|
Takziah buat bintang Hollywood terkenal, Tom Cruise, 54, yang baru sahaja kehilangan ibunya minggu lalu.
Portal TMZ melaporkan Mary Lee South meninggal dunia minggu lalu ketika dalam tidur pada usia 80 tahun selepas bertahun-tahun mengalami masalah kesihatan.
Foto: NBC/Getty Images
Sementara itu, majalah People melaporkan pengebumian itu dihadir Tom bersama kakak dan adiknya, Lee Ann DeVette, 57, Cass Mapother, 55, dan Marian Henry, 52, selain saudara-mara dan kenalan.
Foto: Mail Online
Mary yang juga merupakan bekas guru pendidikan khas adalah orang yang memberi inspirasi kepada Tom untuk membina kerjaya dalam industri pefileman.
Dalam satu temu bual bersama Rolling Stone pada 1986, Mary berkata dia memang berminat dengan teater, namun tidak mengambil sebarang tindakan untuk cuba berjinak-jinak dalam bidang itu.
Foto: Getty Images
"ada zaman saya membesar, kamu akan dipandang buruk di mata masyarakat jika berkecimpung dalam indusrti perfileman Hollywood," katanya.
Bagaimanapun, ketika Tom masih muda, Mary memberi galakan kepada anaknya untuk menceburkan diri dalam pementasan tempatan.
Foto: WireImage
Kejayaan demi kejayaan dikecapi bermula dari pementasan di sekolah, menempa nama dalam dunia perfileman sehinggalah menjadi bintang box-office terkenal. Dalam pada itu, Mary akan sentiasa berada di sisi Tom untuk memberi semangat.
Siapa sahaja yang tak berasa sedih atas kehilangan orang disayangi terutama ibu yang melahirkan. Takziah sekali lagi diucapkan kepada Tom Cruise sekeluarga. - CARI |
|