CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10166|Reply: 33

Apa yang boleh kami lakukan untuk orang sarawak.

[Copy link]
Post time 14-1-2017 08:03 AM | Show all posts |Read mode
Hai semua warga SARAWAK. Secara peribadinya saya adalah daripada sebuah parti politik pembangkang.
Pilihanraya lalu menyaksikan DAP hanya memenangi peratusan yang sedikit sahaja dalam proses pilihanraya di sana.
Banyak yang dilakukan sebelum itu seperti menghantar tenaga sukarelawan berkhidmat di pedalaman tetapi tetap sukar bagi kami untuk
merebut kerusi di kawasan sarawak.

Kalau tidak keberatan saya ingin mendengar sendiri pandangan dari rakyat sarawak,apakah perkara yang mungkin kami boleh lakukan
ataupun penambahbaikkan yg boleh di buat dalam menarik undi rakyat sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik.

Sekian terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2017 09:17 AM | Show all posts
Kawasan pedalaman biasanya masih dengan mentaliti 'jangan lawan kerajaan'. Walau apa sekalipun kerajaan buat, naikkan harga minyak, tarik subidi still mereka pilih untuk ikut walau pada hakikatnya mereka sengsara.

i pernah tanya, napa taknak undi pembangkang? Cuba la dulu tukar pemerintahan org lain pulak. Jawapan nya..ish takkan la kita nak lawan kerajaan..I cuba perbetulkan persepsi, i bagitau..masa mengundi tiada siapa kerajaan / pembangkang..siapa yg menang itulah yang akan jadi kerajaan i cakap..napa takut untuk berubah? krik..krik..krik..

Lagi satu kuasa media contohnya tv..kalau tengok berita yang baik semuanya pihak satu lagi, pihak lain semua ditunjuk yg buruk jah. U rasa?

And the main point is, bukan senang nak pilih wakil rakyat yang betul-betul berdiri untuk memperjuangkan nasib rakyat..yang ingin membantu rakyat secara IKHLAS. Sebab tu, kepercayaan terhadap mana-mana pihak pun terkubur begitu saja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2017 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 14-1-2017 09:17 AM
Kawasan pedalaman biasanya masih dengan mentaliti 'jangan lawan kerajaan'. Walau apa sekalipun keraj ...

terima kasih.

kalau ada sebarang pandangan atau pun program yang mungkin boleh kami lakukan dlm menimbulkan kesedaran untuk masyarakat pedalaman di sarawak boleh diajukan terus pada saya.

ini untuk jadikan pihak kami lebih memahami apa sebenarnya yang dinginkan serta apa harapan masyarakat pedalaman sarawak.kalau pun tidak menguasai lebih banyak kerusi,mungkin ada yang boleh membantu kami untuk mendekati dan memahami mereka dgn lebih baik.

kebiasaanya masyarakat pedalaman ni apa ya yang mereka inginkan?maksud saya untuk jangka masa pendek.adakah kemudahan perubatan,pendidikan ataupun keperluan yg bagaimana?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau nk berkempennjgnlah asik burukkan parti pemerintah je?kalau nk tgk calon pon jgnlah amik calon haprak yg sah2 xde background kuat dan jenis cakap berdegang2...masa bukan pilihanraya dtg jelah kampung melawat..kalau masa nk mengundi baru thegeh nk jumpa sah2 tu taktik pemerintah sedia ada...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2017 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
mokcikKSKB replied at 14-1-2017 11:03 AM
Klau nk berkempennjgnlah asik burukkan parti pemerintah je?kalau nk tgk calon pon jgnlah amik calon  ...

terima kasih atas pandangan.ada betolnya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tubuhkan parti yang tiada kaitan dengan orang semenanjung...(politik semenanjung tak sesuai untuk Sarawak).

Tapi jangan buat macam STAR,melembukan rakyat(buat poster besar lembu kurus meragut rumput masa PR...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2017 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
oppol replied at 14-1-2017 11:42 AM
Tubuhkan parti yang tiada kaitan dengan orang semenanjung...(politik semenanjung tak sesuai untuk Sa ...

dari segi macam mana tak sesuai? boleh huraikan.tq
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
bihun_goreng replied at 14-1-2017 11:53 AM
dari segi macam mana tak sesuai? boleh huraikan.tq

Politik mengutuk parti lain
Mengutuk bangsa/etnik lain
Jumpa orang ni,cakap macam ni.Jumpa orang tu,cakap macam tu..(melaga-laga)
Mulut besar
Mulut manis

Kalau ada lagi nanti malam aku sambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2017 01:22 PM | Show all posts
bihun_goreng replied at 14-1-2017 10:48 AM
terima kasih.

kalau ada sebarang pandangan atau pun program yang mungkin boleh kami lakukan dlm ...

Banyak bro.

Bukan hanya pendidikan, perubatan, jalan, even keperluan asas seperti air & elektrik pun kadang-kadang takda. Bukan takda, ada yang sampai setahun takda air. Kalau musim perayaan la paling kesian, family balik berkumpul ramai-ramai pastu takda air. Cuma bergantung dengan air hujan jer.

Pastu pasal peruntukan rumah panjang, i rasa ada kan? Sebab banyak rumah panjang area sebuyau salah satunya langsung takda penambah baikan. Nak repair dengan duit sendiri pun makan masa yang lama jugak, yelah rumah panjang. Banyak kos perlu. Wakil rakyat kat situ langsung tak pernah menjenguk. Dia cuma bagi banner ucapan perayaan & terima kasih selepas menang undi aritu. Masalah air yang dah setahun langsung tak ambi peduli.

So sad.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
aku nak @kentel jadi wakil rakyat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2017 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
oppol replied at 14-1-2017 12:50 PM
Politik mengutuk parti lain
Mengutuk bangsa/etnik lain
Jumpa orang ni,cakap macam ni.Jumpa orang ...

terima kasih berikan pandangan.boleh sambung kalau ada lagi..ni pun aku setuju.aku sendiri tak suka cakap lebih tapi keje tak berhasil..politik kutuk burukkan oranh tapi tak ada hasil tak guna jua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2017 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 14-1-2017 01:22 PM
Banyak bro.

Bukan hanya pendidikan, perubatan, jalan, even keperluan asas seperti air & elektri ...

bagus huraian terperinci macam ni.tak kisah walau ada salah atau kekurangan pada pihak pembangkang yang nampak tak bagus,beritahu je.sebab tujuan asal sebagai pembangkang adalah berkhidmat untuk rakyat,berjuang untuk kesenangan rakyat.

aku akan usulkan perkara ni diperingkat atasan dengan harapan ramai yang berbesar hati menerima kritikkan dalam menambah baik segala kemudahan demi keselesaan bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2017 01:54 PM | Show all posts
bihun_goreng replied at 14-1-2017 01:42 PM
bagus huraian terperinci macam ni.tak kisah walau ada salah atau kekurangan pada pihak pembangkang ...

Thanks bro.

FYI, kat area situ semua BN yang memerintah..dah bpuluh tahun kot orang yang sama. i pun tak pasti
Kalau dapat usulkan kepada pihak yang sepatutnya, bagus la bro. Your concern is much appreciated
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 03:23 AM | Show all posts
Andyscenes replied at 14-1-2017 01:31 PM
aku nak @kentel jadi wakil rakyat

taknak la...ko bkn reply whatsapp aku pun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 14-1-2017 01:54 PM
Thanks bro.

FYI, kat area situ semua BN yang memerintah..dah bpuluh tahun kot orang yang sama.  ...

ada pm tentang serba sedikit perancangan.tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2017 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
di alu-alukan sebarang cadangan,pandangan. boleh juga pm.walaupun saya bukan rakyat sarawak tetapi perancangan untuk membantu rakyat sarawak terutamanya di bahagian pedalaman sememangnya sering menjadi perbincangan.

suara anda mungkin mencipta perubahan utk generasi akan datang.tq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 11:40 AM | Show all posts
cari calon yang berpelajaran at least degree...ikut kelayakan parti politik di singapore...dan kalau blh jgn ambik org yang kuat bercakap tapi tu jer yang dia tau buat

btw, sapa tok? ajis kah?

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 11:34 AM | Show all posts
bihun_goreng replied at 15-1-2017 10:01 PM
di alu-alukan sebarang cadangan,pandangan. boleh juga pm.walaupun saya bukan rakyat sarawak tetapi p ...

Politik Malaya tidak dapat di bawa masuk ke sarawak..
Sarawak bukan macam Malaya.....kalau di Malaya Melayu UMNO kutuk Melayu PAS. Melayu berrebut kuasa.  
Di malaya hanya 3 kaum terbesar Melayu , Cina dan india..
di sarawak lebih dari 20 suku kaum
Di sarawak tidak mcm itu..di sarawak byk suku kaum..kami tak kutuk mengutuk antara satu sama lain.
sebab itu kami hidup aman damai ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 11:43 AM | Show all posts
UMNO masuk sarawak susah orang sarawak nak terima
UMNO parti melayu.....di sarawak orang melayu bukan majority
PAS nak masuk sarawak lagi berat...PAS pun parti Melayu kalau nak harap sokong orang melayu mmg berat..
Parti kuat sarawak PBB Parti Bumiputra Bersatu....di dalam PBB semua kaum bumi putra sarawak boleh masuk...
DAP hanya kuat di kawasan Cina sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Parti asal orang sarawak yg berbilang kaum dan agama. Jangan tubuh terus bertanding. Tetapkan 5 tahun sasaran untuk mengambil hati dan memperkukuhkan nama. Tiap kali ada masalah/musibah, cepat2 datang hulurkan bantuan. Ambil contoh Dyana Sofya of DAP. Walaupun kalah, dia masih kukuh di situ memberi khidmat. Calonnya biar anak tempatan yang berpelajaran yg berniat untuk benar2 membantu, bukan nak meraih undi lepas tu lesap terus. Politik memaki2 orang very the tak sesuai. Dari maki2 pemimpin negara, lebih baik tunjukkan apa yang pihak anda boleh lakukan. Kata itu kota.

"Orang Sarawak tok setianya lain macam. Dianok ditinjak, maseh juak nya bertahan. Kerana sayang dan setianya pada orang yang dirasanya selamak tok dah membantu nya." - Anonymous, 2016
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.114795 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list