CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11812|Reply: 116

[Tempatan] Ponteng, tekanan kerja punca doktor pelatih hospital kerajaan paling ramai dipec

[Copy link]
Post time 13-2-2017 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 13-2-2017 03:50 PM

KLANG: Pelatih hospital paling ramai dipecat di kalangan penjawat awam dan ia merupakan satu pembaziran kerana kebanyakan mereka pernah belajar di luar negara menggunakan biasiswa kerajaan, kata ketua setiausaha negara.

Tan Sri Ali Hamsa berkata, kos menaja seorang pelajar perubatan melanjutkan pelajaran di luar negara kadangkala mencecah RM1 juta atau lebih berbanding kos pendidikan di universiti tempatan yang jauh lebih rendah.

Beliau menyifatkan ia sebagai “sejumlah wang besar” dan akan mendapatkan statistik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyokong dakwaan itu.

Katanya, pelatih itu dipecat kerana ponteng kerja akibat tidak tahan dengan tekanan berkhidmat di hospital kerajaan.

“Ada pelatih hospital dikenali sebagai doktor pelatih yang hilang sehingga 400 hari pada satu-satu masa. Mereka bagaimanapun terlepas kerana ini.

“Ini adalah masalah besar dan kita perlu mencari puncanya serta memperbaikinya, tetapi saya rasa ia disebabkan tekanan kerja,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini.

Ali berkata, ia mungkin disebabkan dasar pelatih hospital dibenarkan mengikut pasangan mereka ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran sebagai satu lagi punca kenapa ramai yang ponteng kerja.

Katanya, beliau sudah bercakap dengan pengurus berkenaan untuk mengkaji semula dasar itu.

Beliau mengingatkan ibu bapa tidak memaksa anak menjadi doktor kerana “ada ramai yang menjadi doktor disebabkan ibu bapa memaksa mereka berbuat demikian. Ini adalah salah satu sebab mereka mungkin menghadapi tekanan apabila mula bekerja.”

Ditanya negara ini mempunyai terlalu ramai penjawat awam berbanding negara lain, Ali berkata, perbandingan itu tidak tepat kerana tidak mengambil kira perkhidmatan kritikal, tentera atau bomba.

“Itu mungkin sebab kita seolah-olah lebih besar dari segi statistik kerana kita mengambil kira semua sektor.

“Pengiraan negara lain (untuk sektor awam mereka) berbeza, anda perlu membandingkan epal dengan epal untuk mendapatkan gambaran tepat.”

Awal bulan ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, terdapat seorang penjawat awam kepada setiap 19.37 orang di negara ini.

Borneo Post melaporkan nisbah penjawat awam kepada penduduk di negara lain seperti Singapura ialah 1:71.4 orang, Indonesia 1:110 orang, Korea 01:50 orang, China 1:108 orang, Jepun 1:28 orang, Rusia 1:84 orang dan United Kingdom 1:118 orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 03:54 PM | Show all posts
ermmmm....jadi ahli politik leh simpan duit..jadi doktor...stress je
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:55 PM | Show all posts
yg kena paksa kije suasana 'hospital' tu mmg kasihan.. ak tgk deols kije spita pun, kesian. tkejar2 nk uruskan pesakit.

ak rse ni salah satu sb bila jumpa doc, doc layan pesakit nak tak nak je.. lps tu mrh2 pesakit. kije x hepi, kije terpaksa, hmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2017 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin doktor pelatih ingat kerja doktor ni glamor mcm cite Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 04:07 PM | Show all posts
Lenkali jangan pulak membebel kat anak2 sebab nak jadi model and artis
Tak pun biar jer diorang jadi politicians
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat mat rempit saja ponteng, tak sangka professional mulia pun ada doctor ponteng
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2017 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 13-2-2017 07:55 AM
yg kena paksa kije suasana 'hospital' tu mmg kasihan.. ak tgk deols kije spita pun, kesian. tkejar2  ...

doktor poyo. yang hebat tu adalah ubat dan mesin di gunakan. kalau mesin atau tools tu takde. boleh ke doktor buat kerja .
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 04:30 PM | Show all posts
bukak klinik sendri je la, senang kje tak stress
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 04:37 PM | Show all posts
incrossroad replied at 13-2-2017 04:11 PM
Ingat mat rempit saja ponteng, tak sangka professional mulia pun ada doctor ponteng

aku pun tak sangka
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 04:37 PM | Show all posts
klu dorang ponteng, suruh je la dorang bayar balik mak datuk duit yang diguna masa study dulu..
convert jadi pinjaman.. takut la dorang..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
nononcrux replied at 13-2-2017 04:30 PM
bukak klinik sendri je la, senang kje tak stress

klinik pun banyak persaingan skang ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 04:39 PM | Show all posts
Semua kerja ada tekanan masing-masing. Kalau dah sampai ponteng kerja tu, sah kau mmg manusia pemalas haram jadah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
doktor tgk bahagian la. kalo dok kecemasan,wad mmg stres tu tinggi la. kadang doktor ni nama jer doktor,ade yg takot nk bedah mayat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp doktor pelatih memang dihambakan pun di hospital, kalau x tahan maki, jangan sesekali jadi doktor
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
nononcrux replied at 13-2-2017 04:30 PM
bukak klinik sendri je la, senang kje tak stress

Tak boleh bukak klinik kalau houseman tak habis
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
bit replied at 13-2-2017 04:51 PM
Tp doktor pelatih memang dihambakan pun di hospital, kalau x tahan maki, jangan sesekali jadi doktor

Betul. Ayat my sister, sbb minat je aku bertahan. Kengkawan aku yang resign tu sbb parents suruh belajar medic. Betullah apa Ali hamsa ni cakap. Jangan paksa anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 05:01 PM | Show all posts
nononcrux replied at 13-2-2017 04:30 PM
bukak klinik sendri je la, senang kje tak stress

Kalau housemanship pun tak dapat habiskan macam mana nak dapat pendaftaran penuh..jangan kata nak buka klinik sendiri nak mengamal pun tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 05:03 PM | Show all posts
nicdiandra replied at 13-2-2017 05:00 PM
Betul. Ayat my sister, sbb minat je aku bertahan. Kengkawan aku yang resign tu sbb parents suruh b ...



Betul sangat! Mak pak yang lebih2 nak anak jadi doktor padahal anak cita-cita nak jadi beautician..nak jadi chef pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 05:09 PM | Show all posts
Mmg stress pun. Kena ke sana ke mari check tiap pesakit. Bila dalam bilik karang, kena kongsi 2-3 orang doktor lain dgn meja yg kecik. Parking pulak takder reserve utk diorg. Hanya doktor2 senior jer yg ada reserved parking lot. Nak makan pun bekal ataupun makan kat kantin hospital yg hauk jah. Nak makan kat luar buang masa, takut parking kena kebas. Shift pulak tak menentu. Tgh malam kdg2 kena call jua.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 13-2-2017 04:39 PM
Semua kerja ada tekanan masing-masing. Kalau dah sampai ponteng kerja tu, sah kau mmg manusia pemala ...

Mmg tidak disangkal semua kerja ada stress nya tersendiri, tpi doktor PELATIH ni stress dia lain. Kau bayangkan kerja start awal pgi pukul 4-5 utk buat ward round, lepastu 7pgi ad ward round dgan senior, 9-10pgi ward round dgn pakar. Lepaatu ditambah dgan perangai babi senior2 yg  hari2 nak menengking xpasal2. Ptg pulak sambung oncall smpai 12tgah hari keesokannya. Weekend kerja, off pon dapat sebulan sekali dua kali camtu je. Environment sgat negatif dan menekan, xpayah nak sedap hati cakap diorang pemalas bagai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.056287 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list