Pandangan pertama memang sangat penting, dan ini adalah antara elemen yang sering ditekankan ketika mahu pergi temu duga kerja atau bertemu dengan kekasih buat pertama kalinya.
Namun, lain pula cerita untuk seorang lelaki berumur 18 tahun bernama Grant Kessler ini apabila dia memakai kemeja dan kot sekali semasa mahu berjumpa kali pertama dengan anak saudaranya yang baru dilahirkan.
Foto: Dailymail.co.uk
Serius Kessler sangat comel sehinggakan pemuda ini dipanggil sebagai "Bapa Saudara Terbaik' di media sosial.
Menurut Daily Mail, dia mahu kelihatan paling kacak dan menjadi sekemas mungkin ketika menemui ahli keluarga barunya itu.
Bahkan ketika sampai di hospital di Columbus, semua yang berada di situ terkejut dengan penampilannya yang lengkap bertali leher.
Adik perempuannya yang terharu dengan Grant terus mengambil gambarnya lalu dimuat naik di Twitter sebelum gambar tersebut menarik perhatian ramai orang dan menjadi tular.
Wah, memang bersungguh-sungguh nampaknya dia mengambil serius tentang pentingnya pandangan pertama. Ada sesiapa mahu mengikut cara sebegini juga ke? -CARI
I pernah baca pasal ni dekat facebook ke twitter and so comel! Kalau that guy yang jadi uncle tu sihat takde any mental problem ke i rasa perbuatan dia sangat cute. Tapi kalau dia ada something wrong pun tetap cute juga