CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1482|Reply: 4

Cara Baru Buat Duit, Menyamar Jadi Pegawai Kanan SPRM

[Copy link]
Post time 3-2-2017 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghidu kegiatan individu 'berani' menyamar sebagai pegawai SPRM yang menawarkan 'khidmat' membantu siasatan berkaitan suruhanjaya berkenaan.


Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata pihaknya sudah mengenalpasti beberapa individu terbabit kegiatan keji itu yang boleh menjejaskan imej SPRM.


"Dalam pada itu, jika mana-mana individu yang terbabit gagal melaporkan perkara berkenaan kepada SPRM, tindakan akan diambil ke atas mereka atas kesalahan bersubahat.

"Dipercayai, mereka menggunakan nama pegawai kanan SPRM selain meminta sejumlah wang kononnya digunakan untuk menyelesaikan kes berkenaan," katanya.





Foto: Internet






Individu terbabit bukan sahaja mendakwa mereka mampu menyelesaikan kes SPRM yang masih dalam siasatan termasuk selesaikan kes perbicaraan mahkamah serta membersihkan mana-mana nama tercatat dalam senarai siasatan SPRM.


"Sehubungan itu, SPRM berharap orang ramai tidak terpedaya dengan dakwaan seperti itu dan meminta mereka menghubungi SPRM untuk mengesahkan perkara berkenaan," katanya.


Datuk Azam juga menegaskan bahawa SPRM tidak akan berkrompomi dengan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama pegawai SPRM bagi memenuhi kepentingan diri.


Sehubungan itu, SPRM akan menyiasat perkara ini serta mengenakan tindakan ke atas mereka.


Orang ramai yang ingin mengesahkan dan memberi maklumat berhubung isu itu boleh hubungi pegawai SPRM, Fadzil Amin (019-6000981) dan Ahmad Nizam Ismail (019-4401112) atau email terus ke [email protected]. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2017 06:10 PM | Show all posts
katalah dia ditipu, berani ke nak mengadu...  ye la, pertama sekali kantoi cuba rasuah pegawai SPPRM untuk kasik clean...  kedua, bodoh kantoikan diri dah kantoi... hahahaa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
karena mata buta, karena hati mati
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 10:13 AM | Show all posts
mudahnya cari duit zmn skg.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
macam2..yg pegawai SPRM pun belum tentu clean dari rasuah, mcmana nk banteras rasuah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.038179 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list