Wah, jangan main-main tau! Pensyarah di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam kini juga 'terdesak' mencari jodoh di laman media sosial.
Tindakannya itu mendapat perhatian netizen kerana dia mengakui awal-awal tidak berkemampuan untuk memberi hantaran lebih daripada RM2,000.
"Saya mungkin tak boleh bagi hantaran lebih dari RM2,000. Boleh kan, kalau hantaran cuma RM500 sahaja?" tulisnya.
Pensyarah berkenaan bagaimanapun menyatakan dia sudah mempersiapkan segala keperluan dan kelengkapan diperlukan kelak, sekiranya ada gadis berminat dengan 'tawarannya' itu.
"Saya dah sediakan rumah, kenderaan, steam iron, kelengkapan rumah, bilik tamu untuk bakal ibu bapa mertua serta simpanan untuk pendidikan anak-anak," jelasnya.
Sumber foto: Facebook
Boleh tahan juga pensyarah ni. Bagi gadis di luar sana yang berminat, pensyarah ini hanya mahukan seorang pemegang sarjana dan berhajat menyambung pengajian ke peringkat PhD.
Perkara ini mencetus pelbagai reaksi daripada netizen.
"Ingat banyak sangat ke gaji pensyarah dengan segala hutang piutang," tulis seorang netizen.
Gadis di luar sana jangan terlalu cepat 'berghairah' pula. Anda perlu mempertimbangkan juga kemungkinan pensyarah ini hanya 'bergurau'. Apa pula pandangan pembaca terhadap pensyarah ini? - CARI |