PEREMPUAN kejam ini sepatutnya disula. Perbuatannya yang membunuh kucing yang baru dibelinya dan kemudian menyiat kulit binatang tersebut disebabkan dia tidak mempunyai wang untuk memeliharanya, tidak sepatutnya dimaafkan. Wanita itu yang dikenali sebagai Lan Yan, sebelum ini telah membeli kucing terbabi di sebuah kedai di Lijiang, China, pada harga RM1,668 namun kemudian menyedari dia tidak mempunyai wang untuk memelihara kucing terbabit.
Lan Yan kemudiannya kembali ke kedai itu dan memberitahu dia mahukan wangnya semula dan mahu memulangkan kucing terbabit, namun ditolak oleh pekedai, Sheng, memandangkan kucing itu tidak mengalami sebarang kecacatan.
Bagaimanapun lima hari selepas Sheng menolaknya, dia menemui beg plastik berwarna hitam di luar kedainya. Selepas membuka plastik itu, alangkah terkejutnya Sheng apabila mendapati ada kucing yang mati dan kulitnya disiat.
Melihat kepada bentuk kucing tersebut, Sheng menyedari bahawa ia adalah kucing yang telah dijualnya kepada Lan Yan.
Sheng kemudiannya mengecam pembunuhan kucing itu di dalam media sosial.
“Inilah kali pertama saya terpaksa berdepan dengan perbuatan seumpama ini sejak saya membuka kedai. Wanita itu menggunakan kaedah yang sangat kejam untuk menamatkan riwayat seekor binatang.
“Saya berharap agar mereka yang tidak pasti supaya memikirkan sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk memelihara binatang. Tidak apa jika tidak sayangkan binatang, tapi jangan cederakan mereka,’’ demikian tulis Sheng dengan panjang lebar.
Tidak lama kemudian, iaitu dua hari lepas, Lan Yan telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka .
“Kepada semua pencinta binatang, saya minta maaf kerana melukakan hati anda,’’ katanya yang menjelaskan dia tidak mampu memelihara kucing disebabkan sewa apartmentnya yang tinggi. Dia juga mendakwa telah merayu kepada Sheng supaya memulangkan duitnya, namun ditolak oleh Sheng. – Mynewshub.cc
|