Tahu. Apa tak tahu pulak.
Setengah billion = 500 juta or 500,000,000.
Dua kapal selam scorpene yang Malaysia beli tu.....kau tahu berapa dia punya komisyen?
Malas mahu cakap lah.
rezeki masing-masing.. kalau jual rumah pula .. Menurut Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (Akta 242) dan Peraturan-Peraturan Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah 1986, kadar maksimum bayaran yang boleh dikenakan ke atas jualan atau pembelian sesebuah hartanah adalah 3% daripada harga jualan.
jadi kau bayangkanlah kalau harga rumah tu RM10 juta sebagai contoh.. maknanya untuk setiap rumah yang dijual tu dia akan dapat RM300,000
sementara kau nak dapat tu kalau kau jenis tak ada pengalaman, memang mampus la.. camne nak survive, tu sebab kalau boleh, berniaga tahap permulaan jangan la sengaja pergi cari musuh, kau dah jadi big player macam Donald Trump yang juga kerja dia dulu jual rumah juga, kalau macam dia tu suka hati kau la nak pergi cari gaduh dengan siapa pun, kalau musuh dia pergi sekat 1 akaun bank dia, dia mungkin ada lagi 30 bank account untuk dia survive, tikam berjuta kali pun aku ingat dia tak mati, kalau mati pun sekejap je dapat naik semula.
Kalau jadi real estate agent..........atau middleman untuk any business transactions..........handsome commission is good. Semua orang tahu.
Tapi bila bab beli senjata seperti kapalselam.........it should be G to G (Government to Government).
Selalunya ada "haircuts" atau back to back economic deals seperti beli MiG 29 dari Russia. Separuh bayar duit, separuh kelapa sawit.
Spec MiG 29 Malaysia..........cuma TUDM je yang tahu in details bukan orang awam macam kita.
kalau ikut cara puak Eropah, diaorang pun bayar orang tengah untuk kumpul maklumat risikan sebelum pergi angkat aset ketententeraan negara diaorang yang juga bernilai berbillion-billion pound sterling.. tapi sebab diaorang pandai pegang media jadi semua benda nampak macam baik je.. kes macam Mata Hari, double agent spy.. dia jadi spy untuk Russia, Perancis, Jerman, Prussia, Belanda.. orang yang tahu banyak bahasa manusia ni ada banyak kelebihan dia tapi sebab dia cuba main dengan api puak Perancis, akhirnya mati kena tembak dengan pasukan penembak tepat perancis pada akhir hayatnya.
kes Mata Hari antara kes paling popular masa perang dunia dulu, akhirnya mati kena tembak dengan pasukan penembak tepat Perancis