TULAR dan hangat di media sosial setakat hari ini ialah rakaman video sepasang suami isteri bercerai "secara online".
Dalam paparan video berdurasi tujuh minit itu, pasangan suami isteri itu bertengkar mengenai masalah rumah tangga dipercayai melibatkan kes curang sehingga berakhir dengan penceraian.
Pertengkaran dan penceraian "secara langsung" di aplikasi BIGO LIVE itu turut disaksikan puluhan pengguna aplikasi tersebut ketika kejadian itu.
Video tersebut mula mendapat perhatian netizen selepas disebarkan oleh seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Chi Ko, 18 Januari yang lalu.
Tindakan pasangan berkenaan dikecam oleh netizen kerana rata-rata menganggap pergaduhan melibatkan masalah rumah tangga tidak sepatutnya dipertontonkan di media sosial.
Berikut adalah antara komen dari netizen yang menonton "video panas" ini.
Namun ada juga dikalangan netizen menyatakan video pergaduhan dan penceraian itu hanya lakonan semata-mata. Jika benar ia hanyalah lakonan, tindakan seperti ini amatlah tidak bertanggungjawab kerana boleh mendatangkan pelbagai fitnah.
Setakat ini, video mengejutkan ini menerima lebih 190 ribu tontonan dengan hampir 1400 perkongsian. - CARI
Lihat video dibawah ini :
*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
iols x tau nk komen apa iols sedih..
apa pun situasi mohon control diri..
kena bijak..kalau satu hot satu kena stop so benda jd x teruk..kalau dua2 hot nk meletup jd mcm ni la..