View: 10776|Reply: 33
|
[Buku]
Novel 'Dunia Sophie' Laris. Bukti Pembaca Serius Semakin Meningkat?
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 28 DIS — Terjemahan novel falsafah untuk remaja Sophie’s World muncul judul terlaris Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dalam sedekad.
Dunia Sophie, karya Jostein Gaarder yang diulang cetak tiga kali sejak diterbitkan pada 2006, menjadi bukti pembaca serius semakin meningkat, kata ketua pegawai eksekutifnya.
“Di Malaysia, ada peminat tersendiri tentang buku ini. Buku terjemahan ini merupakan jualan yang terlaris dan dicetak empat kali sepanjang 10 tahun ini,” kata Mohd Khair Ngadiron.
“Kira-kira 8,000 naskhah telah terjual. Dan itu satu petanda yang baik bagi pembacaan rakyat Malaysia. Tidaklah orang kata masyarakat kita tidak suka baca bahan berat.
“Dulu, apabila ITBM mencari bahan-bahan seperti itu, orang kebiasaannya bertanya:
"Lakukah? Boleh jual?’ Tapi sekarang terbukti buku-buku seperti ini boleh dijual,” katanya dalam satu wawancara.
Diterjemah oleh bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Hassan Ahmad daripada edisi Inggeris, novel sejarah falsafah Barat ini yang berjaya menarik perhatian dunia asalnya ditulis dalam bahasa Norway.
Menurut portal jualan terkenal Amazon.com, lebih 20 juta naskhah karya ini dicetak sejak 1994, terjemahan "Sofies Verde” yang terbit pada 1991.
Mohd Khair menjelaskan Dunia Sophie boleh membuka rangsangan berfikir pembaca Malaysia kerana ia menyampaikan falsafah dalam bentuk penceritaan.
“Dan [novel] ini memberikan rangsangan pemikiran baru dan kalaulah masyarakat kita boleh melihatnya sebagai satu bentuk pencetus, jadi ia boleh meningkatkan daya berfikir,” katanya.
Menggunakan watak remaja berusia 14 tahun bernama Sophie Amundsen, novel berusia lebih suku abad ini menggunakan pendekatan santai sejarah dan tokoh-tokoh dunia.
Melalui sepucuk surat misteri di peti surat sewaktu pulang ke rumah, gadis ini diajar mengenali falsafah dan tokoh-tokohnya, daripada Socrates hinggalah kepada Paul Sartre.
Tambah Khair, buku ini pilihan terbaik bagi pembaca muda yang mahu berjinak-jinak dalam pembacaan serius kerana penceritaannya mudah difahami.
Novel seperti ini perlu diterapkan di peringkat sekolah agar daya pemikiran pelajar lebih tinggi, katanya lagi.
“Untuk memperkasakan pembacaan buku seperti ini, apa yang kita perlu buat ialah, perlu banyak lagi rangsangan untuk masyarakat membaca karya-karya serius.
“Di sekolah sekarang, [kebanyakan] buku memenuhi cita rasa orang muda supaya mudah difahami. Kita patut melatih pelajar untuk mempelajari bacaan tinggi itu,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Hasan Ahmad ni dah meninggal kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
a'ah dah meninggal tahun 2011.
|
|
|
|
|
|
|
|
actually belum baca lagi Dunia Sophie ni. dalam list senarai buku untuk dibeli tahun ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ada buku ni tapi .... buku ni agak heavy
maybe sebab dalam english version .. belum ada versi terjemahan bahasa malaysia ...
yang pasti plot novel ni kena concentrate and kena ada pemahaman
yer la sangkut paut dengan sejarah ... and ada sedikit kepelikan at the end
kalau nak baca balik kena selongkar jawapnya ...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
buku ni pasal falsafah kan. gaya penceritaannya dari POV si Sophie? kalau fly kata BI pun heavy, memang kena beli yang versi BM la. cover pun okay tak serabut.
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm fly baca tahun 2010 ...
9-5-10 hingga 11-08-2010
nasib ler fly ada add dalam goodreads.com, kalau tak, tak ingat
yep falsafah, sejarah, keduniaan, kemanusiaan ...
tapi pelik kenapa dia under genre children
adakah sebab watak utama ialah budak perempuan ...
tapi apa-apa pun better ambil versi melayu
senang nak faham
versi english setebal 403 pages ...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hmmm fly baca tahun 2010 ...
9-5-10 hingga 11-08-2010 lama tempoh fly baca tu, selang-seli dengan novel lain? dah order dah Dunia Sophie ni. kali ni nak tengok macam mana terjemahan ITBM. sebelum ni pernah baca terjemahan novel oleh DBP dan FIXI je.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sure la either stop or baca buku lain
tapi kan 80% rasanya stop and sambung baca balik
tak mungkin fly baca buku lain kot
hehehe .. takpe ..
nanti dah dapat buku versi melayu .. komen sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
cover hadapan Dunia Sophie
cover belakang
|
|
|
|
|
|
|
|
maka sila lah buat pekasam dulu
sebab buku ni agak heavy untuk dihadam
walaupun versi bahasa malaysia
tengok sample tu ermmm ... sakit kepala ler ...
|
|
|
|
|
|
|
|
wah buku menceritakan tokoh2 ahli falsafah (sejarah, sains etc)
Dulu masa kat Uni, dua tahun belajar sejarah falsafah sains ni..
belajar tentang pemikiran alam ini dari sudut saintifik.
all those names tu (Socrates, Plato, Aristotle) memang belajar...
Ungku Aziz dan Dr. Azizan yang ajar..
tapi memang kena fikir banyak la..
jenuh tau masuk kelas falsafah ni
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tu la. tengok ayat dalam BM pun... kena "kosong"kan kepala sebelum start baca ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
seronoknya Prof Ungku Aziz yang ajar. kalau tak minat, susah la juga nak faham kan? banyak cabang-cabangnya. boleh tertukar-tukar.
|
|
|
|
|
|
|
|
I ada buku Sophie's World ni. Tapi i mengaku i tak pernah habis baca. Buku ni pun i beli zaman i belajar, my lecturer yang suggest, katanya boleh belajar macam2 school of thought.
But honestly i rasa buku ni, content nya too heavy untuk i. Maybe sebab i kalau nak membaca for leisure i tak suka buku yang complex, sebab zaman study dulu pun dah cukup complex |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
my lecturer yang suggest, katanya boleh belajar macam2 school of thought. lecturer subjek apa tu yang suggest? kat mana tu buku tu sekarang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Introduction to Law, masa zaman pre-law dulu. Ada lagi buku ni dekat rumah i, i simpan sekali dengan lecture notes i yang dah bertukar warna tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ...kena ada minat pada benda yang melibatkan pemikiran niJadi, sila baca buku Sophie's World tu dengan teliti, banyak ilmu yang lala dapat nanti.
Masih ingat Prof Ungku Aziz sampai bawa katak masuk kelas masa mengajar..
punyalah semangat dia nak terangkan pada student macam mana nak relatekan ilmu pemikiran barat ahli falsafah barat tu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|