CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9637|Reply: 94

Hantu Main Buaian Di Pantai Batu Buruk, Netizen Bimbang Terserempak!

[Copy link]
Post time 10-2-2017 10:20 AM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini tersebar secara meluas di laman sosial gambar menyerupai hantu bermain buaian di Pantai Batu Buruk, Terengganu sehingga menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.


Menerusi perkongsian gambar tersebut jelas memaparkan kelibat hantu duduk di atas sebuah buaian di kawasan tumpuan pelancong berkenaan.


Memetik laporan portal mynewshub, ada di antara netizen yang rasa bimbang terserempak dengan makhluk ghaib menyeramkan itu.


“Baru nak pergi bercuti kat Pantai Batu Burok, buat hal la,”  tulis Ladyzue Aida.


Bagaimana pun, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar telah tampil membuat penafian berhubung gambar berkenaan dan menjelaskan ia hanyalah rekaan semata-mata.


Menurutnya, gambar yang ditular sejak awal minggu ini adalah tidak benar dan dilakukan untuk menakutkan orang ramai yang berkunjung ke pantai berkenaan, ini sekaligus melegakan orang ramai khususnya pelancong.


Dilaporkan, kesemua buaian yang terdapat di pantai itu bukan sahaja tidak akan dilupuskan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berikutan kehadiran mahkhluk ghaib terbabit.


Malah, pihaknya akan menambah set buaian lagi di kawasan itu termasuk tiga di hadapan bazar jualan Batu Buruk.- CARI

sumber foto: http://www.mynewshub.cc/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian hantu nk join tempat rehat pun manusia bising
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantu kak Limah ke tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm hantu kak limah je. Edit kut
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Takda maknanya hantu gemok gedempol camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 10:38 AM | Show all posts
chazey replied at 10-2-2017 10:35 AM
Takda maknanya hantu gemok gedempol camtu.

ada isi kotttt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2017 10:40 AM | Show all posts
chazey replied at 10-2-2017 10:35 AM
Takda maknanya hantu gemok gedempol camtu.

ade k!!!! cari hantu tersembunyi...


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 10:45 AM | Show all posts
nak tambah set buaian??

so mkin ramailah kak limah men buai,...

hahhahahhhahahahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 10:46 AM | Show all posts
ala biar la dia pun makluk tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 10:47 AM | Show all posts
chazey replied at 10-2-2017 10:35 AM
Takda maknanya hantu gemok gedempol camtu.

so hantu2 slim2 sokmo gitu sis ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 10:54 AM | Show all posts
g je lah pada hari siang....
dah tentu hantu tu dtg selepas midnite...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 10:55 AM | Show all posts
haha tambah buaian lagi, lagi ramai hantu la lepasni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 10:55 AM | Show all posts
hantu gemok makan apa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:05 AM | Show all posts
mak lampir kot....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:16 AM | Show all posts
ada hantu kurang sikit kes ular meliar dalam kete kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:34 AM | Show all posts
hantu pun nak berekreasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 11:40 AM | Show all posts
fake gile..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ocho replied at 10-2-2017 10:47 AM
so hantu2 slim2 sokmo gitu sis ?

Biasanya bukan begitu ke? Pernah ke watak pontianak or hantu pompuan asian dalam movie body gemok?

Dah la rupa kak Limah sangat. Choi. So far aiol tak pernah nampak lagi orang berjaya tangkap gambar pontianak yang nampak sangat fizikalnya gimana. Biasa gambar hantu or roh yang berjaya ditangkap kamera dalam bentuk orb or bayang2 halus hitam jah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 10-2-2017 10:54 AM
g je lah pada hari siang....
dah tentu hantu tu dtg selepas midnite...

Ada je hantu waktu siang. Depa ni bukan kira masa siang ka malam ka nak muncul.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
woooooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.670283 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list