CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5226|Reply: 21

Mengidam Kasut NIKE, Isteri Bodek Suami Guna Surat Rasmi

[Copy link]
Post time 23-1-2017 02:12 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR
, 20 Jan — Kerana terlalu mengidam kasut sampai tidak dapat fokus pada kerja, seorang isteri bertuah akhirnya mendapat Nike percuma daripada pengedarnya.

Syarikat Indie Sneakers berbuat demikian setelah “surat rasmi” rayuan wanita itu, hanya mahu dikenali Rozaina, agar suami membelinya tersebar meluas di media sosial minggu lalu.

“Pertama kali saya minta pada suami, [saya] hendak kasut, tapi hanya cakap mulut dan suami pula jenis yang sibuk, jadi kami memang jarang berjumpa.

“Sebab terlalu inginkan kasut itu, saya sampai tidak boleh fokus buat kerja, tambahan pula saya memang jenis yang minat kasut sebegitu,” kata wanita itu.

Rozaina, seorang mahasiswi berusia 26 tahun, menjelaskan “surat rasmi” seumpama itu memang salah satu caranya berkomunikasi dengan suami, seorang pegawai polis.


“Memang selalu buat macam ini, kadang-kadang saya dengan suami suka tinggalkan nota, surat-menyurat dan menjadi kebiasaan sebab saya jenis pelupa.

“Jadi untuk elak saya lupa, saya tulislah surat,” katanya, seorang pelajar ijazah pertama Universiti Teknologi Mara (UiTM).







Kisah Rozaina yang menulis surat mencuit hati kepada suaminya bertarikh 9 Januari lalu menarik perhatian pengguna internet setelah ia disebarkan pemilik Indie Sneakers.

Suratnya dikongsikan dengan pemilik syarikat terbabit Amirul Haqim bagi meyakinkannya bahawa beliau memang sangat berminat pada kasut itu apabila diberitahu stoknya telah habis.

Gembira surat itu mendapat sambutan pengguna internet dan jumlah pelanggannya didakwa naik mendadak, Indie Sneakers bermurah hati menghadiah sepasang kasut berharga RM179.

Namun Rozaina perlu menunggu untuk beberapa minggu lagi. “Kasut saya tidak sampai lagi, tengah tunggu giliran [tempahan], dalam dua hingga tiga minggu baru sampai,” katanya.
- MMO

surat balasan suami




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2017 02:40 PM | Show all posts
suami aku tentera xyah susah pakai surat duit bulan potong msk akaun aku la rembat
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 03:50 PM | Show all posts
dulu pun ada jgk jakun mcm ni.....viral2 pastu dpt free
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 04:06 PM | Show all posts
bwahaha dengan kejinya aku terpikir tajuk berita dulu tah, kehendak isteri punca suami makan rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 04:49 PM | Show all posts
Tapi kalau aku dapat surat macamni tak sampai hati nak tolak. Gigih panjang dia tulis surat. So, sebagai tanda penghargaan bolehlah diberi kasut nike itu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 04:54 PM | Show all posts
nak tulis surat rasmi kat PM lah.
harap2 dia tunaikan permintaan aku untuk dia letak jawatan serta merta..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2017 05:17 PM | Show all posts
memang saja mintak viral ke apa..
entah-entah sendiri jugak buat surat reply..
macam sama je pen signature tu..
kalau ye pun tukar la jenis pen
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 05:32 PM | Show all posts
putribonda replied at 23-1-2017 04:54 PM
nak tulis surat rasmi kat PM lah.
harap2 dia tunaikan permintaan aku untuk dia letak jawatan serta  ...



komen paling win dik...hahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2017 05:44 PM | Show all posts
entah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Macik mengidam skyline r35...boleh sesape tolong karang surat rasmi tuk boipreng macik
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel je..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 03:34 PM | Show all posts
kalau kat luar mmg harga nye mcm tu ke..? or lagi mahal..??
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 03:54 PM | Show all posts
putribonda replied at 23-1-2017 04:54 PM
nak tulis surat rasmi kat PM lah.
harap2 dia tunaikan permintaan aku untuk dia letak jawatan serta  ...

hahahha ini winnn
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 03:54 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 23-1-2017 05:17 PM
memang saja mintak viral ke apa..
entah-entah sendiri jugak buat surat reply..
macam sama je pen s ...

kan kan entah2 sendri tulis sndri reply,nak perhatian je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2017 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam bangsat ja benda2 macam ni pun nak kongsi..
Hal suami isteri simpan sendiri lah...
Apa lagi untuk barang 179 ringgit aja..boleh guna duit gaji sendiri kot..nak hadiah ulangtahun minta lah yang lagi mahal
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 11:58 AM | Show all posts
attention seeker puih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2017 12:19 PM | Show all posts
gen y ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2017 12:25 PM | Show all posts
meols pun tergode dgn kasut tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
bak mai nama & email wartawan yg tulis article ni
aku nak hantar surat rasmi ke dia suruh dia ambik tuition matematik
umur mbnu tahun surat ni ditulis ialah 30y.o, not 26y.o
28+2=30
bukan 28-2=26
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak baca komen forumers je as expected, mesti ada komen attention seeker etc tapi kelakar jugak isi surat tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.329192 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list