CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3472|Reply: 10

Pakai Topi Menyebabkan Anda Botak, Fakta Atau Mitos?

[Copy link]
Post time 16-1-2017 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Hah!? Pakai topi akan menyebabkan rambut gugur dan menjadikan anda botak. Biar betul? Terdapat segelintir individu takut untuk memakai topi kerana khuatir akan menjadi botak.


Sumber foto: Indiatimes.com




Kepada anda yang suka dan sering memakai topi, jangan risau! Ini kerana pakar pemulihan rambut, Dr. Alan Bauman mengesahkan perkara ini tidak benar dan mitos semata-mata!


Fuh, lega tak? Menurut Dr. Alan, masalah keguguran rambut bagi lelaki berlaku kerana pengecilan folikel rambut yang progresif, sensitif terhadap hormon DHT (dihydrotestosterone), iaitu kegagalan testosteron berfungsi dengan baik.


U.S. News & World Report melaporkan pemakaian topi tidak menyebabkan keguguran rambut, sebaliknya topi yang kotor boleh menyebabkan jangkitan pada kulit kepala.


Sumber foto: Guy Speed




Dr. Alan menambah, sesetengah individu yang mengalami masalah keguguran rambut memakai topi bagi menutup bahagian yang botak selain kelihatan lebih muda.




Sumber foto: http://dailywot.com





Jadi, jangan takut untuk memakai topi anda dengan penuh gaya! Ia tidak akan menyebabkan anda menjadi botak. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2017 05:11 PM | Show all posts
rambut botak sebab stress, faktor pemakanan dan keturunan je bukan sebab topi. kalau gitu, dah ramai la wanita bertudung botak .haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 05:28 PM | Show all posts
tak minat lelaki pakai topi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 05:35 PM | Show all posts
hahah tp betul juga ramai laki botak sbb bertopi
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mitos semata mata.  Pompuan x botak pun dok pakai tudung dari akil baligh sampai ke tua.

Lagi satu,  jejai hat suka nau nau pakai topi tu pun x botak botak lagi till skang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2017 11:53 PM | Show all posts
otomatic_prince replied at 16-1-2017 05:35 PM
hahah tp betul juga ramai laki botak sbb bertopi

yeke...bukan sebab dah botak...sb tuh pakai topi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2017 11:55 PM | Show all posts
Rainrein replied at 16-1-2017 06:02 PM
Mitos semata mata.  Pompuan x botak pun dok pakai tudung dari akil baligh sampai ke tua.

La ...

khennnn....siap leh simpan rambut pnjng smpai ke kaki

kalo nak salahkan ketebalan topi...cer tgk tudung yuna tuh...lagi tebai gilerrr...rilek jah


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2017 09:55 AM | Show all posts
Kenapa rambut teruk selepas bersalin?
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
🙋 Apa yang perlu lakukan?
Segeralah berjumpa dengan pakar rambut & kulit kepala di Hair Rich World Integrated Trichology Centre
☎️ 03 2242 0880


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2017 03:14 PM | Show all posts
mungkin kebetulan.. sbb orang2 yg aku kenal slalu bertopi di usia muda remaja.. bila dh 30++  kebanyakkannya dah botak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2017 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ker ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab dah nak botak la dia pakai topu. Bila dah botak dia senang2 jer salahkan topi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.052597 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list