|
Kerana memikirkan masa depan anaknya, penyanyi Black Hanifah bukan sahaja menyediakan simpanan pendidikan untuk anakanya, malah dia sedang mengumpul aset untuk masa depan keluarganya termasuk mendirikan rumah untuk anaknya di atas lot tanah yang dibeli!
Menurut Black, ia menjadi lumrah apabila seorang lelaki bergelar bapa, gaya hidupnya pasti akan berubah menjadi lebih baik dan matang kerana mempunyai kesedaran diri untuk membuat persiapan masa depan anak.
“Bayangkan jika sekarang ini, saya susah mendapatkan sebuah rumah untuk anak saya. Inikan pula apabila masa dia nanti. Belum tentu dia dapat membeli rumah untuk dirinya.
“Alhamdulillah, selagi mampu ini lebih baik saya beli dan sediakan apa yang patut, apabila dia meningkat dewasa pandai-pandailah,” kata Black kepada Harian Metro.
Bagus Black membuat persiapan awal. Manalah tahu apabila sudah tidak terbabit dalam bidang seni atau sudah tua dan tak bertenaga meneruskan usaha, sekurang-kurangnya harta yang terkumpul dapat menampung hidupnya di masa depan.
“Sebagai selebriti, saya harus beringat. Hari ini orang minat dengan saya. Esok lusa apabila sudah tua mungkin orang lupakan saya. Malah, apabila usia makin meningkat belum tentu saya mampu menyanyi dengan baik. Jadi, ini salah satu persiapan masa depan saya," tambah Black.
Foto: IG Black
Bukan anak seni sahaja ya perlu mengumpul aset bermula dari sekarang, tapi orang kebanyakan pun boleh mencontohi sikap Black mengikut kemampuan masing-masing. - CARI |
|