Edited by theflash at 21-1-2017 01:37 AM
Nota kaki-Kalau siapa masih ingat kisah Antik Dan penunggunya, ini kisah lebih kurang juga la,cumanya ini kisah dari pengalaman one person only. Kawan saya sejak sekolah form 5,Roslan merupakan anak jati Lenggong. Berikut adalah cerita beliau.
Hari ni merupakan hari murung untuk aku sekeluarga,mana tak nya,Nenek aku meninggal dunia pada usia 89 tahun. Panjang umur nenek, sempat la aku sambut Hari Raya Puasa dengan nenek.
Hubungan aku dengan nenek amatlah baik,dari aku sekolah sampai masuk Universiti sampai la aku kahwin dan dapat sorang anak,oh ya..masa aku kahwin nenek ada,siap tepung tawar.Masa tu tak silap.umur nenek 85 tahun.Steady lagi naik kereta dari Perak ke Kelantan.
Berbalik hal pengkebumian nenek,semua berjalan lancar.
Ayah aku stay 3 hari di rumah nenek. Emergency Leave.Sama macam aku.
Ok.Aku nak cerita tentang hal diri aku.Aku berkerja sebagai cikgu dan gemar mengumpul barang barang antik.Sebut je la, dari memoribilia CocaCola sampai ke seterika lama, aku akan kumpul. Benar orang kata, hobi boleh jadi duit.
Isteri aku pun seronok la tengok aku kumpul benda macam tu. Ye la. Sekali aku jual seterika lama RM200 dah tentu dalam tangan.!Lepas la selai tudung designer ye dak?
Jadi,nenek aku memang banyak. Aku ulang memang banyakkk sangat koleksi barang lama. Dari pinggan mangkuk sampai la ke katil.almari,beg dan baju kebaya lama zaman 60s dia simpan.
“untuk kenangan anak cicit nanti” itulah kata nenek dulu. Benar.Sekarang ni aku yang jenuh pi hunting benda klasik.
Hari kedua aku di rumah nenek, Makcik aku bagitahu aku.
“Mak Tok ada kabo kat Acu,dia nak kamu jaga barang dia,ikut suka..nak jual boleh.nak simpan pun boleh” ujar Makcik aku. Sambil tu di baginya aku kunci.
Kunci stor nenek. Lepas makan tengahari.Berbekalkan torchlite dan penutup mulut.aku ke bawah ( Rumah lama.bahagian dapur belah bawah,dan stor tepi jamban)
“Fuh!! Padlock nenek pun dah kira klasik,vintage habis ni!Boleh try ebay!”bisik hati dia.
Seronok Roslan bila tengok padlock jenama Corben ni ( kira rare la ni )
Daun pintu di kuak.Habuk dan sarang labah labah yang menerpa wajah Roslan Umpama kucing mendapat ikan,Roslan terus menerus mengeledah isi stor terbabit
Hampir 2 jam dia mengeledah.Sempat di sapa isterinya, Hamidah.
“Power tak bang?” sapa Hamidah “Bukan power lagi.Harta Karun ni !”balas Roslan.
Didalam geledahan Roslan,dia terpandang satu set tepak sirih,dan beberapa set utk perkahwinan ( termasuk set merenjis,bunga pahar etc) di buat dari solid tembaga.Dan ada beberapa keris dan parang lama.Ada made in USA,made in Brazil.(parang)
Segera dia masukkan barang2 yang dia nak belek dan nilai di luar nanti,ini kerana stor tu pakai lampu kuning,mentol kecik!
Malam nya,lepas tahlil arwah,terus Lan ke beranda rumah dan di jinjitnya kotak berisi barang2 antik tadi.
Ada radio lama.dulang,pinggan mangguk,beberapa syiling lama dan juga barang tembaga tu . Baru Lan perasan,barangan tembaga tu banyak,siap ada sudu garfu,pinggan,mangkuk,tekur meludah dan teko teh .Semuanya tembaga.
Segera dia amik Autosol ( sejenis pencuci barang besi macam colgate) .dia lap dan polish la barang tembaga tu. Sambil di perhati sedara mara yang lain yang turut bersembang dengan Lan.
Esok paginya,Hamidah panggil suaminya.Dengan suara yang agak nyaring!
“Sayanggg oii!” Tergesa Lan bergegas dari bawah rumah ke pintu dapur
“Ni apehal ada pinggan,cawan dengan teko tembaga ni bang dalam sinki? Herghhh” bebel Hamidah.
Terpinga pinga Roslan.
Aik.Aku dah simpan dalam kotak la lepas polish.
“mana?” tanya Roslan.
Sambil itu isteri nya menudingkan jari ke dalam sinki.
Ya.Memang ada satu cawan tembaga,teko tembaga dan pinggan tembaga dalam sinki. Dan yang menarik.Ada bekas nasi.dan di teko ada serbuk kopi ( teko tembaga tu ada jaring dari dalam di tempat muncung)
“Tak kancing gigi ke sayang makan guna ni” bebel Hamidah lagi!
Roslan masih lagi terpinga2 sambil membilas barang tersebut. Mana boleh kena air sebenarnya tembaga ni!
“Kopi boleh basuh tembaga la Kak Yong” sampuk pakcik Roslan Andak.
“Ye la. Lain kali basuh ye sayang” sambil Hamidah berlalu
Dari hujung tangga,Andak memandang tepat muka Roslan.
Sambil Roslan mengelap barang berkenaan. Roslan naik menuju ke kotak tersebut,dan ya.memang ada kesan di buka. Hatinya tak sedap.
“Lan.ada benda aku nak cakap!” jerkah Andak dari belakang Hampir melatah Roslan!
“Apa dia Andak” tanya Roslan.
“Malam tadi,aku bangun nak terkencing..masa aku nak turun tangga.tak jadi aku...sebab aku nampak ada lelaki berpakaian songket lengkap,tengah makan bersila atas lantai dapur tu! Tapi,maksud aku,dia tak bersila betul tau. Macam terapung! Guna pinggan tu la!” sambil Andak menudingkan jari ke pinggan dan cawan di tangan Roslan!
“Haaa! Allahuakbar! Biar betul ni Andak!” balas Roslan
“Ya.serius ni ! Yang buat aku seram..aku nampak Mak aku.Mak aku masa muda.dengan songket merah dia.kain di tutup kain batik dengan beberapa orang wanita berpakaian macam Mak tengah hidang lelaki tu. Mak pun terapung kau tau! Aku tak tahu apa yang lelaki tu makan, tahu tahu je dulang mak kau pegang ada lauk!”
Sambung Andak lagi
“Mak dah lama tau buang saka dia!”
Mak pakcik aku tak lain tak bukan NENEK la! Dan serius.Aku tak tau pulak nenek penah berSAKA!
Bersambung Padan muka korang Kah kah kah
|