Foto. Rinso.co.id
Mengasingkan pakaian dalam dengan jenis pakaian lain ketika membasuh adalah sangat penting dan rata-rata dari kita mungkin belum lagi tahu tentang kepentingannya.
Banyak kajian mendapati yang pakaian dalam termasuk seluar dalam dan coli mengandungi banyak bakteria dan tindakan membasuhnya sekali dengan pakaian lain akan mempengaruhi kesihatan anda.
Profesor mikrobiologi dari Universiti Arizona, Dr Charles Gerba menyatakan campuran pelbagai jenis pakaian dalam satu bekas akan menyebabkan wujudnya 100 juta bakteria E-coli dan Staphylococcus Aureus di dalam air.
Foto: Looksgud.in
Antara kesalahan besar dalam mencuci pakaian dalam:
1. Mencuci dengan air sejuk
Suhu air dalam mesih basuh pakaian yang biasa kita gunakan adalah sekitar 15 darjah Celsius. Namun, untuk mencuci pakaian dalam, air panas bersuhu sekitar 40 darjah Celsius diperlukan untuk mematikan bakteria.
2. Dicampur dengan kain pengelap dapur
Elakkan jauh-jauh dari mencampurkan pakaian dalam anda dengan lap tangan atau kain yang digunakan untuk mencuci dapur. Jika tidak pakaian dalam berisiko untuk terkena jangkitan kuman.
3. Menggunakan bahan pencuci berkimia tinggi
Pastikan anda membeli bahan pencuci yang rendah kandungan bahan kimia untuk mengelakkan jangkitan kuman. Disarankan untuk memilih bahan pencuci yang mengandungi peluntur sekali kerana ianya adalah lebih baik.
4. Menggunakan bahan pencuci berbentuk cecair
Bahan ini tidak mengandungi agen peluntur dan tidak mencukupi untuk membersihkan pakaian dalam. Digalakkan menggunakan bahan pencuci dalam bentuk serbuk kerana ianya lagi berkesan untuk membunuh bakteria.
Foto: www.breastimplantadvice.com
Selepas ini basuhlah seluar dalam dan coli anda dengan cara yang disarankan di atas agar ianya tidak dijangkiti kuman dan bakteria.
Perkara yang dianggap remeh ini sebenarnya memberi impak yang besar kepada kesihatan anda, jadi sentiasalah berwaspada dan mula mengamalkan cara yang betul, okay? -CARI |