|
Edited by dj_design89 at 15-1-2017 05:14 PM
Hi!
Quick question
Adakah ianya cinta/jodoh jika hanya minda kita selalu teringatkan seseorang itu tetapi hati kita keliru tentangnya dan saya sendiri tak pasti tentang perasaan saya padanya? Bila nampak dia, perasaan ni bercampur-baur (excited, suka tapi dalam masa yang sama juga ada rasa resah gelisah, tak keruan).
Senang kata, minda dan hati tak selari.
Saya boleh provide cerita penuh kalau diminta
Terima kasih
|
|
|
|
|
|
|
|
Soalan terlalu general sgt. Bgthu je la cerita penuh sesuai dgn situasi dan karakter yg terlibat |
|
|
|
|
|
|
|
aaha cite je la bg senang kami fhm.camne nk bg nsht kn klu xhm jln cite |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dj_design89 at 15-1-2017 07:27 PM
Maaf sebab awal-awal saya kena bagitahu yg cerita saya ni panjang sangat.
Saya ada mengenali seseorang, saya namakannya M. Kami dah mengenali (kenalan sahaja, bukan kawan) sejak dari 2013 iaitu zaman diploma sebab kami dalam studio yang sama, tapi ketika itu dia dalam geng yg lain dan saya pula ada geng yang lain. Sejak dari zaman diploma, saya memang langsung tak tegur dia sebab dia memang jenis yang sangat pendiam, hanya boleh open up pada kawan-kawan rapat dia sahaja yakni geng dia. Saya pun tak kisah langsung psl dia sebab saya ada geng saya sendiri dan saya juga rapat dengan geng saya.
Pada penghujung 2015, saya ada kenal seorang pelajar dari UM, saya namakannya D. Jujur saya nyatakan, sejak dari kali pertama saya tegur dia, saya dah jatuh hati pada D. Dengan perwatakannya, dengan cara dia, dan keramahan dia. Kami bertukar-tukar profail IG dan facebook (saya tau saya agak noob so ketika ini saya hanya berani bertukar profail IG dan facebook dulu). Apa yang lebih menerujakan saya, ketika saya request utk follow dia di IG dan facebook, dia terus response dan terus follow saya balik. Dan dalam masa beberapa hari lepas kenal dia, saya dah rindu dan angau pada dia. So, selalulah juga stalk IG dia, FB dia, dan kadangkala saya chat dengan dia di FB. Setelah beberapa minggu, saya beranikan diri minta nombor phone dia, dan dia terus bagi. Lagi saya excited haha.
Saya akui, sebab kami di IPT yang berlainan, so lagi kami jarang jumpa. Tapi kadang2 saya ada ajak dia untuk pergi apa-apa event yang berkaitan dengan bidang kami, portfolio review di university masing2 dan sebagainya. Dan kadang2 kalau pergi event2 tersebut, dia pun memang setuju je untuk nak join event2 tersebut dan saya biasanya minta dia datang dengan rakan-rakan rapatnya sebab saya takut kami jadi terlalu awkward. Tapi saya akui saya pun tak selalu chat dengan dia. Kadang2 sebulan sekali, dua bulan sekali sebab tu pun chat pasal bidang kami, so sesuatu yg boring jugak kalau selalu chat yang tu je. Lagipun saya perasan dia kalau chat dengan saya, dia jarang tanya balik. Dia ibarat nak matikan perbualan tu cepat-cepat.
Berterusan keadaan sebegini sampai selepas raya 2016. Ketika itu saya rasa saya memang nak confess sangat kt dia. Tapi sebelum tu saya plan nk jumpa kawan baik dia (perempuan) nak tau status dia dulu sebab saya tak Nampak tanda-tanda yg dia dh ada seseorang sebab kt IG dan FBnya langsung takde gambar dia berdua dengan bfnya atau dia di’tagged’ oleh bfnya ke kalau ada. So bila saya jumpa kawan baik dia tu, hati saya hancur bila dapat tahu dia sebenarnya dh ada seseorang, dan kata kawan baiknya, diorg dh mula couple sebelum saya kenal dia. Saya kata okay, saya ingat saya okay tapi saya memang tak boleh tipu diri saya. Dalam masa beberapa hari tu saya koyak tapi kawan-kawan saya memang tak tau. Tapi saya rasa sangat lega sebab saya koyak tak sampai seminggu, mungkin disebabkan saya tak Nampak dia hari-hari, kami jarang jumpa dan kami jarang berhubung.
Jun 2016 (sebelum saya tahu status D), ketika itu saya dan geng saya baru sambung peringkat ijazah di IPT yg sama. Tapi M (yang di perenggan pertama tadi) join geng kami kerana kebanyakan geng dia masih belum habis peringkat diploma, dan kawan-kawan baiknya (perempuan) masih belum sambung peringkat ijazah. So menjadikan M sebagai ahli baru geng kami. Entah kenapa, beberapa bulan selepas itu, beberapa orang dalam geng kami suka sangat kenenkan saya dan M, hingga satu geng semua troll kami benda yang sama, walhal kami semua (termasuk M) memang dalam studio yang sama, batch yang sama sejak dari semester 1 diploma lagi, Cuma baru ni diorang sibuk nk kenenkan kami. Tapi sebab saya masih ada perasaan pada D tadi, so saya langsung tak ambik kisah pasal troll mereka tu, dan yang paling saya perasan, saya tak rasa apa2 pasal M pun masa tu.
Selepas tempoh murung selepas tahu status D, saya masih tidak menaruh apa2 perasaan pada sesiapa pun, walaupun kawan2 saya tak habis2 kenenkan saya dengan M, sampailah satu masa iaitu waktu konvokesyen diploma kami pada September 2016, entah kenapa pada haritu saya tiba-tiba terasa nak ambik gambar bersama M. Pada malamnya, kami ada alumni dinner, dan kami satu geng duduk semeja, termasuk M. Pada masa ini, entah kenapa saya selalu nak curi pandang pada dia. Kalau dia terpandang ke arah saya, automatic juga saya akan berpura-pura toleh ke arah lain. Selepas tempoh itu, saya selalu perhati je M dari jauh dan kalau dia lepak bersama-sama kami, saya akan selalu curi pandang pada dia.
Ketika saya bersendirian di bilik, saya selalu fikir pasal hal ini dan selalu fikir tentang dia. Tapi walaupun selalu fikir pasal dia, saya sendiri tak pasti dengan perasaan saya pasal dia. Perasaan saya pada M tak sama macam perasaan excited saya pada D masa saya jatuh cinta dengan D dulu. M merupakan tanda soal yang sangat besar pada saya. Pertama kali saya rasa macam ni. Kalau saya tak suka dia, kenapa saya selalu fikirkan pasal dia dan kenapa saya rasa jealous kalau saya ternampak dia macam texting dengan seseorang. Melalui kawan-kawan perempuan saya yang sekarang dah rapat dengannya, banyak kali diorang kata dia ni masih single (M sendiri mengaku pada mereka) so kalau ternampak dia texting tu, diorang selalu kata, “tu mungkin ahli keluarga atau BFF perempuan yg lain”. Saya jadik overthink tak bertempat padahal saya ingat hati saya macam takde perasaan padanya.
Kadang-kadang bila saya tak lepak dengan geng saya, diorang selalu cakap kat saya yang M ni boleh crack dan gelak macam biasa kalau diorang ni semua crack sekali tapi bila saya ada, dia jadik pendiam semula dan jadik sangat awkward macam biasa. Kalau saya cuba crack, geng saya semua akan crack sekali tapi M akan main phone dan tak endahkan saya. Dan kalau saya tak suka padanya, kenapa saya rasa jealous kalau dia boleh crack dengan kawan-kawan lelaki dalam geng saya?
Ada juga beberapa kali saya ajak dia keluar pergi ke event-event yang berkaitan dengan bidang kami sebab saya tahu dia boleh minat dan boleh layan tapi kedua-duanya dia terpaksa tolak sebab dia kata dah ada plan dengan keluarganya. Saya tak rasa ralat sebab memang betul pun. Lagipun saya pun tahu dia ni tak pernah keluar berdua dengan lelaki so saya tahu kalau dia takut jadi terlalu awkward. Tapi itulah tujuan saya. Saya fikir kalau bila beramai-ramai jadi awkward, mungkin bila hanya berdua tidak begitu. Sebab saya fikir masa itulah kami boleh share banyak benda tanpa ada orang lain mengganggu (geng saya LOL).
So selepas banyak benda yang saya dah buat pada dia beberapa bulan ni (ajak keluar, wish good luck dan birthday, bagi hadiah birthday) saya rasa dia tahu yang saya Nampak macam berminat pada dia tapi hakikatnya, sampai sekarang, saya akui saya selalu hanya terfikirkan tentang dia, tapi saya sendiri tak faham dengan perasaan saya padanya.
Minda kata suka, tapi hati macam keliru.
Saya takut kalau betul suka dia, saya tak ikhlas menyukainya kerana takut M dijadikan pengalih tumpuan saya untuk saya melupakan D.
Tapi saya juga akui, kadang-kadang saya pernah juga koyak kerana memikirkan kemungkinan ditolak oleh M kalau saya nak confess nanti.
Mohon pendapat anda semua ya? Kalau ada cerita-cerita yang serupa, boleh share. Mungkin boleh jadi panduan untuk saya.
Maaf lagi sekali sebab cerita saya ni panjang sangat.
Terima kasih
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cinta x boleh dipaksa, org x sudi jgn dipaksa2,
baca konsep jodoh, jodoh itu bila 2 org yg boleh bersedia hidup bersama, boleh berkomunikasi, boleh handle kehidupan berdua dan serasi dan saling memerlukan bersama, kalau sekadar suka2 minat2 tanpa apa2 keserasian/komunikasi/etc itu kira cinta monyet ja, nampak org lawa hemsem terus jatuh cinta.
mencari cinta patut akhir tahun pengajian ijazah je sbb time ni masing2 cari pasanagn sblm bekerja sbb time bekerja lagi tiada masa |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak rasa pun ko suka M..cuma sbb dia je option yg ada dlm life ko skrg, tu yg ko teringt..kalau ko btl2 suka, xde nya nk keliru2..lebih2 lg ko lelaki
aku cadangkan ko berkenalan dgn N,O,P,Q dan seterusnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak rasa ko suka kat M tu. Just sebab dia ada depan mata ko and otak ko cuba set yg mungkin ko ada hati kat M. Aku rasa baik lah ko luaskan kuasamu dan kenal perempuan lain. Setakat ramaikan kawan dulu. Just busykan diri ko dr nak ingat M dgn D. Byk je kat luar tu yg bakal andartu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni contct lg x dgn D tu? Kalau kau xsuka M knp kau slalu nk try rapat2 semua? Smpai kau tertanya2..? |
|
|
|
|
|
|
|
tiramisuu replied at 15-1-2017 09:57 PM
aku tak rasa pun ko suka M..cuma sbb dia je option yg ada dlm life ko skrg, tu yg ko teringt..kala ...
Xlupa jgk bkenalan dgn A,E,I,O dan U... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya akui dia ni memang lawa, and ramai je nak try dia ni tapi semua dia reject. Tapi saya start perasan dia ni lawa pun bila dh start fokus kt dia kebelakangan ni. Kalau dari dulu saya minat dia sebab rupa dia, dari zaman diploma dulu dah try dah. Dan ada je yang masa dulu2 saya ada seorang kawan rapat perempuan yang memang banyak minat yang sama, serasi sangat2, banyak berkomunikasi, ada strong chemistry, dan saya ingat kami ada jodoh, tapi rupanya bila saya confess, saya salah tafsir cara dia layan saya tu sebab dia pun layan ramai kawan lelaki yang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nope, memang dah jarang sangat contact dengan D. In fact, dalam 6 bulan kebelakangan ni sekali dua je kot. Tu pun atas dasar courtesy sebab nak ajak dia datang portfolio day fakulti kami. Memang tak chat lama pun. Lagipun bila macam ternampak dia kat satu event art and design kt wisma central beberapa minggu yang lalu, (saya tak ajak dia) saya elak dia dan buat-buat tak nampak dia. haha
Hmm itulah. Kalau saya tak suka M, kenapa saya sangat ambik berat pasal dia sampai nak tolong dia pasal design, saya selalu bagitahu dia kalau ada apa2 problem, just bagitahu saya, etc. Saya pun tak faham kenapa saya terlalu nak ambik berat pasal dia sekarang. Entahlah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Jodoh itu sesuatu yang surprising. Kadang-kadang kita akan dapat jodoh yang kita tak sangka. Kita beria cari sampai ke pelusuk dunia tapi kadang-kadang jodoh tu depan mata je. Dan biasanya jodoh tu dia ada berdekatan/sekitar kita. Tapi ada juga orang lain jodoh di tempat/pekerjaan yang sangat lain dengan kita. Konsep jodoh ini sangat luas dan misteri. Tapi macam mana nak tahu jodoh tu pun saya sangat musykil hmm. Memang saya malas nak fikir pasal menda2 camni tapi tiba-tiba dimunculkan si M ni dalam life saya sekarang dan tiba-tiba ada rasa yang pelik saya rasa pasal dia. Entahlah aaarghhh!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
dj_design89 replied at 16-1-2017 12:42 AM
Nope, memang dah jarang sangat contact dengan D. In fact, dalam 6 bulan kebelakangan ni sekali d ...
See..lgpun D pyn macam xnk pnjg kn conversation kalau kau borak2 dgn dia..pndpt aku..aku xrasa pun kau buat M tu mcm rebound.sbb kau dh mcm take care psl dia..kau pun rasa nk elak2 jumpa D..lain la kalau xda D kau nk dkt M..tbe2 ada D dpn mata kau dh xnk peduli psl M..tak kan..alah..D pun dh ada yg punya..lupakan je la..cari cinta lain..haha |
|
|
|
|
|
|
|
dj_design89 replied at 15-1-2017 07:22 PM
Maaf sebab awal-awal saya kena bagitahu yg cerita saya ni panjang sangat.
Saya ada mengenali sese ...
Baca cerita TT ni mcm baca kisah hidup sendiri dulu Cuma bezanya, M hadir dlm hidup aku after aku frust bila dapat tahu D dah ada yg punya jgk..
Aku paham sgt apa yg sedang TT lalui skrg ni.. Memang kau akan keliru dgn perasaan sebenar kau. Kau akan rasa takut yg perasaan kau pada M tu tak ikhlas dan sekadar pengubat luka je atas kekecewaan TT pada D.. Aku pun pernah persoalkan hati dan perasaan aku bila aku mula macam ada hati dan begitu mengambil berat ttg M.. Bila aku tgk dia bersama lelaki lain, aku macam marah, aku nak dia dengan aku je aku xnak laki lain rapat dgn dia. Aku pun rasa ambil berat dgn dia, sentiasa rasa nak tolong dia and tak suka tengok dia sedih dan dalam kesusahan.
Aku pun tak boleh nk cakap apa yg TT rasa dan apa yg aku alami dulu 100% sama so aku just share apa yg aku buat dulu la so that sedikit sebanyak maybe bole la TT jadikan panduan..
Bila aku start keliru akan perasaan aku pada M, apa yg aku buat ialah.. Aku cuba berjauhan drpd dia buat sementara waktu. Aku stop contact dia, aku stop utk ambil tahu pasal dia.. Aku cuba belajar utk hidup tanpa kehadiran dia.. Sebab aku nak nilai samada kehilangan dia ada tak beri impak dalam hidup aku. Boleh tak aku hidup tanpa fikir tentang dia walaupun sehari. Since aku dah pernah rasa kehilangan masa frust dgn D dulu, aku nak tengok adakah impaknya sama kali ni bila aku cuba buang M drpd fikiran dan hidup aku.. And sampai satu tahap bila aku masih keliru, aku decide utk cuba jadi kawan sahaja dgn M..
Tapi alhamdulillah la, lama2 aku sedar yg perasaan aku yg sebenar pada M mmg bukan sekadar pengubat ke rebound ke apa.. Bonusnya, dalam tempoh kami berkawan biasa je tu, M yg confess akhirnya dia pun ada perasaan pada aku jugak.. So from there aku pun bersama la dgn M dan Alhamdulillah jgk sekarang dia dah pun jadi tunang aku dan Insyaallah doa2 la jodoh kami panjang sehingga ke jinjang pelamin
So TT, jangan terus rasa keliru dgn perasaan sendiri... Buatlah sesuatu untuk TT pastikan sendiri perasaan sebenar TT.. Cerita yg aku share ni sekadar panduan apa yg TT maybe boleh buat.. Tapi maybe jugak TT ada cara lain yg lebih sesuai so teruskan berusaha ok? Aku doakan TT temu jawapan yg dicari, Insyaallah |
|
|
|
|
|
|
|
TT, kadang2 bila orang asyik kenen2 kita dengan seseorang, hati kita akan terikut2. Hati ni kan segumpal daging yang lembut dan mudah terpengaruh, jadi tak heranlah kalau bila kawan2 TT dok usik2 TT dengan si M, tetiba TT pun terikut syok jugak. Tambahan pulak TT dah masuk time frust dengan D, jadi mungkin hati TT secara tak sengaja fokus pada M sebab nak buat pengubat hati.
Pada pendapat aku, tak salah kalau TT nak terus pursue M sebab jodoh ni kita tak tau bentuk rupa dan cara dapatnya. Ada je kawan aku bercinta bagai nak rak dengan Girl1, pastu putus, tengah2 frust jumpa Girl2, terus kawen and bahagia sampai sekarang. TAPI, kena ingat yang sepanjang cerita TT dengan M, akan sampai satu point where TT kena pasti betul2 yang M tu memang suri di hati TT atau sekadar pengganti seseorang yg TT xdapat. And perkara tu kena decide sebelum TT serious dengan M tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Yup, should be mcm ni pun..
TT i would like to suggest u ikut cara dia ni..
Try to gap urself dgn dia,
cari ketenagan, cari balik perasaan diri u
then, u'll know apa yg u betul2 nak
only u yg tau apa u rasa, u should decide by urself
For me, i guess u like her
maybe la, u take her as rebound at first,
ditambah pulak kwn2 u kenen kan both of u
this develope new feeling between u and her..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmm tu r. Tu yang tengah tengok potensi dengan si M ni. ahahah. Thanks BTW XD
|
|
|
|
|
|
|
|
dj_design89 replied at 16-1-2017 08:15 PM
Hmm tu r. Tu yang tengah tengok potensi dengan si M ni. ahahah. Thanks BTW XD
Wokey..gud luck.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Bila aku start keliru akan perasaan aku pada M, apa yg aku buat ialah.. Aku cuba berjauhan drpd dia buat sementara waktu. Aku stop contact dia, aku stop utk ambil tahu pasal dia.. Aku cuba belajar utk hidup tanpa kehadiran dia.. Sebab aku nak nilai samada kehilangan dia ada tak beri impak dalam hidup aku. Boleh tak aku hidup tanpa fikir tentang dia walaupun sehari. Since aku dah pernah rasa kehilangan masa frust dgn D dulu, aku nak tengok adakah impaknya sama kali ni bila aku cuba buang M drpd fikiran dan hidup aku.. And sampai satu tahap bila aku masih keliru, aku decide utk cuba jadi kawan sahaja dgn M.. "
Tapi si M ni dah jadi part of our geng, so bila ada kelas, memang akan nampak je dia. Kalau lepas kelas, memang dia akan join lepak sekali dengan kitorang, etc. Memang dah tak boleh elak dari ternampak/terjumpa dia hari-hari. Tapi mungkin cara nak test benda ni masa cuti hari tu.
November 2016. Masa tu cuti semester selama 2 minggu. Based on cerita saya di atas, sebelum cuti tu dh nampak sikit-sikit yang saya dah start usha si M ni sikit demi sikit. Wish dia good luck untuk exam, ajak dia keluar ke events, take care pasal dia, dan etc. Tapi responsnya sangat minimal tapi takpe saya faham sebab dia ni memang jenis pasif dan pendiam yang teramat. Tapi masa cuti semester tersebut, saya akui saya macam tak terfikirkan sangat pasal dia sepanjang cuti tu. Hanya teringat kadang-kala dalam tempoh dua minggu tu. Tapi saya akui bila nak masuk balik semester, saya jadi sangat excited (orang nak masuk sem jadik malas kan ahahaha).
Disember 2016. Masa tu pulak cuti pertengahan semester selama seminggu je. Masa ni, saya akui saya terfikir pasal dia setiap hari masa cuti tu. Lagi-lagi hari jadi dia masa dalam tempoh cuti pertengahan semester tersebut so saya wish dia secara private message, bukan wish dalam group whatsapp geng kami. Walaupun seminggu tapi saya rasa cam lama sangat cuti saya tu dan tak sabar nak balik ke kampus lepas tu sebab saya tak sabar nak bagi hadiah birthday pada dia. Saya rasa saya memang dah tak boleh kalau tak terfikirkan pasal dia walaupun sehari.
"Tapi alhamdulillah la, lama2 aku sedar yg perasaan aku yg sebenar pada M mmg bukan sekadar pengubat ke rebound ke apa.. Bonusnya, dalam tempoh kami berkawan biasa je tu, M yg confess akhirnya dia pun ada perasaan pada aku jugak.. So from there aku pun bersama la dgn M dan Alhamdulillah jgk sekarang dia dah pun jadi tunang aku dan Insyaallah doa2 la jodoh kami panjang sehingga ke jinjang pelamin "
Tapi saya rasa apai90 bertuah sebab dia yang confess pada apai90. Saya rasa saya kena bekerja keras sikit lagi sebab si M ni seorang yang sangat pasif, pendiam, dan pemalu, macam yang saya mention dalam cerita saya di atas. So saya rasa dia expect orang yang mulakan langkah pada dia. Cuma saya tak tahu adakah sesuai kalau nak jadi kawan biasa dengan dia sebab saya rasa dia dah nampak yang saya berminat pada dia so saya takut apa-apa yang saya buat kt dia, dia akan nampak sebagai "hmm, ni nak approach r ni" atau "hmm, ni nak flirt r ni". aaaarrrrghhhh!!!!
BTW terima kasih sangat2 untuk cerita tu. Sebab saya tengok kt internet memang takde kes yang macam saya ni so tak tahu apa nak buat. So cerita apai90 ni boleh jadi guide untuk saya. Trimas again bro!
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|