Walaupun boleh dikatakan berjaya meraih kejayaan besar menerusi filem Dangal baru-baru ini, Aamir Khan bagaimanapun mengatakan dia tidak berminat untuk melebarkan sayapnya di Hollywood.
Foto: The Indian EXPRESS
Walaupun begitu, Aamir Khan masih bersedia melakukan projek di peringkat antarabangsa sekiranya menemukan sesuatu yang menarik.
"Saya tak rasa mahu ke Amerika Syarikat dan bekerja di sana. Fokus saya hanya kepada industri perfileman India sahaja.
"Namun, tak bermakna menghiburkan penonton dari serata dunia itu merupakan idea yang buruk, ia cuma tak termasuk dalam 'perancangan' karier saya untuk membikin filem di peringkat antarabangsa," katanya dalam sebuah temu ramah.
Foto: FB Aamir Khan
Menurut Aamir Khan, ia bukanlah bermaksud dia tak akan pernah mencuba melibatkan diri dalam perfileman di peringkat antarabangsa. Sekiranya peluang diberi itu menarik, dia pasti akan menerimanya.
"Tiada sempadan dapat menghalang manusia dari terus menghasilkan karya kreatif. Sekiranya saya mendapat tawaran dari Jepun dan saya sukakannya, saya pasti akan menerimanya," tambah Aamir Khan.
Betullah tindakan Aamir Khan itu. Bukan dia terlalu memilih, tetapi sebagai orang lama yang sudah berpengalaman sudah pasti dia mempunyai perancangannya tersendiri. - CARI
i peminat aamir n die super good..
x ada film2 romantik yg typical bollywood
n semua film die ada msg..
i rasa die buat film bukan semata2 utk keuntungan tp utk tjk realiti sbnr india..
Buat apa pergi Hollywood. Selalunya mereka akan jadi second-class actors. Samalah dengan aktor dari Hong Kong. Duduk di India dan terus menjadi pujaan di situ.