Sudahkah anda menonton episod pertama program realiti Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, Oh Abang Kosmetik (OAK)? Adakah anda merasakan Aliff bagaikan mempamerkan kekayaannya menerusi program berkenaan?
Jika ya, ini jawapan daripada Datuk Aliff sendiri!
"rogram tersebut bukanlah menjadi landasan untuk saya menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, program ini memaparkan realiti kehidupan saya.
"Selain bergelar seorang usahawan, saya juga sama seperti insan lain. Saya merupakan seorang anak, suami, bapa dan majikan, sama seperti manusia biasa," terangnya kepada Astro Gempak.
Jutawan terlajak laris itu percaya OAK memberi pengaruh positif kepada penonton dan ada penonton yang mengambil pengajaran positif YANG disampaikan menerusi program berkenaan.
"Saya mahu apa yang saya pertontonkan menerusi OAK menjadi inspirasi terhadap anak muda di luar sana untuk memajukan diri, terutamanya dalam bidang perniagaan," katanya.
Menurut Aliff, dia bersyukur kerana episod pertama OAK yang ditayangkan pada 9 Januari lalu mendapat respon positif daripada penonton.
"Alhamdulillah, sambutan OAK sangat menggalakkan. Saya menerima respon positif menerusi akaun media sosial saya.
"Saya juga difahamkan yang episod pertama OAK hampir mencecah rating satu juta tontonan. Saya bersyukur dengan perkara tersebut dan berharap yang program OAK sedikit sebanyak dapat memberi iktibar kepada penonton," tambahnya.
Sumber foto: IG Datuk Aliff Syukri
Kehidupan seharian Datuk Aliff Syukri dan keluarga menerusi program Oh Abang Kosmetik boleh disaksikan setiap Isnin, jam 9.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Wah! Ada yang dah tengok ke program OAK ni? Amacam, 'best' tak? - CARI |