CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2826|Reply: 21

Anak yg Meninggal Ketika Masih Kecil

[Copy link]
Post time 14-1-2017 01:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 14-1-2017 01:59 AM

Al-KAFILI AL-FATAWI



AL-KAFI #371 : KEADAAN ANAK YANG MENINGGAL PADA WAKTU KECIL
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ AyubDiterbitkan: 05 September 2016
sumber : http://www.muftiwp.gov.my/index. ... al-pada-waktu-kecil





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2017 01:56 AM | Show all posts
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 371 (5 SEPTEMBER 2016 M / 3 ZULHIJJAH 1437 H)

SOALAN:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

YBhg Datuk Mufti, boleh huraikan/jelaskan/ceritakan bagaimanakah khabar bayi yang meninggal dunia? Benarkah dia mengingati ibu bapa dan saudaranya di dunia? Benarkah dia sedang menghuni syurga dan sedang diasuh oleh Nabi Ibrahim? Saya merindui arwah anak saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2017 01:57 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-1-2017 01:58 AM

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Dalam suatu peristiwa, Rasulullah SAW dibawa malaikat untuk melihat suasana di dalam Syurga. Antara yang baginda lihat ialah seorang lelaki tinggi yang di sekeliling dipenuhi kanak-kanak. Malaikat menerangkan kepada Nabi:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الطَّوِيلُ الَّذِي فِي الرَّوْضَةِ فَإِنَّهُ إِبْرَاهِيمُ صلى الله عليه وسلم وَأَمَّا الْوِلْدَانُ الَّذِينَ حَوْلَهُ فَكُلُّ مَوْلُودٍ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ ‏

Maksudnya: Adapun lelaki yang tinggi itu di dalam Raudhah ialah Ibrahim SAW, dan sekeliling baginda itu ialah wildan (anak yang meninggal dunia pada waktu kecil). Maka semua yang dilahirkan pada waktu kecil itu mati di atas fitrah (yakni Islam dan dimasukkan ke dalam syurga).

Hadis riwayat al-Bukhari (7047)

Hadis ini menunjukkan bahawa anak-anak yang meninggal pada waktu kecil dalam penjagaan Nabi Ibrahim AS di dalam syurga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2017 01:57 AM | Show all posts
Anak-anak kecil ini mengingati ibu bapanya dan akan memberikan syafaat kepada Ibu bapa mereka, dengan izin Allah. Daripada Abu Hassan RA:

عن أبي حسان قال : قلتُ لأَبِي هُرَيْرَةَ : إنَّه قَدْ مَاتَ لِي ابنانِ ، فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللهِ بِحَدِيْثٍ تُطَيِّبُ بِهِ أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا ؟ قالَ : نَعَمْ ، صِغَارُهُم دَعَامِيْصُ الجَنَّةِ ، يَتَلَقَّى أَحَدُهُم أَبَاهُ - أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ - فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ ، - أَوْ قَالَ بِيَدِهِ - كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنَفَةِ ثَوْبِكَ هذا ، فَلا يَتَنَاهَى حتى يُدخِلَه اللهُ وَأَبَاهُ الجَنَّةَ

Maksudnya: Aku bertanya kepada Abu Hurairah tentang keadaan dua anakku kecilku yang telah meniggal dunia, “Boleh tidak engkau menyampaikan kepadaku satu hadis daripada Rasulullah SAW yang boleh memujuk jiwa-jiwa kami kerana kematian ini?” Jawab Abu Hurairah, “Boleh, anak-anak mereka ialah Da’amis Syurga. Salah seorang daripada mereka menemui ayah mereka, atau ibu bapa, lalu menarik bajunya, atau menarik tangannya, seperti aku menarik hujung jahitan bajumu ini. Anak itu tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ibu bapanya ke syurga."

Hadis riwayat Imam Muslim (2435)

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah:

“Da`amis itu bererti ahli syurga yang kecil, asalnya ialah du`mūs yang bermaksud haiwan-haiwan kecil yang berada di dalam air, mereka tidak berpisah dengannya. Ertinya, anak-anak kecil di dalam syurga tidak berpisah darinya.”

Rujuk kitab Syarh Muslim (16/182)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2017 01:58 AM | Show all posts
Berkata Ibn al-Athir Rahimahullah:

“Mereka itu bebas bergerak di dalam syurga, masuk ke dalam rumah-rumahnya, tiada apa yang menghalang mereka daripada suatu tempat, seperti perangai kanak-kanak ketika di dunia, tiada siapa yang boleh menghalang mereka memasuki haram (yakni kawasan peribadi satu-satu keluarga), tiada siapa yang perlu berhijab bila dengan mereka.”

Rujuk kitab al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athar (2/289).

Semoga Allah berikan kekuatan kepada keluarga puan dan mentaqdirkan puan berjumpa dengan anak puan di Syurga kelak. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg gugur masuk x dlm kategori ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2017 05:41 AM | Show all posts
GigaMom replied at 14-1-2017 05:25 AM
Yg gugur masuk x dlm kategori ni

ntahlah Puan saya pun bukan mufti cumanya boleh saya bertanya
usia kandungan yg keguguran tu

sebab ia ada implikasi pada pengetahuan kita pada waktu bila ruh ditiupkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
tq...rindu my daughter.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2017 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
mommy miss u atief.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
4 orang abang saya meninggal sebaik saja dilahirkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 14-1-2017 05:25 AM
Yg gugur masuk x dlm kategori ni

Klu gugur slps roh ditiupkan.... tak silap umur kandungan 120 hari.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
KelisaOren replied at 14-1-2017 10:53 AM
4 orang abang saya meninggal sebaik saja dilahirkan

kuatnye mak u
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
baulu replied at 14-1-2017 12:39 PM
Klu gugur slps roh ditiupkan.... tak silap umur kandungan 120 hari.

Oh tq2....
Untunglah mereka yg ada anak2 jaminan syurga begini
Cuma penderitaan sebb bpisah tu kena tahan sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 14-1-2017 05:41 AM
ntahlah Puan saya pun bukan mufti cumanya boleh saya bertanya
usia kandungan yg keguguran tu


X sampai 120 hari jika menurut baulu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 14-1-2017 02:12 PM
X sampai 120 hari jika menurut baulu...

Maksud sy umur janin tu kena melepasi 120 hari. Bkn sebelum.

Tu baru dianggap anak2 yg bakal berada dlm jemaah nabi ibrahim bila dibangkitkan slps kiamat. Mereka akn terus ke syurga tanpa hisab. Di syurga tu lah mereka akan dijaga nabi ibrahim sampai lah time bila Allah benarkan mereka beri syafaat & Allah izinkan syafaat tu kpd ibu bapa budak2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
baulu replied at 14-1-2017 11:15 PM
Maksud sy umur janin tu kena melepasi 120 hari. Bkn sebelum.

Tu baru dianggap anak2 yg bakal b ...

X sampai 120 hr baulu..
Rugi gak x dpt syafaat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2017 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 15-1-2017 09:18 PM
X sampai 120 hr baulu..
Rugi gak x dpt syafaat...

Haish, jangan ckp mcm tu. Syafaat ni dlm byk bentuk & ketika.

Syafaat ni selalu diceritakan bila mak pak dah dlm neraka.

Nabi suruh kita kejar posisi tak dihisab langsung. Iaitu bila dibangunkan terus dipanggil malaikat utk ikut nabi terus ke syurga. Tiada hisab, tiada huru hara mahsyar & seterusnya.
.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2017 12:04 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-1-2017 12:26 AM
GigaMom replied at 15-1-2017 09:18 PM
X sampai 120 hr baulu..
Rugi gak x dpt syafaat...

syafaat nabi - just sebut selawat selepas zikir when someone mentioned Rasululah  - kita sambungkan SAW....
dan syafaat ni bantuan nabi ketika hisab...so memag rasulullah saw ni memang nak tolongsangat kasih sangat sangat umatnya tuuu  imagine kan baginda saw memang nak tolong sehabi habis...so ada yg berdosa pun akan dapat syafaat

so jgn putus harap , ingat yg positif saja...

lagipun Puan, kalau keguguran tu ada banyak juga hikmahnya antaranya yg saya dapat fikir

a) menunjukkan sistem filter  sistem pembiakan anda bagus maksudnya ada sistem yg akan jalankan kualiti control pada produk kandungan tu - sebab apa ? sebab ada kalanya terdapat kecacatan dari segi komposis genetik anak itu yg berbentuk embrio ke etc  yg tak stabil  pun untuk viable ( keboleh upayaan untuk hidup ) kekadang ada yg depa buat kajian kan ada kecacatan genetik lah kandungan genetiklah yg memang takleh hidup pun...
so , bila berlaku macam ni akan autmatik akan berlaku keguguran dan most keguguran kita tak tahu apa sebab pun

b) petanda kesihatan ibu tu -  yes ada sesetengah penyakit yg may be si bakal ibu tu tak tahu dia ada dan hanya mengalami proses keguguran yang berulang ulang kemudiannya  ini  akan menjadi punca untuk pakar kesihatan atau sakit puan untuk menysiasat sam ada terdapat abnormality pada  komposis darah ibu, etc  ada setengah penyakit macam SLE yg sangat insiduous atau  sangat ' pendam' sifatnya yg menyebabkan keguguran  ( anti phospolipid antobody)

c) keadaan mekanikal pangka rahim serviks - yg tak begitu kuat  - ini pun boleh jadi jugak

so pada saya , yes memang mengecewakan pengalaman itu tapi dalam menyinkap aspk positif sesuatu hikmah kejadian tu may be ...ada hikmah yg tersirat barangkali?

so tak pe jgn  sedih sedih it is okay... ia rezeki...

buat apa yg nabi suruh ...

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
baulu replied at 15-1-2017 09:36 PM
Haish, jangan ckp mcm tu. Syafaat ni dlm byk bentuk & ketika.

Syafaat ni selalu diceritakan bil ...

Thanks baulu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 16-1-2017 12:04 AM
syafaat nabi - just sebut selawat selepas zikir when someone mentioned Rasululah  - kita sambungka ...

Thanks u.
Banyak pengetahuan u dlm bidang ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.422936 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list