Kentut, sendawa atau kembung perut merupakan petanda bahawa terdapat gas di dalam tubuh. Malah, ia adalah perkara yang tidak normal bagi tubuh anda. Menurut National Digestive Diseases Information Clearinghouse, gas terjadi apabila anda menelan udara menerusi makanan atau proses mencerna makanan yang kemudiannya menghasilkan gas.
Dan ternyata terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menghasilkan gas berlebihan sehingga membuat anda sering kentut.
Menurut livestrong.com, empat jenis sayuran ini akan buat anda kerap berasa mahu kentut jika dimakan berlebihan.
1. Kacang Buncis
Foto: DokterKamu.Com
Serat larut di dalam kacan buncis dan kacang hijau akan menjadi lembut seperti gel semasa dicerna di dalam usus yang akhirnya akan menghasilkan gas berlebihan, seterusnya menyebabkan anda ingin kentut.
2. Jagung
Foto: http://www.motherearthnews.com
Perut manusia sebenarnya sukar mencerna sayuran berkanji seperti kentang dan jagung terutama yang disediakan dalam bentuk bergoreng.
Usus besar kekurangan bakteria untuk mencernanya yang kemudian akan membuat perut menghasilkan gas karbon dioksida atau hidrogen dan membuatkan anda mahu kentut.
3. Bawang
Foto: GFN
Makanan yang mengandungi fruktosa seperti bawang boleh menyebabkan penghasilan gas berlebihan.
4. Kubis
Foto: Nutritious Food
Kubis juga termasuk dalam jenis sayuran yang boleh membuat anda berasa ingin kentut kerana semasa dicerna, ia menghasilkan gas dalam jumlah yang besar di dalam perut.
Selain empat jenis sayuran itu, buah-buahan seperti epal, lai dan plum juga mengandungi banyak gas. Pengambilan buah-buahan ini dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan cirit-birit.
Sekarang anda sudah tahu, bukan? Tak kiralah sebaik mana pun sesuatu makanan atau minuman itu, kebanyakan daripadanya jika diambil secara berlebihan pasti akan memudaratkan. - CARI |