih berusaha n jgn berharap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 03:27 PM | Show all posts
utk point no 2 tu, instead of tinggalkan harta, maybe boleh sediakan anak2 utk mentally and physically ready utk hidup berdikari in terms of knowledge

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 04:14 PM | Show all posts
Bila dah habis cita2, cita2 nak masuk syurga tu jangan terlepas pandang. Tu cita2 no.1. Esok nak mati sekalipun usaha untuk cita2 masuk syurga tu boleh dibuat lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 04:27 PM | Show all posts
my idea is almost similar to those highlighted above.

i will choose the word "semakin meningkat usia" instead of "meniti usia senja" . for me usia senja macam dah warga emas sangat and takut2 terlambat dan tak cecah usia senja .

1. JANGAN JEMU MENCARI BEKALAN UNTUK KEBERKATAN HIDUP
Dalam islam dianjurkan untuk wasatiah. walaubagaimanapun dalam kita mengimbangi dunia dan akhirat, wajib diingat bahawa misi kita ialah akhirat. mulakan dari sekarang (jangan tunggu usia senja) as simple as zikir yang tak lekang di mulut iaitu Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar dan jangan sesekali tinggal solat.

2. GIVE A MAN A FISH , AND YOU FEED HIM FOR A DAY. TEACH A MAN TO FISH, AND YOU FEED HIM A LIFETIME
i tak agree dengan item #2 di atas and i am quite annoyed bile dengar ada orang yang berangan2 untuk tidak mahu berkongsi harta dengan anak2 bila anak dah besar. i sendiri kerja untuk memberikan pendidikan, tempat tinggal, pakaian  dan kasih sayang terbaik for my kids. Tapi, i bukan bagi free2. They have to give me something in return seperti dapat straight A dalam big exams, jadi anak yang soleh dan solehah, jangan tinggal solat, jaga budi pekerti dan sewaktu dengannya. and I will definitely be their shoulder to cry on whenever diorang susah.

3. FORGIVE AND FORGET
i percaya untuk memaafkan dan terus melupakan - tiada istilah dendam. kerana, jika forgive and yet to forget, itu adalah dendam. betul kata ustazah/ustaz..malam2 pastikan untuk muhasabah diri dan maafkan orang sekeliling. hati akan sentiasa bersih dan jiwa sentiasa tenang. kerana perjalanan hidup kita ni yang penting ialah mencari keredhaan Allah.

sekian idea dari saya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Not really agree dgn no 2.
Bila kita fikir2, sedang Kan Zaman Skrg kita bekerja pun kita rasa Sesak Nak hidup. Rasa Sesak Nak beli Rumah. I Salu terfikir Mcm mana Zaman anak I 20 tahun Akan dtg. Skrg ni subsidi IPTA pun nak dikurangkan. 20 tahun lg Mcm mana?

Sekarang pun da Susah kerja. 20 tahun lagi Mcm mana.

Rumah Sekarang takda setengah juta Mmg menyewa lah. Nanti 20 tahun berapa pulak harga Nya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 09:35 AM | Show all posts
Acikayumii replied at 19-1-2017 07:43 PM
Not really agree dgn no 2.
Bila kita fikir2, sedang Kan Zaman Skrg kita bekerja pun kita rasa Sesa ...

Betul tu sekarang harga rumah tinggi.. loan smpai 30yrs

Most important sebagai persediaan hari tua adalah
1.  BEBAS HUTANG
2. FINANCIAL EDUCATION
3. WANG SIMPANAN - utk cover masa2 kecemasan
4. PASSIVE INCOME - if possible


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 06:56 PM | Show all posts
IDEA DI HARI TUA ...

Secara peribadi saya berpegang kepada hadith - sebaik2 manusia adalah memberi manfaat kepada orang lain

Insya Allah apa je saya buat harini samada
- kumpul duit/ aset (kejar dunia)
- kumpul amal (kejar akhirat)
- Kumpul anak ()
- kerja kuat untuk agama, bangsa dan negara
- jaga kesihatan (supaya dapat buat semua di atas)

saya impikan beri manfaat kepada manusia lain sampai bila2. Harapnya dah tua dapat rehat2 tengok hasil usaha masih muda dulu dimanfaatkan orang lain. Insya Allah dah tua pun taknak berhenti kumpul harta (secara automated) dan amal. Sambil jaga cucu dan nikmati hasil kerja kuat. Plan start umur 40 nak mengembara dengan suami jelajah dunia. Agak2 umur berapa dapat habis 195 negara seluruh dunia?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 07:17 PM | Show all posts
No 2 tak boleh pasal anak sorang je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2017 05:32 PM | Show all posts
Ladybosss replied at 19-1-2017 01:46 PM
Tips no 2 xblh guna kot ... Dasyat ...
but think positif .. anak2 kena lebih berusaha n jgn berhar ...

Ipar ada yang buat camni. Habis tanggung belajar anak buah...korang tanggung la hidup korang dengan duit gaji masing-masing...boleh pakai gak...menjadi derang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 08:07 AM | Show all posts

Happy good life to all .....







Age is only a number. Live life to the fullest. You are what you are. Enjoy, smile and make the best out of it.  Be your self. Beauty is in your soul. Happy good life to all.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 02:05 PM | Show all posts
seribulan replied at 14-1-2017 03:15 PM
Haah kan.

Info dari bharian-

..... tinggalkan anak yang pandai untuk mendoakan kita je la kan .....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.089142 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list