CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 819|Reply: 4

[Tempatan] Punca Kekurangan Minyak Masak Di Sabah & S’Wak, Langkah KPDNKK Dan Saranan K

[Copy link]
Post time 15-1-2017 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Pengguna di Sabah dan Sarawak yang masih berdepan dengan masalah kekurangan minyak masak disarankan supaya tidak panik dan bimbang memandangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) sedang giat untuk mengatasi isu tersebut.

Sepertimana tujuan asal kerajaan melaksanakan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) adalah memastikan hak golongan sasar terjamin dan masalah penyelewengan minyak masak dapat diatasi, maka usaha ke arah itu sentiasa diutamakan oleh KPDNKK.

Dalam laporan sebelum ini menyatakan masalah kekurangan minyak masak di kawasan Malaysia Timur itu berpunca daripada beberapa faktor antaranya kegiatan penyeludupan, masalah pengangkutan, sikap tamak pembeli, sabotaj serta kekurangan syarikat pembungkus di beberapa daerah di Sekitar Sabah dan Sarawak.

Pengarah KPDNKK Sabah, Yahya Sulaiman menjelaskan beberapa punca yang mengakibatkan minyak masak bersubsidi dalam pasaran di Malaysia Timur sukar diperolehi.

"Salah satu sebab kekurangan (minyak masak) di sini adalah disebabkan oleh kekurangan syarikat pembungkus semula.
"Hanya ada satu di sini (Kota Kinabalu) dan syarikat itu juga memenuhi keperluan bekalan untuk mereka yang berada di kawasan pedalaman seperti Tenom, Keningau dan Kota Marudu,” katanya dipetik sebagai berkata.

Kata Yahya juga, kementeriannya percaya bahawa masalah itu berpunca daripada segelintir pihak yang menyalahguna lesen perniagaan mereka untuk membeli minyak masak dan menjualnya kepada restoran.

"Walaupun minyak masak dalam paket 1 kilogram (kg) untuk tujuan di rumah, kami mendapati bahawa terdapat kedai-kedai makan yang menggunakan minyak masak bersubsidi,” katanya, selain menjelaskan bahawa keadaan cuaca buruk juga telah melambatkan penghantaran minyak masak pada sambutan Krismas dan musim cuti Tahun Baharu lalu.

Terdahulu, Penolong Hal Ehwal Pengguna Daerah (PHEPD) Ranau, Halimin Saping berkata terdapat hanya 26 syarikat pembungkus semula minyak masak di Sabah, yang mana hanya satu di Kota Kinabalu untuk memenuhi keperluan pengguna di kawasan Pantai Barat.

Untuk menangani masalah ini, beberapa langkah drastik dan bersepadu telah diambil oleh KPDNKK antaranya merangka satu formula baharu bagi memastikan kitaran peredaran minyak masak bersubsidi di pasaran tempatan dapat dijalankan secara sistematik.

Selain itu, KPDNKK turut mengumumkan penambahan kuota minyak masak di Sarawak untuk menampung permintaan pengguna.
Sementara, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menggesa kerjasama daripada orang ramai supaya menyertai sukarelawan ‘Friends of KPDNKK’ (FOK) bagi menjamin masalah berkaitan kepenggunaan dapat diselesaikan dengan lebih efisen.

“Banyak program yang diolah dan dilaksanakan oleh kerajaan melalui KPDNKK untuk memastikan hak pengguna di negara ini terjamin,” katanya.
Orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan FOK boleh melayari laman sesawang rasmi KPDNKK di http://friendsofkpdnkk.kpdnkk.gov.my/.

- mD

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2017 10:33 PM | Show all posts
Kurangkan makanan goreng/berminyak. Lebihkan masakan panggang/rebus. Boleh juga gantikan dengan minyak kelapa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh x dekat labuan ni gula bwg minyak masak dah bertahun jd masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 11:00 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 15-1-2017 10:47 PM
Bodoh x dekat labuan ni gula bwg minyak masak dah bertahun jd masalah.

kasihannya kau.. nanti sis pos laju ye bawang n minyak masak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 15-1-2017 11:00 PM
kasihannya kau.. nanti sis pos laju ye bawang n minyak masak..

Xpe kak..biasa dah buat stok botol besar sampai 3 botol skali beli.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.061457 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list