Industri hiburan Bollywood seolah-olah sedang panas dengan kejayaan Priyanka Chopra dan Deepika Padukone yang menempa nama di Hollywood.
Disebabkan itu, segelintar pihak tertentu mula membuat perbandingan antara kedua-dua aktres jelita ini.
Foto: indianexpress.com
Ada yang cuba mengapi-apikan Priyanka dan Deepika dengan membuat perbezaan antara kemampuan, kecantikan dan penampilan antara keduanya.
Mengulas mengenai kontroversi ini, Deepika kesal dan mengatakan dia dan bintang Quantico itu adalah rapat dan berkawan baik.
Perbandingan tersebut hanya akan membuat hubungan antara mereka menjadi panas dan mungkin boleh menimbulkan salah faham kelak.
Foto: Pinterest
"Tak adil membandingkan kami. Jujur dikatakan, kami amat berbeza. Kami memiliki kemampuan dan kelebihan masing-masing," ujar Deepika Padukone kepada Indian Express.
Aktres filem xXx: Return of Xander Cage ini turut memuji Priyanka dan mengatakan dia adalah seorang artis yang sangat berbakat, cantik dan hebat.
Foto: Pinterest
Baguslah begitu, tidak perlu saling bercakaran kerana rezeki masing-masing dan yang paling penting adalah usaha yang dilakukan untuk menjadi lebih berjaya. -CARI |