CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6002|Reply: 95

[Tempatan] Akhirnya Felda mengaku alami masalah kewangan, selama ni rakyat tertipu

[Copy link]
Post time 22-1-2017 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Benar Felda alami masalah kewangan
A Kadir Jasin
22 Januari 2017
Felda       


AKHIRNYA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terpaksa mengaku yang ia mengalami masalah kewangan yang teruk, khususnya berkaitan pengaliran tunai.

Untuk sekian lama pelbagai pihak bertanya dan membuat andaian mengenai kemungkinan agensi pembasmian kemiskinan itu mengalami masalah kewangan akibat urus tadbir yang lemah dan penyelewengan.

Pada 17 Januari, Bernama melaporkan yang Felda akan menjual secara agresif hartanya di dalam dan luar negara tahun ini bagi menstabilkan pengaliran tunai.

Agensi berita nasional itu memetik Pengerusi baharu Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, sebagai berkata harta yang akan dijual termasuklah saham-saham Malayan Banking dan hotel di London.

Tidak ramai pelabur, khususnya pelabur institusi seperti Felda, akan menjual saham blue chip yang kukuh dan terjamin seperti saham Malayan Banking melainkan mereka betul-betul terdesak.

Maaf cakaplah kalau saya kata, pengakuan Shahrir itu mendedahkan kehambaran pengurusan dan prestasi Felda sejak ia dikepalai oleh Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mulai 1 Januari 2011.

Mohd Isa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun. Nyawa politik beliau dihidupkan semula oleh Mohd Najib setelah digantung keahlian daripada Umno pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi setelah didapati bersalah mengamalkan politik wang.

Selama lima tahun di bawah pengawasan beliau, Felda memperluas dan mempelbagaikan perniagaan Felda walaupun prestasi perniagaan utamanya, iaitu perladangan mengalami masalah kronik akibat kelembapan harga getah dan kelapa sawit.

Di bawah pimpinan beliau, Felda memasuki bidang hartanah, perhotelan dan pengilangan bijirin di luar negara serta mengkorporatkan aset melalui penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGV) pada tahun 2012.

Walaupun kedudukan kewangan Felda tidak kuat dan peneroka mengalami pelbagai masalah pembayaran, pengurusan Felda di bawah Mohd Isa terus mengembangkan perniagaan.

Yang terakhir dan penuh kontroversi adalah pembelian ladang Eagle High milik tauke Indonesia, Tan Sri (Kehormat) Peter Sondakh. Felda membayar harga yang jauh lebih tinggi daripada harga saham Eagle High di bursa saham.

Seperti yang telah saya catat dalam kolum sebelum ini, Felda nampaknya melakukan perluasan perniagaan lebih berasaskan kepada tuntutan politik daripada perniagaan berhemah. Misalnya penswastaan aset, termasuk tanah peneroka melalui FGV yang kini mengalami masalah kejatuhan harga saham yang teruk dan kerugian perniagaan.

Bernama memetik Shahrir sebagai berkata, penjualan harta itu adalah bagi menstabilkan aliran tunai, membiayai kegiatan serta memulihkan ‘aset bermasalah’ di bawah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Kedudukan kewangan Felda nyata teruk apabila mengalami masalah aliran tunai (cash flow). Aliran tunai adalah tunjang kepada perniagaan. Ia adalah perimbangan di antara wang keluar dengan wang masuk.

Nampaknya dalam kes Felda, duit keluar lebih banyak daripada duit masuk. Bukan itu saja. Di bawah Mohd Isa, Felda kerap dituduh membeli aset yang tidak strategik atau bermutu rendah tetapi membayar harga tinggi. Ini menimbulkan dakwaan bahawa pembelian itu tidak telus dan dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan perniagaan atau yang tidak mengutamakan kepentingan peneroka.

Menurut Shahrir, antara aset yang akan dijual ialah 35 juta saham Malayan Banking (Maybank). Felda bercadang menjualnya pada harga RM8.05 sesaham bagi memperoleh RM280 juta.

Saya kurang pasti mengapa Shahrir menyebut harga RM8.05 sesaham kerana harga saham Maybank lebih mahal daripada itu. Ia tutup pada kadar RM8.25 pada hari Khamis.

Selalunya apabila kita menjual saham mutu tinggi seperti saham Maybank secara blok kita meminta harga premium iaitu lebih tinggi daripada harga runcit di pasaran.

Kalau Shahrir ikhlas dan berani melakukan yang terbaik untuk Felda dan para peneroka, saya rasa elok sekiranya beliau melantik juruaudit luar (external auditors) bagi membuat audit forensik ke atas akaun serta kegiatan Felda, khususnya FIC. Saya akan mengecap Shahrir sebagai hanya cakap kosong kalau tidak bertindak tegas dan di luar kotak.

Memecat ahli Lembaga Pengarah FIC dan melantik anggota baharu tidak bermakna kalau masih berlaku ketirisan dan campur tangan politik dalam pengurusan Felda, khususnya menjelang PRU akan datang.

Masalahnya Shahrir sendiri seorang ahli politik dan tidak kurang akrabnya dengan Perdana Menteri. Wallahuaklam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2017 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bonus raya utk peneroka thn ni tak de lah iya.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Songlap dek orang2 atas ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak dah. akan jahanam bila isa samad teraju felda.kesian org felda.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak dah. akan jahanam bila isa samad teraju felda.kesian org felda.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2017 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih hidup kena tipu atas bawah.. sila meninggal masing2
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 07:31 PM | Show all posts
celaka punya isa samad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2017 07:41 PM | Show all posts
Adoyai..janji melayu yg jd pengerusi
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 07:41 PM | Show all posts
So, ini ke yang dikatakan Umngok tolong melayu? Belum sempat DAP yang konon-konon diuar-uarkan akan menjahanamkan bangsa melayu tgk-tgk Umngok dah jahanamkan dulu.

Irony much!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 07:51 PM | Show all posts
sapa yg gatal kasi pelingkup buat rancangan yg ntah hapa hapa.... xsempat DAPig kasi tutup...melayu dah kasi bangkrap dlu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 07:52 PM | Show all posts
rosmahisham replied at 22-1-2017 07:11 PM
Dah agak dah. akan jahanam bila isa samad teraju felda.kesian org felda.

xpe sesama melayu isle maafkan je lah ..... keep calm and vote Umno
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 07:52 PM | Show all posts
Isa Katik patut diheret ke mahkamah kerana menyebabkan kerugian kepada FGV.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2017 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Busuk2 pun Melayu kita jugak
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh sungguh sampai juei.berjuta saham maybank, bnk yg tiap taun buat duit

Bijak ke ni? Si uban ni tau apa bab mengurus?  Ce pangey hassan merican or si bakker ke haaa

Tapi yer ler klo tak buh oang politik.nk kebas duit mcm mana yer dak? Hahaha mampuih melayu, melayu bunuh melayu kendian salahkan bukan melayu!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ko x ngaku pon....mmg tahu felda dah bye2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2017 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 22-1-2017 08:55 PM

Pelda tongong ni menipu pun tak
Pandai
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
x tipu bkn umno
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesapa boleh terajang Isa Samad katik tuh tak????...

Umgok dan mengencing rakyat marhein berpisah teda...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2017 08:50 PM | Show all posts
Sesak ke tenat ke yg pasti peneraju dh balun cukup-cukup duit felda..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.077304 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list