|
|
KOTA BHARU – Taktik licik seorang tauke memilih rumah banglo yang didakwa berhantu di Kampung Pauh di sini sebagai pusat karaoke haram terbongkar selepas diserbu pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) pada Jumaat lalu.
Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam itu, seramai tujuh pe-ngunjung termasuk dua wanita berusia 20-an yang leka menyanyi tergamam dengan kehadiran pihak MPKB-BRI.
Operasi tersebut turut dibantu pasukan polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan. Ketujuh-tujuh pengunjung yang berada di karaoke itu semuanya Melayu.
Siasatan mendapati rumah banglo setingkat itu disewa oleh seorang tauke dan dijadikan pusat karao-ke haram selepas kediaman itu disifatkan sebagai ‘bermasalah’ selepas beberapa penghuni sebelum ini didakwa kerap diganggu dengan kelibat lembaga misteri.
Bagaimanapun, selepas sebulan mengoperasikan karaoke haram di rumah tersebut, rahsia pusat hiburan itu terbongkar ekoran aduan jiran-jiran yang tidak tahan dengan bunyi bising dari rumah tersebut.
Seorang penduduk ber-usia 47 tahun dan enggan dikenali berkata, rumah tersebut dijadikan pusat karaoke sebulan lalu dan tindakan tersebut menyebabkan penduduk marah kerana bunyi bising.
“Menjelang malam, ba-nyak kereta pengunjung akan keluar masuk. Sebelum ini, rumah banglo tiga bilik itu terbiar kerana beberapa penghuni mendakwa tidak berani tinggal di situ kerana kerap diganggu dengan kelibat lembaga misteri.
“Disebabkan kejadian mistik yang berlaku berulang kali, penyewa enggan tinggal di rumah itu. Saya tidak sangka penyewa baru mendapat idea menjadikan kediaman itu sebagai pusat karaoke,” katanya ketika ditemui semasa serbuan tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz4VsWp3zsc
Hakcipta terpelihara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|