View: 1645|Reply: 10
|
[Kemas Kini]: Pasport Mangsa Sah, Guna Nama Kim Chol- TPM
[Copy link]
|
|
Kemas Kini: 3.45pm
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan identiti lelaki yang maut dibunuh adalah Kim Jong-nam, mangsa dikatakan menggunakan nama Kim Chol untuk memasuki Malaysia.
Beliau turut beritahu, Kim Jong-nam memasuki Malaysia dengan buku pasport yang sah. Katanya, setelah pemeriksaan dan melakukan perbandingan ke atas buku pasportnya, mendapati ianya adalah sah
Oleh itu, berkemungkinan Kim Jong-nam memiliki dua buku pasport.
Selain itu, beliau turut memaklumkan, kerajaan Korea Utara masih belum membuat permohonan secara rasmi untuk bawa pulang mayat mangsa. - CARI
sumber foto: https://uf.cari.com.my/
Susulan insiden pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, kelmarin pihak polis berjaya menahan seorang wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), dan terbaru hari ini seorang lagi wanita ditahan.
Memetik laporan Bernama, penahanan itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi tadi.
Namun apabila ditanya mengenai butiran lanjut berhubung penahanan itu seperti kewarganegaraan, beliau berkata satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan hari ini.
Sementara itu, menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, beberapa siri tangkapan akan dilakukan pihak polis susulan penahanan suspek pertama, semalam.
"Saya boleh katakan polis mempunyai maklumat yang mengaitkan suspek pertama yang kita tahan semalam dengan kematian lelaki terbabit."
Dilaporkan, polis sedang giat mengesan beberapa lagi individu yang boleh dikaitkan dengan kes ini. - CARI
sumber foto: http://mole.my
|
|
|
|
|
|
|
|
baru pasan khalid da takdek twitter dia |
|
|
|
|
|
|
|
terbayang movie spy2 wanita, now ade realiti.. hebat!!! |
|
|
|
|
|
|
|
satu update bukak satu thread |
|
|
|
|
|
|
|
So. .apa yg boleh dibuat. Betul ke bole charge? ? |
|
|
|
|
|
|
|
Jason bourne versi wanita |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih betul Malaysia famous pasal benda bukan2. hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih betul Malaysia famous pasal benda bukan2. hmm |
|
|
|
|
|
|
|
wow -dah ditahan ye wanita itu?
cepatnya PDRM. |
|
|
|
|
|
|
|
Gile tak cepat, kes high profile gile kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|