Seorang remaja perempuan maut dalam satu kejadian tragis selepas tercampak keluar dari sebuah permainan buaian ‘A Journey in Space’ yang rosak di sebuah taman hiburan.
Menurut Daily Mail, media tempatan melaporkan kejadian berlaku sekitar waktu tengah hari di Daerah Fengdu, Chongqing, China.
Foto: www.dailymail.co.uk
Mangsa yang berusia 14 tahun disahkan sudah meninggal dunia selepas usaha menyelamatkannya gagal di hospital.
Kejadian ngeri itu sempat dirakam oleh salah seorang pengunjung yang ada di situ sebelum bertindak memuat naiknya ke laman sosial.
Video menunjukkan alat pengunci keselamatan tempat duduk mangsa terbuka secara tiba-tiba dan menyebabkan badannya 'tergantung' selama lima saat sebelum dihentak pada papan tanda permainan berkenaan.
Orang ramai yang melihat hanya mampu menjerit ketakutan melihat mangsa yang tercampak ke lantai.
Foto: www.dailymail.co.uk
Beberapa orang awam dilihat mendekati mangsa dan cuba menyelamatkannya dengan bantuan pernafasan dari mulut ke mulur (CPR). Mangsa dikejarkan hospital pada jam 2.20 petang. Namun doktor gagal menyelamatkan mangsa.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan mengambil keterangan saksi-saksi kejadian. -CARI
|