View: 1806|Reply: 11
|
Guru Bebas Tuduhan Bocor Soalan UPSR
[Copy link]
|
|
Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini membebaskan seorang guru daripada tiga pertuduhan memiliki beberapa muka surat kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.
K. Anparasu, 52, sebelum ini berkhidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Keruh, Pengkalan Hulu dilepas dan dibebaskan selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan serta hujah 16 saksi pendakwaan dan pihak pembelaan dalam kes berkenaan.
Memetik laporan Bernama, hakim Niran Tan Kran ketika membacakan keputusan kes itu berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie dalam kes berkenaan dan mengarahkan barang kes termasuk telefon bimbit dikembalikan kepada Anparasu.
Anparasu dituduh memiliki beberapa muka surat kertas soalan Matematik 035/1 dan Matematik 035/2 dalam telefon bimbit jenis Samsung Trend miliknya di sekolah sama pada 9 Sept 2014 masing-masing pada 9.43 pagi dan 8.29 pagi.
Selain itu, dia juga dituduh memiliki beberapa muka surat kertas soalan Sains 018, juga di dalam telefon bimbit dan di sekolah sama pada 10 Sept 2014, 9.15 pagi.
Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun jika sabit kesalahan.- CARI
sumber foto: http://www.sinarharian.com.my/
|
|
|
|
|
|
|
|
Huhu... lamanya baru selesai kes |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 upsr start belajar tingkatan 1 dah |
|
|
|
|
|
|
|
mesti hebat lawyer dia ni, benda dah kat tangan pun tak disabitkan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ladybosss replied at 18-1-2017 04:52 PM
Budak2 upsr start belajar tingkatan 1 dah
Ni masa upsr 2014
Ank aku yg kena buat semula exam tu dah nak ambik pt3 plak tahun ni |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 18-1-2017 06:26 PM
mesti hebat lawyer dia ni, benda dah kat tangan pun tak disabitkan lagi
aku syak laywer dia guna hujah anak guam dia x taw yg tu adalah soalan upsr sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 18-1-2017 04:17 PM
lamanya nak settle kes
kes sosilawati pun nak genap 10 tahun. Pari 4 ekor masih lagi tak mampus... asyik tangguh. rrayu... tangguh ...rayu...
ni pun pari jugakk... |
|
|
|
|
|
|
|
dah bunuh org, patut dihukum mati jgk.
tahu plk nk merayu utk nyawa sdiri!
|
|
|
|
|
|
|
|
mesti best kalau dapat ikut kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 19-1-2017 07:59 AM
dah bunuh org, patut dihukum mati jgk.
tahu plk nk merayu utk nyawa sdiri!
Biasalah... Puak ni nak mencapai kesempurnaan hidup dan komuniti pari 100%.
Kalau buat jahat biar tak ada siapa tahu.. Kalau hidup hebat biar semua satu dunia tahu |
|
|
|
|
|
|
| |
|